ilham Ma'mum

Khamis, 15 Disember 2011

Makin Tua Makin Manis & Beijing Part 2

By : Selimutsura

Assalamualaikum, awal kalam yang membuka pahala sebagai santunan peribadi
[ Terhakis segala curiga, bila tampak keyakinan pada khusnu zhon "pandangan positif", cuba membunuh keimunan hati yang berperang dengan virus-virus jahat, adakah keimunan hati itu akan terus bertahan, menguasai semula jajahan hati yang dulunya dimilikinya, segala jawapannya adalah pada tangan penguasa hati itu, atau menjadi tawanan ]

Pasti pernah anda melihat secara peribadi, atuk atau nenek anda sendiri yang sedang senyum. Wajah yang berkedut, kelopak mata yang redup, berserta giginya yang jarang, kalau tak pun luruh sekaligus. Manis tak senyuman mereka? Jawapannya selepas ini.

Baru-baru ini, ku singgahi Beijing, China. Banyak kerenah, tingkah laku, cara hidup, secara sejarahnya adalah peradabannya, berkisarkan kehebatan pemerintahnya, ketaksuban pada memahami kepercayaan walaupun tidak fahaminya, aksi kungfu, mitos metafora, itulah tempoh pendidikan mereka di sana, menjadi adat biasa yang lumrah.
Bila anda ke sana, ini yang anda akan laluinya (^^,) moga perkongsian singgah di Beijing ini ada manfaat, ku berpegang pada prinsip "Hidup dengan Makna" Hidup yang saling memberi dan menerima, kerana kita sebagai muslim umpama satu badan, terasa impak demam bersama, itulah yang ku buat untuk anda fahamiku.

1. Makanan Halal
Di Beijing, makanan halal sangat mudah dicari. Berpandukan papan tanda yang tertera tulisan khat cina Arab "al-Mat'am al-Islami" bermaksud Restoran Islam berwarna hijau pada tulisan. Secara umum makanannya berasaskan minyak juga, banyak yang dimasak goreng. Ada ayam, daging lembu / kambing yang pastinya akan digoreng bersama sayur-sayuran. Penggunaan rempah seperti lada hitam yang sangat menyengat (spicy). Jangan lupa untuk merasai teh cina, rasa dulu baru anda tahu hihi Ku anak jati Malaysia, tidak ketinggalan memesan telur dadar. Sup disini sangat bedanya dengan sup di rantau kita, ku mengelak merasainya, seperti orang demam yang tiada selera rasa. =)

Anda perlu berhati-hati untuk membeli makanan di Beijing, apatah lagi ditepi-tepi jalan, perlu memilih yang bersih dan halal. Biasanya mereka faham, orang muslim Malaysia tidak menggunakan stik, sudu dan garfu sudah tersedia, tapi lebih enak makan dengan sudu asli, mula bismillah.

2. Jangan lupa bawa bersama air botol
Ini pesanan ku tahap kritikal, kalau anda berjalan-jalan sekitar Beijing janganlah lupa air botol dan air mineral. Bukan oleh kerana kehausan, itu satu hal. Pada hal yang lainnya juga sangat penting adalah kebanyakan tandas awamnya tidak disediakan "Paip dan Air" ada tisu itu kalau disediakan la. 

Amat kasihan bagi sahabat-sahabat ku, bagai nak pengsan bila melihat tandas awam ni haha pergi masuk dulu, jangan bagi jawapan, simpan sendiri rahsia itu haha. Bayangkan tandas tersebut tiada penghadang yang sempurna, pintu tanpa pengunci, pandai-pandai la. Tetapi ku menegaskan tidak semuanya begitu. Sebab hanya satu tandas yang paling bersih dan rapi terjaga yang di temui, di Masjid Nan Dou Ya.


Air sangat penting, untuk pelbagai keperluan.

3. Barang palsu dan original

Bila singgah di Beijing, pastinya masa shopping buat semua gembira. Namun ku agak kurang berminat untuk membeli-belah tetapi membeli-manfaat. Ku dan yang lain, di bawa ke satu mall yang sangat besar bertingkat-tingkat. Jasmin (Pemandu Pelancong) memberi pesan hati-hati, jangan tertipu dengan original China.

Mall ini bagaikan syurga membeli dan membelah. Apa sahaja barangan kulit, bulu, aksesori lelaki & wanita, barangan elektronik segala bagai I-Tab, I-Pad, I-Phone, anda boleh dapat. Cuma rezeki masing-masing kalau dapat yang terbaik, tapi jarang sekali. Sahabatku tertipu, membeli 2 tas jam tangan, di bawa pulang ke hotel. Satu tas elok, satu tas lagi sudah tercabut jarumnya. Tetapi siapa yang membeli barangan kulit pastinya berpuas hati, seakan-akan original.

Kaki sangat lenguh, ku hanya membeli manfaat. Keluar dari mall melihat suasana malam. Sekitar Beijing, yang hidup dengan lampu lip lap, berpusu-pusu kesana-kemari manusia. Belajar melihat negara orang yang berbeza dengan tanah air sendiri.

