ilham Ma'mum

Khamis, 30 Ogos 2012

Harapan Anak Malaysia

By : Selimutsura
Tanggal 31 bulan Ogos 57, Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Sambut dengan jiwa yang merdeka.
Saya bersyukur kepada Allah. Sudah 55 tahun, Malaysia mencapai usia kemerdekaan. Selama usia ini Malaysia sudah mencapai status negara dunia ketiga yang paling cepat mengecapi nikmat kemodenan. Kita ada menara berkembar tertinggi di dunia, sistem LRT transit (keretapi), Trek perlumbaan F1 Sepang, Kuala Lumpur International Airport, Sistem perkomputeran dan komunikasi yang canggih, Sistem jalan raya PLUS, LATAR, DUKE, LPT, NKVE, SKVE, LDP dan sebagainya, Perindustrian permotoran nasional seperti Proton, Produa, Modenas, dan lain-lain. Tidak tersebut semuanya, saya tidak nafikan.

Sumber kekayaan negara (Hasil bumi). Tanah-pamah yang subur, Kehijauan flora dan keindahan fauna, air terjun mencurah-curah, sungai-sungai dan pantai-pantai, lautan dilimpah sumber perikanan yang banyak, dan hasil makanan asasi yang cukup lengkap. Beras, gula, garam, sayur-sayuran, kemudian di proses dan digunakan oleh penghuni bumi bertuah ini. Bertuah lagi kalau anda tahu, Malaysia masih lagi mempunyai emas, bijih dan yang paling hangat diperkatakan ialah minyak dan gas.

Itu baru kekayaan hasil bumi, saya tahu dan semua tahu. Secara akal kita memang kaya, betul tak? Peranan rakyat Malaysia, selama 55 tahun membanting nyawa meningkatkan ekonomi negara haruslah dihargai dan dipandang berat. Secara langsung dan walaupun tidak langsung, "orang macam kita ini kerja nak cari makan, demi sesuap nasi untuk isteri dan anak-anak, banyak kena beli, banyak kena bayar, yuran itu yuran ini, kelengkapan itu kelengkapan ini, cukup bulan lengkap gaji masuk, seminggu je garu kepala." Mentaliti saya kot, orang lain tak tahu la.

Kemerdekaan hari ini, hanya kita tumpang dari pengorbanan nyawa pejuang-pejuang terdahulu. Kalau anda tahu, siapakah Tok Janggut? Hj Mat Hassan Panglima Munas?  S. Abdurrahman Limbong? Mat Kilau? Datuk Bahaman? Maharaja Lela? Mengapa kita tidak didedahkan dengan siapakah mereka? kenapa tidak ditekankan dalam media tentang perjuangan mereka? Adakah mereka menentang bermati-matian hanya kerana menentang pembayaran cukai? Atau melanggar adat tradisi orang melayu? Atau kerana Islam?

Sheikh Abdurrahman Limbong, ulama' terkenal dari Terengganu, anak murid Tok Ku Paloh yang alim dan warak. Menentang perjuangan British.

Hj Mat Hassan Hj. Munas adalah Tok Janggut, beliau adalah seorang ulama' yang syahid menentang British di Kelantan. Bila melihat gambar ini, begitu menyayat hati dan sakit hati keadaan Allahyarham diarak, digantung dan dimalukan di depan Istana Padang Bank (Padang Merdeka) selama beberapa hari dan dilabel sebagai pemberontak. Ini satu kes.

Banyak, hal-hal sejarah perjuangan dan sejarah kemerdekaan yang masih kabur. Saya rasa budak-budak zaman sekarang pun tak ambil peduli hal ini, apatah lagi nak tahu. Siapakah yang membantu polis-polis British ini? Apakah misi British sebenarnya datang ke Tanah Melayu? Siapa pula pejuang negara dan pengkhianat negara? 

