ilham Ma'mum

Khamis, 29 Januari 2009

RAHSIA 5 JARI ANTUM...



ASSALAMUALAIKUM...ana terbaca artikel ni sangat menarik. so ana nk kta kongsi same2 ok..renungkanlah jari antum yg lima tu...

Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari anda yang lima. Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda. Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam. Kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan.

Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan. Bermula daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. Bak kata pepatah "melentu buluh biarlah daripada rebungnya". Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.

Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya. Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira.. pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. Awas!! Di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran. Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf. Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil. Bersediakah anda??

Nah...naik kepada jari ketiga. Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya. Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Di peringkat umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai status dan identiti dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan.

Justeru itu, amal ibadat mesti dilipatgandakan.

Kita beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan. Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.

Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa "cap jempol" atau cap jari. Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman. Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata "good" atau "yes" sambil menggengam semua jari dan angkat ibu jari ke atas itulah rahsia kejayaan anda.

Akhirul kalam, cuba lihat sekali lagi jari anda yang kelima-limanya itu. Renung dan fikir dalam-dalam. Dimanakah anda sekarang???

Menjadi tinggi disisi Dia, menjadi hamba serendahnya dibumi.
Selimutsura@www.najmeeqamar.blogspot.com
KDK, 45000 Kuala Lumpur.

Sabtu, 17 Januari 2009

Adakah Kau Lupa



adakah kau lupa kita pernah berjaya
adakah kau lupa kita pernah berkuasa

memayungi dua pertiga dunia
merentas benua melayar samudera

keimanan juga ketaqwaan
rahsia mereka capai kejayaan

bangunlah wahai anak bangsa
kita bina kekuatan
jiwa tempuh rintangan perjuangan

gemilang generasi yang silam
membawa arus perubahan

keikhlasan hati dan nurani
ketulusan jiwa mereka berjuang

sejarah telah mengajar kita
budaya Islam diserata dunia

membina tamadun berjaya
merubah mengangkat maruah

adakah kau lupa
adakah kau lupa
adakah kau lupa...

Menjadi tinggi disisi Dia, menjadi hamba serendahnya dibumi.
Selimutsura@www.najmeeqamar.blogspot.com
KDK, 45000 Kuala Lumpur.

Rabu, 14 Januari 2009

Tangisan Gaza

TANGISAN GAZA



Bumi berkah bersulam kedukaan
Berkorban demi menegakkan kebenaran
Biarpun nyawa kau pertaruhkan
Merintih merayu sinar keamanan

Jasad terkujur layu
Di hujani peluru
Memusnahkan hidupmu
Berakhir dengan sayu

Linangan airmata
Menjadi saksi derita
Diiring sekalung doa
Bersama harapan dan cinta

Ayuhlah wahai kita semua
Mara bersama perjuangkannya

LIRIK & LAGU : SELIMTSURA & RAUDHAH


Menjadi tinggi disisi Dia, menjadi hamba serendahnya dibumi.
Selimutsura@www.najmeeqamar.blogspot.com
KDK, 45000 Kuala Lumpur.

Selasa, 13 Januari 2009

Palestin | Muslimah | Islam






Menjadi tinggi disisi Dia, menjadi hamba serendahnya dibumi.
Selimutsura@www.najmeeqamar.blogspot.com
KDK, 45000 Kuala Lumpur.

Sabtu, 10 Januari 2009

BOYCOTT!!! ZIONIS!!!






Menjadi tinggi disisi Dia, menjadi hamba serendahnya dibumi.
Selimutsura@www.najmeeqamar.blogspot.com
KDK, 45000 Kuala Lumpur.

Sabtu, 3 Januari 2009

Bumi Barakah - Palestin




bumi apakah yang dihinjak-hinjak mereka

darah siapakah yg membanjiri barkah buminya

manusia apakah gelaran laknatullah selama

memusnah merosak menghancur segala di depan mata

nafsu syaitan apakah yang menghasut jiwa

sejarah bukti anbia' pun dimusuhinya

membunuh hati-hati yang tenang berdoa

wahai mujahid-mujahid palestina

mereka gentar dengan peluru batu kita

semangat Umar Al-Farouk hadir tiba

gagah Salahuddin Al-Ayyubi terus mara

bangkitlah umat semarakkan intifadha

biarkan sayap-sayap malaikat mengiringi kita

kembalikan semula kegemilangan Al-Aqsa

"antum minna wa nahnu minkum"


Menjadi tinggi disisi Dia, menjadi hamba serendahnya dibumi.
Selimutsura@www.najmeeqamar.blogspot.com
KDK, 45000 Kuala Lumpur.

