ilham Ma'mum

Selasa, 20 Mac 2012

Mengetuk Emosi Mimpi

By : Selimutsura


“Dan tidak ada suatu binatang melata pun di bumi melainkan Allah-lah yang memberi rezekinya, dan Dia mengetahui tempat berdiam binatang itu dan tempat penyimpanannya. Semuanya tertulis dalam Kitab yang nyata (Lauh mahfuzh).” (Hud: 6)

Ku disuntik semangat untuk menulis, bunga-bunga rindu kian menebal, membumi qalbu dengan pena-pena dakwah sahabat handai, jari jemari menari-nari mengikut irama kembara singkat, rona kehidupan yang dilalui saatnya ku kongsikan sebagai lukisan indah untuk tatapan ibrah (pengajaran) dan nasihat yang membina diri dan teman sekitar.

Pabila masa menulis tiba, emosi turut sama datang. Emosi yang baik hasilnya juga positif adakala membuka pintu-pintu kreatif. Emosi berlandas iman itu yang MUKMIN perlukan. Gaya dan style membedakan antara pengukir-pengukir dakwah. Ustaz Hasrizal fiksi dakwahnya terserlah dengan style tersendiri. Rencah-rencah kehidupan realiti menunjukkan Islam adalah realiti. Mauidzah Hasanah yang diterapkan dalam penulisan buku atau sebagai kolumnis blog. Banyak kitaran ceritanya menginspiratif diri.

Ku amat teruja dengan Mbak Oki Setiana Dewi, titipan daya dan gaya penulisan amat mendalam ke qalbu. Siapa tidak kenal artis sinetron Indonesia yang mahsyur dengan nama Anna Althafunnisa dalam siri Ketika Cinta Bertasbih (KCB). Dia bukan saja cermat di lakon layar, bahkan pada sisi kehidupan seharian, persis santun wanita muslimah. Amati cermat novel Pernik Cinta Sejuta Pelangi yang baru-baru ini dilancarkan di negeri serambi Mekah, Kelantan Darul Naim. Begitu puitis dengan bait-bait pujian pada Allah, serta meletakkan kembang kasih mencintai Rasulullah SAW sebagai antara koleksi kisah di novelnya.

Datang seorang sahabat, dan bertanyakan padaku
“Mel, apa kata kau terbitkan buku ke, novel ke?”

Jawapan mudah
“Nakkkk!” Ku menjegilkan mata, kerna soalan itu melonjakkan daya suka.
“Sape yang tak nak Kak, cuma malu saya tulis takut tak da orang baca. Lagipun ada peluang ke untuk saya ni?” Jawapan mula-mula yang buat Kak Zala mengangkat keningnya.

“Eh..Mel, peluang banyak dik, sekarang ni banyak penerbit-penerbit buku yang mahukan penulis-penulis muda, lagi-lagi pada pandang sisi dakwah. Adik ada ilmu dan idea itu yang membezakan penulis, gaya masing-masing semestinya disukai pembaca-pembaca yang berbeza. So..grap the opportunities. Ini bagus untuk Islam”.

Aku termenung sebentar, memikirkan yang tersirat.

Kak Zala menambah perencah, “Sekarang ni, peluang latihan dan bengkel penulisan banyak jangan sia-sia kan. Tinggalkan sesuatu untuk ditinggalkan, dimanfaatkan”.

Tuntutan membaca telah menyerlahkan cinta yang tinggi di kalangan Para Sahabat Baginda SAW kepada Allah Subhanahu wa Taala. Kita koreksi sirah sahabat, Saidina Umar al-Khattab al-Faruk bagaimana dicairkan dengan alunan bacaan surah Toha oleh adiknya. Minda sedar menyemai benih-benih iman didada-dada anak kecil menempa keperluan yang wajib, melalui bacaan. Tidak bersalahanlah  dengan penurunan surah al-A’laq, Iqra! Membuka gerbang ilmu duniawi merentas ukhrawi.

Subhanallah..kepah, cengkerang, kerang yang di dasar lautan itupun menyimpan berjuta rahsia ilmu. Yang masih belum di kaji mendalam melalui pandangan tersurat dan tersirat. Bagaimana ia sentiasa taat akan perintah Allah, menjalankan tugas-tugasnya. Mereka akur dan redha sebagai hamba, tidak membantah menjadi bahan makanan. Apakah kita insan, tidak mampu menandingi iman si kerang, merungut dengan pemberiannya, laku tidak sabar dan angkuh. Nauzubillah min zalik.

Ya Allah, jadikan aku taat
Jadikan aku tidak zalim pd diri
Jadikan aku hamba yang kuat redha
Kuat daya usaha ibadah
Samada dalam tulis, cakap, semua laku

InsyaAllah, amin ^^)
Jalan Ipoh, Kuala Lumpur Mac2012

Kongsikan Bersama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...