ilham Ma'mum

Rabu, 31 Oktober 2012

Terbang ke Akhirat

By : Selimutsura

Terbang!
"Uuuuuaaawah..MasyaAllah." Eimam menguap..tangannya mula disilangkan sebagai alas kepala. Lama juga dia memikirkan kerana esok akan bertolak ke Kota Rabat, Morocco. Bukan untuk berliburan semata-mata, sesuatu yang masih belum jelas dan dia mahu mencarinya. Malam itu Eimam tidak dapat melelapkan mata dengan tenang.

"Ibu..Eimm pergi sekejap saja, Ibu doakan ye.." Saat mencium tangan dan pipi Ibu membuatkan hati Eimam Ukail lebur melihat airmata yang mengalir.

"Jaga diri sebaiknya, Ibu sayangkan Eimm..nanti sampai calling, bila di negara orang hati-hati, jadi seperti ikan yang hidup di lautan masin." Esakkan ibu merelakan keberangkatan anaknya.

Eimam menyeluk sesuatu dipoket kanannya. Pasport Malaysia dan boarding pass keperluan yang sangat perlu bila ke luar negara. Beberapa kumpulan pelajar lain tiba, mereka saling bersalam-salaman. Dalam masa lebih kurang sejam mereka akan berlepas ke Morocco, luggage sudah pun dihantar.

Penerbangan Airbus Etihad Airways.

Perjalanan mengambil masa 16 jam merentasi benua Asia, Timur Tengah dan Afrika. Jarak penerbangan sejauh 16,000 KM merentasi Thailand, India, Arab Saudi, Mesir, Tunisia dan Algeria. Transit di Abu Dhabi selama 2 jam.

Setahun lebih awal kemerdekaan dari cengkaman Rejim Perancis.

Siapa tidak kenal Ibn Taymiyyah hujjatul Islam ketika itu , begitu juga ulama hebat Ibn Tufail, dan juga pengembara agung Ibn Battutoh. Bandar Fes, Marrakesh, Tanjah dan Dar al-Baido' pernah menjadi antara bandaraya intreport kerajaan Islam silam. Bangsa Baybar  yang berjaya menawan Selat Gibraltar, Wilayah Sepanyol dengan mengalahkan King Roderick Raja Ghotik.

Gibraltar.
Jabal Tariq.
Tariq Ibnu Ziyad Rahimahullah.
Pembuka pintu Nur-Islam di Eropah.
Masjid Abdul Aziz, dibelakangnya adalah Jabal Tariq@Gibraltar
"Dibelakang kamu lautan, kapal sudah dibakar, memburu syahid atau menang."

Eimam melayang-layang fikirannya sebelum menjejakkan kaki di bumi bersejarah itu.

"Tariq Ibnu Ziyad, terbang melalui lautan dengan nyawa dan darah untuk memburu syahid, aku senang-senang terbang melalui udara menapak ke sana memburu apa?"

Lantas dia mengambil pasport. Eimam melihat..satu per satu maklumat dipasportnya.
_____________________________________________contoh______________
Pasport Malaysia

No Pasport : 870210240114
Nama : Muhammad Eimam Ukail Bin Muhammad Ulwan Nasir
Nama Bapa : Muhammad Ulwan Nasir Bin Don
Nama Ibu : Nawwar Binti Azhar
Alamat/Tempat Tinggal : 115 Kampung Wangsa Maju, Kuala Lumpur
Agama : Islam
Status : Bujang
Tujuan : Melancong
_____________________________________________contoh_______________

Tiba-tiba Eimam mencoret pada diari yang tersisip dikiri beg.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pasport Menuju Akhirat

No Pasport : 24434
Nama : Abdulllah (Hamba Allah)
Nama Bapa : Nabi Adam a.s
Nama Ibu : Hawa as
Alamat/Tempat Tinggal : Alam barzakh (transit)
Agama : Islam
Status : Meninggal dunia
Tujuan : Alam Akhirat

#Perhatian anda tidak perlu bawa barang yang banyak, pakaian dan keperluan. Sedia perkara berikut untuk penerbangan yang selesa :
1.Solat 5 waktu cukup
2.Al-Quran sebagai teman rapat
3.Ikut suruhan Allah dan tinggal laranganNya (buat yg terbaik)
4.Ilmu yang bermanfaat (buat diri dan org lain)
4.Bersiap sedia sentiasa..kerana kapal terbang akan mendarat tidak lama lagi.



Menjadi tinggi disisi Dia, menjadi hamba serendahnya dibumi.
Selimutsura@www.najmeeqamar.blogspot.com
KDK, 45000 Kuala Lumpur.