4. Semakin sejuk, apatah lagi malam
Berlapis-lapis pakaian pun namun tusukan angin malam berjaya menggetarkan tubuhku. Sarung tangan yang ku beli di Morocco dulu masih elok diguna. Melindungi kesejukan malam yang kian memuncak. Kali ini sarung tangan & baju tebal itu tidak dapat menyelamatkan tubuh ini. Sepertinya sudah tiba saatnya kiamat, tidak ada yang terkecuali, kecuali yang diizinkanNya.

Salju dunia, tetapi hatiku berbisik jika turun salji malam ni alangkah indahnya Ya Allah. Mustahillah..benak dada memberitahu. Secara realitinya malam itu masih diparas 7 darjah celcius, kata temanku kalau -5 darjah celcius insyaAllah.

5. Sujudku di Beijing


Apa yang menarik dan menyentuh hatiku di Beijing ini adalah komuniti masyarakat Muslimnya. Walaupun bilangan mereka adalah minoriti, ia bukanlah satu yang gharib (asing) bagi mereka menjalankan aktiviti seharian sebagai seorang Muslim. Bahkan komuniti Muslim di sini sangat sepakat dan bersatu hati.


Masjid Nan Dou Ya, tiangnya hijau berlatar putih. Terdapat di tengah gerbangnya bentuk kubah bertahta bulan dan 2 menara bertahta bintang. Solat Jumaat dilakukan selepas 2 jam masuk waktu zuhur (sekitar jam 12), ku datangi masjid pada jam 1.45 petang kelihatan ada seorang ustaz sedang berkuliah. Jam 2 petang azan sekali berkumandang dan diikuti khutbah Jumaat, akhirnya solat Jumaat dilangsaikan.


Khutbah di Beijing, China ini dalam bahasa Arab, ada faham? hihi =)


6. Kedai Runcit
Sekali sekala ku menemani rakan ke kedai runcit kecil-kecilan. Pastinya yang ini bukan kedai Muslim. Tersusun segala jenisnya, adik-beradik rokok dan kerabatnya di almari cermin seperti di kedai emas, tunggu pelanggan memilih. Lalu datang seorang pembeli cina, ditunjuk pilihan rokok, si pekedai itu mencampakkannya sekotak seolah gaya macam berniaga ala mafia. Tetapi jangan risau ini sudah kebiasaan di sini.


7. Tempat Wuduk & Mandi
Sebelum terlupa, tempat wuduk di Masjid Nan Dou Ya ini sangat unik. Ku orang Malaysia tidak mengerti caranya, pertama kali kan. Apatah lagi ketika itu musim sejuk di Beijing. Mengambil wuduk dengan mengambil teko mencampurkan antara air di sinki (air sejuk) dan air di tempat wuduk (air panas), nak kata betapa bingungnya diri ku hihi hanya berwuduk menggunakan air panas saja. Aduhyai~


Di kamar wuduk juga terdapat bilik-bilik mandi yang sangat banyak, untuk pengetahuan semua Muslim di sini, sebelum mereka mengerjakan solat terlebih dahulu mereka membersihkan diri dahulu. Mereka akan mengelap-lap badan mereka dengan tuala yang disediakan. Rendaman air panas dan sejuk itu tadi mengembalikan keselesaan dan ketenangan. Islam sangat menuntut kebersihan dan kesucian diri apatah lagi apabila hendak menghadap ALLAH Rabbul Jalil.


Jadi jangan buat pandai, tanya pakcik-pakcik kat masjid tu lain kali haha pesanan buat ku.






8. Semangat Harimau
Negara China, sangat teruja dengan Naga mereka, kita di Malaysia dengan Harimaunya. Sebagai peminat tegar bola sepak sejak kecil pastinya tidak terlepas dengan perkembangan bola sepak negara, yang kini kian meningkat. Hari terakhir di Beijing ku sempat menyarung jersi Malaysia di sana, kerana rasa bangga dan syukur sebagai rakyat Malaysia. Apatah lagi Malaysia berjaya menewaskan Thailand pada 11 November lalu dalam Sea Games 2011.
Semangat sang Harimau, bersungguh-sungguh dalam mencapai sesuatu menjadi pembakar semangat ku untuk bersungguh-sungguh dalam menimba ilmu, dan mencapai impian. Bak pepatah Arab "Man Jadda wa Jada, wa Man Zara'a Hasola"


Kejayaan di dunia, lagi2 Akhirat aminnn (^^,)


Jawapan soalan di atas
Ku tidak tahu apa jawapan kalian.


Jawapan sendiri : Mestilah manis
Sebab jawapan : Bila makin tua, gula semakin banyak dalam diri, jadi memang dah manis pun walaupun dengan senyuman, jadi kurangkan makanan bergula, kerana semakin tua semakin manis. (^^,) haha ntah ape2 la ku merepek ni.


Ok wassalam sahaja dari saya, inshaAllah Ganu (Terengganu) jupo kawe sana deh!Makang Ikang! hihi

Kongsikan Bersama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...