Sukarnya 50 ringgit

"*Duit RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket.


*45 minit terasa terlalu lama utk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu utk pertandingan bola sepak.



*Betapa lamanya 2 jam berada di Masjid tapi betapa cepatnya 2 jam berlalu saat menonton t.v dan wayang di pawagam.



*Susah sungguh merangkai kata utk dipanjatkan saat berdoa atau solat tapi betapa mudahnya cari bahan bersembang bila bertemu kengkawan,pakwe,makwe.



*Betapa seruan dan teriakan yg berpanjangan waktu pertandingan pasukan bola jadi kegemaran kita tapi betapa bosannya bila imam solat Tarawih bulan Ramadan bacaannya lama dan panjang.



*Susah sangat baca Al-Quran 1 juz tapi majalah hiburan dan novel best-seller 100 halaman pun habis dilahap.



*Orang berebut paling depan untuk menonton bola atau konsert ,dan berebut cari saf paling belakang bila sembahyang Jumaat supaya boleh cepat keluar.



*Kita perlu undangan seawal 3-4 minggu sebelumnya utk majlis ilmuan supaya boleh dimasukkan dlm agenda kita tapi utk acara lain seperti menonton wayang, annual dinner atau high-tea , jadual kita boleh diubah sekelip mata.



*Susahnya org mengajak menyebarkan dakwah, tapi mudahnya org menyertai dan menyebarkan gosip.



*Kita begitu percaya pada yg dikatakan oleh org sbg email layang di internet tapi kita sering menolak, mempermudah serta mempersoalkan apa yg terkandung dlm Al-Quran.!

Menjadi tinggi disisi Dia, menjadi hamba serendahnya dibumi.
Selimutsura@www.najmeeqamar.blogspot.com
KDK, 45000 Kuala Lumpur.

Nur Qolbi 1



nur qolby

yang kadang-kadang terbang pergi

menghilang di celahan kabus pagi

meninggalkan sisa-sisa ini
adakah ia mimpi atau hilang dengan realiti


terkapai-kapai nafas sanubari

menusuk bagai duri
sesak hela sukar kembali
mari lah kesini
dakapi lara hati
tak tertahan merasai


kembalilah nur kemari

nur kasihMU ilahi
kembali.... kembali... terbang kemari...
hati ini menanti... cinta abadi nan sejati...

Menjadi tinggi disisi Dia, menjadi hamba serendahnya dibumi.
Selimutsura@www.najmeeqamar.blogspot.com
KDK, 45000 Kuala Lumpur.

Jumaat, 2 Januari 2009

SALAM TAARUF

NajmeeQamar :
PERTEMUAN DI SUATU HARI
TIKA PELANGI MEWARNAI
SEBUAH IKATAN UKHWAH SEJATI
MELAKAR KATA DAN JANJI
MANIS DIBIBIR MELAFAZ RASA
BAK MANIS IMAN YANG MULIA
BERTEMU BERPISAH DENGAN REDHA
CINTA ALLAH PENGUBAT DUKA LARA
DI WAKTU SEKOLAH DAHULU
INGATKAH LAGI TEMANKU
KITA BELAJAR ERTI MEMBANTU
WALAU ONAK DURI KITA BERSATU
KITA MENYANYIKAN GUBAHAN LAGU
DIKALA MENDUNG DAN AWAN BIRU
KINI PELANGI ITU KEMBALI
MEWARNAI HARI INI
MENJADI TANDA IKATAN MURNI
MEMATERI ANTARA HATI
TAK KENAL MAKA TAK TAHU
TAK KENAL MAKA TAK CINTA
TAK KENAL MAKA KITA LUPA
TAK KENAL MAKA TAK RINDU
TAK KENAL MAKA KITA JAUH
TAK KENAL MAKA TAK KASIH
MENGENALI MU YA ALLAH
MENGENALI DIRI INI
MENGENALI HIDUPAN DISISI
MENGENALI ALAM SEMULAJADI
DICIPTA SALING BERPASANGAN
UNTUK MEMBANTU DAN BERKENALAN
DICIPTA ADA KELEBIHAN & KELEMAHAN
SALING MENUTUPI SATU SAMA LAIN
ADA HITAM DAN PUTIH
ADA TINGGI DAN RENDAH
ADA BESAR DAN KECIL
SUMUENYA UNTUK DIKENALI
DAN ALLAH YANG PERTAMA DIKENALI
ERATKAN UKHWAH KENAL-KENAL LA YE..(^^.)

Kongsikan Bersama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...