Selasa, 30 Oktober 2012

Ayat-Ayat Cinta Tuhan

By : Selimutsura

Kereta Meragam
Comel kereta ni..hihi
Eimam Ukail meluncur laju melalui Kampung Datuk Keramat menaiki kereta Wolkswagen Polo. Sambil-sambil dibuai lagu-lagu opick, dengan tidak semena-mena ketika berada disimpang lampu isyarat keretanya tiba-tiba meragam. Cuaca gamat sekali kerana hujan turun mencurah-curah.

Eimam cuba mencapai payung dicelahan sit kereta. Deretan kereta dibelakang menyusur tanpa melihat seorang hamba Allah ini dalam musibah. "Innalillah...." Meredakan deruan hati yang resah sederu hujan yang turun.

Bonet enjin dibuka, Eimam melihat dan membelek sikit-sikit enjin, aircond filter, alarm, battery dan wayar-wayar yang bersimpang-siur. Lebih 10 minit dia cuba menghidupkan enjin keretanya tetapi tidak menjadi.

"Rosak pulak...time-time camni lah.." Digaru-garu kepala, lalu dia menelefon workshop Wolkswagen terdekat. 20 Minit kemudian pomen kereta pun sampai. Ditangannya ada sekotak kelengkapan mekanik. Pomen itupun mula membuat kerja.

"Ok looo..sudah ok, tapi ada charge sikit looo."

"Terbang duit untuk kereta...aduhhh..." Dia menepuk kepalanya..lantas tersenyum.

"Alhamdulillah!" Eimam pun terus memandu pulang.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Quran dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya."
[ al-Hijr : 9]


al-Quran merupakan manual kehidupan manusia. Lengkap dan cukup indah. Bukan sekadar indah pada bahasa tetapi lebih indah jika digunakan sebagai kelengkapan menyelesaikan masalah, lalu memberi jawapan tepat, jawapan pula sesuai menepati fitrah dan menjadi terapi kebahagiaan.

Sebuah kereta yang dibeli.
Kita memandunya.
Kita memilikinya.
Kita duduk didalamnya.
Kita membasuh dan mengelapnya.
Hari-hari parking depan rumah.

Dan orang yang mencipta-reka kereta itu.

Siapa lebih 'tahu'...atau lebih 'arif' jika kereta itu rosak?

Saya tahu jawapan anda. Kita pasti akan refer semula dengan workshop kereta tersebut. Barang wolkwagen kena cari 'sparepart' Wolkswagen, Merscedes dengan Merscedes, Toyota..takkan hantar kilang Proton.

Begitu juga kita. Kembali merujuk 'pakar'. al-Quran adalah 'pakar rujuk'.

Allah Subhanahu wa Taala. Sebagai Pencipta-reka manusia memahami dan mengetahui lebih dalam dari sehalus-halus masalah dan sebesar-besar mehnah. Apa yang perlu, apa yang tidak perlu terus.

Bila hati rosak, al-Quran adalah pakar-Mengubat hati.

Bila harta pusaka perlu diagih, al-Quran pakar-Pengagihan harta pusaka.

Bila melakukan kesalahan, al-Quran pakar-Hakim yang adil.

Bila ingin tahu tentang Sains, al-Quran pakar-Saintis yang hebat.

al-Quran sebagai mukjizat terbesar dulu kini dan bila-bila. Kenapa?
Sesuai dengan keadaan zaman sekarang, persaingan kemajuan dari sudut keilmuan.


Barat berbangga dengan tahap kemajuan ilmu yang mereka miliki, kejayaan penemuan dan kajian. Tetapi al-Quran sebagai khazanah ilmu yang 'mu'jiz' menyingkap kebenaran-kebenaran fakta, ilmu sains, matematik, geologi, aeroangkasa, kejadian alam dan manusia sejak diturunkan zaman Rasulullah S.a.w lagi.

Bagaimana seorang insan, yang hidupnya di padang pasir 1400 tahun dulu..boleh terfikir tentang perkara-perkara hebat sebegini, melangkaui zaman kalau bukan ianya datang dari Allah S.w.t. Allahuakbar..

"Atau (patutkah) mereka mengatakan : Muhammad mengada-adakannya.
Katakanlah : "(Kalau benar katamu itu), maka cuba datangkanlah sebuah surah seumpamanya dan panggillah sesiapa yang dapat kamu panggil (untuk membuatnya)
selain Allah. jika kamu orang yang benar."
[ Yunus : 38]


Dan akhirnya.  Titik noktah, mereka akan kembali merujuk al-Quran sebagai sumber ilmu yang membawa kepada ketauhidan Allah Taala, kebesaran yang Maha Esa dalam merungkai jawapan demi jawapan. Subhanallah!

Terakhir.

Saya menyambung, pertembungan yang berlaku memaksa untuk menerima dalam terpaksa.

Adakah kita umat Islam juga terpaksa dalam terima.

Untuk menerima hukum Tuhan?
Tiada lagi Rasul selepas ini.

Bahkan ramai lagi yang menolak kebenaran-NYA.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kongsi Ayat-Ayat Cinta

1.Allah sentiasa dekat {Qaf:16} {al-Baqarah:186 dan 214}
2.Kelebihan Nabi Daud a.s {Saba':10-11}
3.Bebanan al-Quran {al-Hasyr:21}
4.Kepentingan Nabi Isa a.s {ali-Imran:45-51} {at-Tahrim:11-12} {al-Baqarah:135-141}
5.Proses kejadian manusia {al-Mukminun:12-14}
6.Lapisan lautan dan keadaan orang Kafir {an-Nur:40}
7.Rezeki sempit dan luas, dunia akhirat {ar-Ra'd:26}
8.Berzikir dengan tenang {al-A'raf:205}
9.Janji Allah Taala buat Lelaki dan Perempuan Mukmin {at-Taubah:71-72}
10.Ahli Syurga {Yunus:25-26}

Menjadi tinggi disisi Dia, menjadi hamba serendahnya dibumi.
Selimutsura@www.najmeeqamar.blogspot.com
KDK, 45000 Kuala Lumpur.

Ahad, 28 Oktober 2012

Kesederhanaan Eid al-Adha

By : Selimutsura

Budak Mungil

Amsyar membulatkan mata, celik awal pagi memerhatikan dunia barunya. Dia melihat Ibu, nenek, atuk, paman-paman dan bibik-bibik. Ada yang siap untuk ke sekolah, tempat kerja dan solat subuh. Itu yang membuatkan kami sekeluarga geram dibuatnya, lirikan mata dan pipinya yang mungil.

Lalu saya dekat. Saya pun mencebikkan mulut, memuncung..aaacak! Gigi paman cantikkan amcha..hehe "Uiiiiih..uuuuu..ahhh!" Izz Amsyar membuat bising dan badan dilenggok-lenggok macam berjogging. Saya pun menyanyikan untuknya.

Aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidurmu

Aku ingin menjadi sesuatu yang mungkin bisa kau rindu

-Opick-Dealova-

..Amsyar..diam sekejap..mulutnya sambil-sambil senyum seluas mungkin.

"Uiiiiii weeei ahhh.." Begitulah meriahnya. Pagi-pagi nenek akan dukung Amsyar menghirup udara pagi, mudah-mudahan Para Malaikat yang berkunjung mendoakan kebaikan kami. Amin. 

Saya selalu sebut..Allah..Lailahaillallah..disisi Amsyar. Senyum dan senyum yang dibalas.
"Tata..Amsyar."
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Terima Kasih Ya Allah

Mencari dan memperoleh sebahagian rezeki yang diberikan oleh Allah kadang-kadang mengundang tangisan pada saya, kerana Allah Taala sentiasa menebarkan kasih-sayangNya walau kita ini lupa dan buat dosa.

Saya sedang belajar menjadi setia disisiNya, dengan harapan menjadi terbaik dikalangan yang terbaik. Cop! Para solehin, para ulama, para sahabat Nabi S.a.w. Mungkin?

Setidak-tidaknya, mengenali erti keikhlasan yang tinggi untuk menjadi hamba Allah. Berapa banyak kebajikan, berapa kali-pun amal kita, berapa khusyuk-pun solat..Allah memandang insan beriman yang benar-benar ikhlas pada satu tahap yang lain.

Ikhlas.Ikhlas.Ikhlas

"Bukan mudah Ya Allah." Jawapan saya..."dan saya takut, saya tidak terpilih untuk bertemu MU Rabbul Alamin dalam keadaan baik. Saya malu melihat diri yang terlalu kurang menghargai."

Alhamdulillah. Semua disekeliling..saya sayang kalian. Bibir saya tidak jemu untuk bercerita apa yang saya rasa. Sekiranya kata-kata ini mengundang dosa jauhilah, sekiranya ianya membuat anda dekat pada Allah..mudah-mudahan amin. ;)

Terima Kasih Ya Allah, Subhanakallah wa bihamdik (T.T)
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Aidil Adha..memupuk ketenangan

Kehidupan. Nikmat Hari Raya Qurban. Hari Kemenangan.

Penghayatan erti pengorbanan yang menuntut keimanan dan keikhlasan yang berprestasi tinggi. Sepertimana Nabiyullah Ibrahim abul anbiya' Alaihissalam dan Nabiyullah Ismail ahsanul abna' Alaihissalam lalui. Literasi agung termaktub dalam surah As-Saffat ayat 102-109.

Wujud beberapa ibrah pengajaran.
-Taat suruhan Allah Taala di mana jua anda berada. Jangan malu untuk menunjukkan yang anda berbangga sebagai muslim. Islam sentiasa mendahului kebaikan, menyertai setiap ruang kehidupan. Menariknya dalam perkara kecil, bab Thaharah pun ada kaifiyat (Tatacara) lengkap. Solat di lapangan tidak menjadi masalah, itu juga dakwah!
-Korban masakini. Saya bekerja, anda pun juga. Sibuk dengan urusan duniawi. Oh..anda silap, urusan dunia kami untuk akhirat kami. Betul! Bagaimana? Niat-lah untuk akhiratmu.

"Ya Allah, moga makanan yang ku makan ini mudahkan ku beribadat kepadaMU."
"Ya Allah, moga apa yang ku sampaikan, bermanfaat untuk akhiratku."

Orang jual cendol. "Ya Allah, berkat rezeki cendol ini ku mahu infaq-kan sedikit untuk anak yatim, jika Engkau redha, akulah yang beruntung di akhirat."

-Orang mampu membantu yang tidak mampu. Semangat bantu-membantu dalam kebaikan sangat dituntut. Apatah lagi, Nabi Ismail menyetujui cadangan Nabi ibrahim untuk disembelih, tanpa apa-apa bantahan. Lalu Allah ganti semangat kerjasama dan keikhlasan mereka dengan kibas yang bagus. Ibadah qurban, kebiasaan Muslimin akan melapah daging manakala muslimah memasak. Hasilnya indah sekali. Daging qorban, seterusnya akan diagih-agih kepada masyarakat yang perlu seperti fakir miskin, anak yatim, muslimin seluruhnya.

Dapat merasai SUP TULANG yang sama. ;) hehe

-Kasih Sayang. Inilah nilai yang bersemi antara Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Allah menambah erat hubungan antara mereka dengan didikanNYA. Bagaimana seorang ayah yang begitu kasihkan anaknya diperintahkan untuk disembelih. Tergamakkah kita jika ia terjadi pada keluarga kita. Wallahua'lam mustahil barangkali. Tetapi hikmah Allah Taala, menandingi kasih sayang manusia.
Kasih Sayang Allah tidak terperi.

-Rasulullah S.a.w, Pengorbananmu tidak terhitung.
..Saya rindu..bila disebut namanya..hati saya rasa resah, gelisah..membuatkan saya menangis..Tiada setanding pengorbananmu duhai Kekasih Allah. Dirimu yang mulia..dicela, dihina, dicaci tetapi dikau membalas dengan bunga-bunga mawar mewangi.

Lihatlah kembali Sirah Agung Rasulullah S.a.w. Dibaling dengan bebatu, najis dan sampah , diejek, dikutuk, oleh penduduk Thaif. Tetapi apa yang Rasulullah S.a.w balas? Hingga menahan Malaikat dari membenam umat yang dikasihinya ke dalam tanah.

Hari ini, Rasulullah S.a.w diperlakukan sepertimana telah berlaku 1400 tahun dulu di Thaif. Drama, lukisan, penghinaan demi penghinaan. Mengapa berlaku? Salah Rasulullah S.a.w kah? Salah umatnya-kah? 

Semua ini mainan, sengaja musuh mencuit umat Islam.
Lalu kita membakar bangunan, kereta dan harta benda.
Memanjat, merobohkan, merosakkan..yang membawa kepada pembunuhan.
Ini bukan ajaran Nabi Muhammad S.a.w

Lihatlah diri, sebelum lihat orang lain. Saya melihat diri saya.
Jemaah Subuh bagaimana? Penuh?
Solat 5 waktu bagaimana? Cukup?
Zakat pula bagaimana? jelas?
Kata pembela Rasulullah S.a.w, ikut sunnah pun susah.

Aidil Adha, memanggil umat Muhammad S.a.w untuk kembali menyoroti sirah. Pengorbanan umat Islam terdahulu..Para Sahabat Radhiyallahu-anhum, Para pejuang Islam tika Khilafah Umayyah, Andalus, Abbasiyyah, Uthmaniyyah, Melaka, SULU, Qairawan, Acheh dan sebagainya. Berjuang membawa Islam itu Indah sehingga bertebaran luas sinar keimanan ke pelusuk dunia.

Peranan saudara kita di Palestin, Syria, Mindanao, Selatan Thai, Rohingya mempertahankan Islam dan tanahair.

Peranan kita di Malaysia.
Membantu mereka. Sokongan. Doa.

Sebarkan bunga-bunga mawar mewangi. 
Sebarkan kebaikan dan kecantikan Islam. 
Sinari bumi dengan keindahan sebagai orang Islam.


عن جابر بن عبد الله ـ رضي الله عنهما ـ عن النبي ـ صلى الله عليه وسلم ـ
 قال :” كل معروفٍ صدقة “
 Dari Jabir bin Abdullah RA, dari Nabi Muhammad saw bersabda: “Semua kebaikan itu adalah sedekah.” (HR Al Bukhari dan Muslim)
---------------------------------------------------------------------------------------------
Ruuz Mandy De'Memel & De Hakimin
Saya dan Wan Hakimin bergabung tenaga membuat nasi Mandy. Bagi menjamu 30 orang qaryah Surau al-Mizan Putrajaya. Dibantu beberapa anak didik. Tidak sangka, semua macam dicukupkan oleh Allah Subhanahu wa Taala..ada sedikit rezeki untuk saya bawa pulang. Tak susah masak nasi mandy, ada bahan yang cukup dan tenaga bantuan. InshaAllah.
Kuah 3 sambal yang kami buat. Sambal tomato arab, sambal cili dan sambal kicap jawa.hehe Campuran 3 sambal untuk nasi Mandy.
Sup tulang sudah pasti. Sebagai pemanas mulut dan perut.
Makan Roti keras,di Morocco haha
Jamuan Hari Raya Qurban. Selesai.Puas hati.
Alhamdulillah ;))))
Hari Raya Aidil Adha, sebenarnya patut lebih meriah berbanding Hari Raya Aidilfitr. Ini yang Guru-guru saya sebut. Oleh kerana keutamaannya disisi Allah.
Wallahu'alam---------------------------------------------------------------------------------------------
Menjadi tinggi disisi Dia, menjadi hamba serendahnya dibumi.
Selimutsura@www.najmeeqamar.blogspot.com
KDK, 45000 Kuala Lumpur.




Selasa, 23 Oktober 2012

Khutbah Cinta Terakhir (9 Zulhijjah)

By : Selimutsura


Hujjatul Wida'..

Baginda Nabi Muhammad S.a.w usai menunaikan solat Subuh di Mina, kemudian Baginda S.a.w menanti sedetik masa sehingga mentari memancarkan cahaya. Lalu bingkas bangun menuju ke Arafah pada 9 Zulhijjah Tahun 10 Hijriyah.

Didapati di Arafah mempunyai sebuah khemah yang telah siap disediakan untuk Baginda Nabi Muhammad al-Habib, dan singgah disitu.

Apabila mentari mula tergelincir, Rasulullah S.a.w memanggil untanya yang bernama al-Qaswa' lantas menunggang dan melalui di tengah lembah Uranah. Ketika itu terdapat 124 ribu atau 144 ribu orang yang siaga berkumpul. Segera Rasulullah S.a.w bangun dan menyampaikan khutbah terakhirnya.

"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci.Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.
Wahai Manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.
Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.
Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.

تَرَكْتُ فِيْكُمْ اَمْرَيْنِ مَا اِنْ تَمَسَكْتُمْ بِهِمَا لَنْ تَضِلُّوْا اَبَدَ
كِتَابَ اللهِ وَسُنَّتِى
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.
Selesai khutbah terakhirnya, turunlah wahyu terakhir. Firman Allah Taala surah al-Maidah ayat 3.
Maksud : 
"..Pada hari ini, Ku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Ku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Ku telah redha Islam menjadi agama kamu..."
Tatkala itu, Saidina Abu Bakar R.a menangis apabila mendengar ayat itu dibacakan. Lalu orang bertanya kepadanya, "Mengapa engkau menangis?" 
Jawabnya :"Tidak ada selepas kesempurnaan melainkan akan datanglah kekurangan"
Saya..menyelak beberapa helaian ar-Rahiq al-Makhtum, menginsafi dan memandang diri dan umat Islam. Hanya airmata yang menjadi teman.
Wallahua'alam
Saya mencari beberapa keping gambar Lembah Uranah, Gunung Arafah yang dimaksudkan ;)
Salam Eid aDha, Kullu am wa antum Bi Khoir..

Menjadi tinggi disisi Dia, menjadi hamba serendahnya dibumi.
Selimutsura@www.najmeeqamar.blogspot.com
KDK, 45000 Kuala Lumpur.



VISUAL dengan Positif

By : Selimutsura
Saya berjaya tangkap awak!
Jam di dinding menginjak jarum ke pukul 8.15 malam. Eimam memandang sekilas pandang. Sudah tiba masa masuk waktu Isyak bagi wilayah Bagan Datoh dan kawasan yang setara waktu dengannya. Eimam menyarungkan kain pelekat yang dihadiahkan oleh Allahyarhamah ibu tercinta. 2 tahun yang lalu, Ibu dan ayah Eimam telah pergi jauh..bertemu Kekasih Agung yang Maha Esa.

"Kaki Eimm kebas ibu, digigit kerengga merah..huhu..sakit."
"Mari ibu tengok..Eimm, sikit je ni..ibu sapu ubat ye..bismillahirrahmanirrahim." Sambil ibunya menggosok-gosok kaki yang luka.

"Lain kali jangan main lari-lari belakang rumah tu..banyak kerengga, buah pelam tu nanti biar ibu yang kutip." Ingatan Eimam sewaktu kecil digigit kerengga.

Allahuakbar..Allahuakbar!
Lailaha illallah!

Azan menggegar tabir malam, mengetuk juga bayangan ibu difikirannya. Eimam merapikan rambutnya, kerinting ikal kemas kelihatan. Solat fardhu Isyak yang dilakukan pada waktunya  secara berjemaah adalah kewajipan yang dituntut. Keringanan apabila hujan lebat, nyawa diancam dan darurat.

Eimam Ukail baru meniti usia 12 tahun.

"Kriiiingggg.." Deringan loceng menanda kelas akan bermula. Eimam menggalas beg yang saiz lebih besar dari saiz badannya. Bersiap untuk masuk ke kelas 6 Ceria, "Ibu pesan baca doa sebelum masuk kelas.." Mulut Eimam terkumat-kamit membaca doa, muncungnya lebih panjang dari batang hidung.

5 minit kemudian.

Cikgu Najmi, bersongkok melangkah ke dalam kelas. "Assalamualaikum semua.."

"Waalaikumussalam wa rahmatullahi wa barakatuh cikgu.." Balas murid-murid 6 Ceria mengikut alunan beramai-ramai.

Hari ini cikgu Najmi mengenakan songkok hitam menyenget ke kanan. Mungkin pengaruh Tunku Abdul Rahman barangkali. Oh tidak..sebenarnya cikgu Najmi sengaja biarkan kerana beliau mengajar subjek sejarah.

Eimam, mengangkat tangannya dengan berani. " Cikgu, songkok cikgu senget!"

"haha..mungkin kamu semua rasa pelik. Bila cikgu pakai songkok senget, kamu semua mesti tertanya-tanya. Sebab kalau cikgu pakai songkok macam biasa..kamu takkan bertanya..betul tak?" Mudah cikgu Najmi memberi jawapan.

Semua anak murid kelas Sejarah berasa agak hairan.

"haha..samalah juga sejarah. Jangan jadikan sejarah tersebut benda yang biasa, kerana sejarah adalah sesuatu yang pelik dan lain. Bila jadi pelik kita mudah tangkap dan bertambah rasa ingin tahu..akhirnya kamu akan berminat dengannya." Senyum cikgu Najmi.

"Jadi kita kena kreatif ye cikgu?" Alfiyah mencelah.

"100 markah untuk kamu Alfiyah! Ok..dah cerah mata semua? Mari kita mulakan pengembaraan kita dalam Sejarah!" Cikgu Najmi membakar semangat kepada anak-anak muridnya yang bakal menduduki peperiksaan UPSR tidak lama lagi.

"Betul jugak, saya perlu lebih kreatif!" Bisik hati Eimam.

------------------------------------------------------------------------------------------------------
Terima kasih Eimam, bantu saya sebagai selingan. Alhamdulillah semalam kuliah bersama murabbi Ustaz Hasrizal Abdul Jamil di An-Naim. Menariknya Ustaz dan saya berbaju ungu. =) Tapi bukan itu yang saya mahu kongsikan. Serba sedikit ilmu yang saya dapat, untuk kita semua mendapat manfaat bersama.


Gambar ketika usai Iftar tahun lepas
Kita semua daei..tidak semestinya ustaz dan ustazah. Anda peniaga donut pun juga pendakwah..ye kan? Donut bukan sekadar kuih donut. Bentuknya bulat, dikelilingi gula menjadikannya sempurna manis, lagi bertambah manis bila si pembuat donut mendoakan orang yang memakannya mendapat sihat afiat dan boleh ibadah.

Yang sedap tadi bukan donutnya, tetapi Allah yang menjadikannya sedap.


Saya bahagikan dlm topik kecil :

1. Dakwah biar sampai.

Sebagai seorang daei, atau pendakwah tidak dapat lari dari permasalahan dan persoalan umum masyarakat setempat yang mahukan penjelasan dan jawapan yang praktis. Masalah furu' kebanyakannya.


2 Syarat yang perlu difahami secara dalam oleh para pendakwah iaitu : memahami..

- Nas (Sumber hukum & dalil dari al-Quran dan al-Hadith)
- Naas (Manusia itu sendiri/ masyarakat)

Penilaian du'at menilai sumber hukum mestilah merujuk tatacara, dan ketertiban disiplin ilmu. Ambilan yang cacamarba hasilnya juga cacamarba. Terutama sekali hujah dari al-Quran dan al-hadith, sudah semestinya diikuti dengan tafsiran para ulama' dan ahli-nya, diekstrak dalam bentuk kefahaman..supaya orang faham dan dimanfaat.


Selepas sumber pendalilan yang mantap didapati, para daei terjun ke medan lapangan melihat adakah ianya sesuai dengan praktikal masyarakat setempat. Sekiranya tidak sesuai, adakah wajar kita menolaknya? Sedangkan ia datang dari al-juhd (kesungguhan) dari para ulama' dengan teliti. Apakah respon masyarakat pula? Bila mendapati hukum telah ditetapkan sebegitu, maka perlu ikut atau tidak.


Oleh itu, Para Daei perlu VISUAL kan. Gambarkan, perilaku tersebut. Malam tadi contoh mudah isu kenduri Arwah, di mana kewajarannya. Di Madinah, ketika zaman Nabi Muhammad S.a.w apabila didengar tentang berita kematian Jaafar at-Thoyyar, Rasulullah S.a.w meminta para sahabat membantu membuat makanan untuk keluarga Jaafar kerana didatangi musibah kematian. Berbeza situasinya di negara kita, keluarga si mati yang bersibuk-sibuk menjamu tetamu yang datang. Perbezaan ini berlaku. Daripada hadith yang diriwayatkan oleh Abdullah b. Jaafar.



عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ جَعْفَرٍ ، قَالَ : لَمَّا جَاءَ نَعْيُ جَعْفَرٍ ، قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " اصْنَعُوا لآلِ جَعْفَرٍ طَعَامًا ، فَقَدْ جَاءَهُمْ مَا يُشْغِلُهُمْ " .

Secara konsep sebaik-baiknya jika tiada keupayaan tidak perlu dilakukan. Keharusan untuk membuat kenduri arwah bila:
1. Tidak menggunakan harta si mati, walau 50 sen sekalipun ia perlu difaraidkan.
2. Tiada pembaziran dan bebanan, contohnnya ada yang mengadakan kenduri arwah 40 hari berturut-turut ini menjadi beban keluarga si mati hingga berhutang.
3. Tidak menganggap ia adalah satu kewajipan.

Yang dianjur oleh Nabi Muhammad S.a.w ialah orang yang menerima kematian itu dijamu seperti kisah sahabat Nabi, Jaafar at-Thoyyar R.a. untuk meringankan beban dan musibah yang menimpa. Fikir-zikir kan.


2. VISUAL kan!


Bab ni Ustaz lebih menekankan dari sudut parenting. Kita selalu menggunakan perkataan "JANGAN" pada anak-anak. Anak-anak hari ini, lebih tahu kepada benda yang mereka nampak, logik dan boleh digambarkan. 

Contoh telefon..ok ini telefon.

Ini pokok..ohhh..ok ini pokok. Ini I-Tab...ohh..nak!

Kita selalu cakap.


JANGAN panjat pokok! Tapi anak-anak akan panjat juga.
JANGAN berlari! Tapi tak ikut, buat lagi ada.hehe

Perkataan panjat, pokok, berlari - mereka boleh bayangkan, dan gambarkan.
Tetapi perkataan JANGAN - apa yang mereka boleh gambarkan? Jadi tiada gambaran yang divisualkan.

Cuba ubah! Panjat pokok..nanti jatuh! Larilah..nanti jatuh!

So definitely..oh ckp omputih..hihi dia nampak, panjat..dan jatuh, berlari..jatuh.


Cuba tengok kartun bawah ni..hehe

Buat ayah-ayah boleh tak anda lakukannya? hihi

Supaya perkataan itu bukan sekadar retorik. Anda buat apa yang anda cakap. Jauhi ayat-ayat negatif ok.


Sempat saya menyapa Ustaz Hasrizal ketika menuruni tangga untuk pulang, "Selamat menyambung pengajian di UKM."


"Terima kasih..baru nak sambung, tu yang ceramah pening-pening sikit." Sambil tersenyum.

"Tak mengapa Ustaz, pengajian sepanjang hayat.." Bergelak kecil kami.

Wallahua'lam. Mohon tegur!


Topik malam tadi panjang, tak tertulis kat blog ni..inshaAllah doakan saya diberi sihat untuk kongsikannya. =) Alaikum bittaufiq wal hidayah.



Menjadi tinggi disisi Dia, menjadi hamba serendahnya dibumi.
Selimutsura@www.najmeeqamar.blogspot.com
KDK, 45000 Kuala Lumpur.

Isnin, 22 Oktober 2012

DOA ANAS BIN MALIK R.A

By : Selimutsura

Siapakah Anas b. Malik R.a?

Beliau adalah antara sahabat Rasulullah S.a.w. yang menjadi khadam Nabi junjungan mulia. Beliau merupakan antara sahabat yang paling panjang umurnya kerana doa Nabi S.a.w ini.

Dikurniakan oleh Allah ladang kurma yang banyak, dan saiz kurma itu lebih besar berbanding biasa malahan harum baunya. Ini adalah mukjizat doa Nabi Muhammad S.a.w. 

Kata Ustaz Dr.Zahazan, 2 perkara yang kita dapat jika amalkan doa ini iaitu ikut Nabi S.a.w dan dapat berkat doa ini.


اللهُمَّ أكْثِرْ مَالِي وَوَلَدِي ، وَبَارِكْ لِي فِيمَا أَعْطَيْتَنِي ،
وَأَطِلْ حَيَاتِي عَلَى طَاعَتِكَ ، وَأَحْسِنْ عَمَلِي ، وَاغْفِرْلِي


"Ya Allah , banyakkanlah hartaku dan anak-anakku, serta berilah keberkatan atas setiap apa yang Engkau berikan . Panjangkanlah kehidupanku dalam ketaatan terhadapMu serta perbaikilah amalanku dan terimalah taubatku ampuniku"


Doa ini diamalkan oleh Anas b. Malik R.a, Allah telah mengurnia kepadanya harta yang banyak lagi barakah, anak-anak yang ramai dan kesenangan hidup dalam ketaatan kepada Allah. Cantiknya doa ini diakhiri dengan memohon taubat dan pengampunan.


Amal ketika waktu dhuha, inshaAllah dipermudahkan segala urusan.( ^^,)
Sebarkanlah ye..wallahua'lam

Mohon tegur saya!

Ahad, 21 Oktober 2012

Cinta Pelik bin Ajaib

By : Selimutsura

Saya mengulang-ulang putaran lagu Law kana bainana, saya memperoleh hiba.


dan..saya menangis..entah mengapa jiwa saya mahu nyatakan.. 

Andai saya dapat hidup saat zaman Rasulullah S.a.w, 
andai saya diberi peluang untuk bertemu dan bersua,

mesti saya dapat lihat..
senyumannya, raut wajahnya, riak tubuhnya, gaya lakunya..

mesti saya dapat rasa..
kegembiraannya, keperintannya, kesusahannya, keresahannya..

mesti saya dapat bersama..
berjuang, syahid dan setidak-tidaknya menjadi sahabat Baginda S.a.w..

Tetapi Allah Subhanahu wa Taala lebih Mengetahui. Nabi Muhammad S.a.w telah pergi meninggalkan umatnya 1400 tahun yang lalu. 

Saya hidup dan dilahirkan selepas 1400 tahun.
Tidak dapat lihat, rasa dan bersama..

dan tidak dapat menjadi sahabat Baginda S.a.w.

Rasulullah S.a.w sebenar-benar tidak pernah meninggalkan umatnya. 
Hadirkan sunnah dalam kehidupan, itulah yang Rasulullah S.a.w mahukan.Itu saya tahu.

Tapi saya selalu rindu pada Rasulullah S.a.w..
Walaupun tidak dapat lihat, rasa dan bersama..

Pelik bin ajaib cinta ini. Andai sekiranya ada permintaan, satu permintaan yang saya mahukan. Bertemu dengan al-Habib Rasulullah S.a.w.

Boleh ke..sebab..

Saya malu. Siapalah saya? Untuk bertemu dengan kekasih Allah yang mulia.

Saya masih lalai, leka dan lupa.

Layakkah saya bergelar umat Nabi Muhammad S.a.w yang mulia?

Saya mulai resah. Kerana mencintainya bukan sekadar berselawat, berposting di FB, menaip di Blog, ingat-ingat lepas tu lupa.

Saya memujuk diri. Saya perlu berubah.

"Ya Allah, sampaikan salam hambaMu ini dan pertemukan kami di Akhirat nanti"

Pertemuan dari kekasih kerdil kepada kekasih Agung.

Saya suka Cinta yang pelik ini.

Sollollohu Alaihi Solatu Wassalam..


Maksud Firman Allah S.w.t :
"Katakanlah: Jika kamu (benar-benar)mencintai ALLAH, ikutilah aku (Nabi Muhammad) nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu, Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

(Ali-Imran 31)

Menjadi tinggi disisi Dia, menjadi hamba serendahnya dibumi.
Selimutsura@www.najmeeqamar.blogspot.com
20hb Okt di Felda Lepar, Gambang.

Kongsikan Bersama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...