Mereka berjuang hingga ketitisan darah terakhir, saya berpandangan secara logik pada fakta, merekalah pejuang negara, pejuang agama, yang dimomokkan sebagai penentang, pengkhianat, dan pemberontak. Lu fikirlah sendiri!

55 Tahun, usia yang sudah matang. Secara analogi, ilmunya mantap, imannya mantap, amalnya juga mantap. Memang kita sudah mencapai kemerdekaan, pembangunan material yang hebat dan terbaik, sistem pentadbiran yang sistematik, sistem ketenteraan dan kepolisian yang cekap, hospitaliti dan khidmat sosial yang pelbagai. Sudut pandang yang bagus dan baik. 

Tetapi dalam kemerdekaan yang kita kecapi, ini apa yang saya lihat. Kita masih mengekalkan kelab-kelab malam, disko dan kedai arak, Sports Toto dan Magnum, Night Party, Pesta buih dan pesta muda-mudi, Zouk, rumah-rumah pelacuran (hari-hari berita kat TV), hiburan yang melampau-lampau. Itu belum lagi sudut moral di tempat kerja dan luar kerja, keruntuhan institusi kekeluargaan, akhlak dan moral masyarakat, takut saya dibuatnya.

Punca?

Jadi insan yang suka mengkaji, berfikir untuk umat.
Saya berpendapat, segala sistem sehebat-mana, secantik-mana jika individu dan sistem itu tiada ruhaniyah keimanan, ketertinggian syariat didalamnya, saduran elemen-elemen islam umpama sebuah kereta mewah ber-enjin wolkswagen lapuk. Luar nampak cantik, dalaman semakin nazak. Islam adalah jalan selamat! Tepuk dada tanya iman.

55 Tahun yang kita kecapi sekarang, saya tidak mahu ini.
-Kaya individu, kayap orang ramai..kenyataan! Saya kasihan saudara-saudara di Sabah dan Sarawak, merdeka sudah lama tetapi yang hidup selesa orang tertentu saja. Mengapa sekarang baru nak bagi itu dan ini, kenapa bukan dari dulu? Sebab bentuk muka bumi? Dulu semenanjung pun hutan rimba juga. Orang yang duduk KL pun hidup susah, ingat senang ke.

-Amar ma'ruf buat, yang amar mungkar juga buat..kenyataan! Situasi saya, dalam satu program diperingkat kebangsaan. Malam Jumaat, comel sungguh ada solat Jemaah, solat hajat, bacaan Yasin, Zikir dan sebagainya. Usai di masjid, diprogram yang sama tidak jauh dari kawasan ada Konsert K-Pop selepas Isyak. Muda-mudi berpesta, couple-couple, seksi dan seksa artis K-POP tu. Saya lalu naik kereta ok! balik dari tutup kedai!

-Media hiburan, macam tak tapis..ini kenyataan! Banyak filem dan drama membangga-bangga dengan budaya cinta-cintun terlarang, katanya cinta suci. Babak dan adegan yang tak berapa nak segan, peluk, cium, bukan budaya kita orang melayu, kata saya Islam! Berapa banyak filem dan drama melayu yang tinggi nilai. Pengamatan saya filem Kungfu Panda lebih 1000 kali bagus. Internet, bebas anda boleh layari apa saja capaian..bayangkan anak zaman sekarang dah pegang i-tab, i-pad..10 tahun lagi?

-Jangan kata ibu bapa tak main peranan..ini kenyataan! Majoriti Ibu bapa, didik anak dengan cara terbaik. Sekolah kebangsaan, petang sekolah agama, balik rumah mengaji, didikan di rumah lagi. Tapi..bila keluar rumah, suasana sekeliling tak membantu. Rokok bebas terjual di kedai-kedai, arak kat seven-Eleven ada, bahan-bahan lucah di supermarket banyak, majalah dan komik yang negatif pun di jual. Stereo TV dan radio 80% hiburan melalaikan, melahirkan banyak penyanyi berbanding para ilmuwan muda. Macam mana ni?

-Wasatiyyah yang disalah tanggap..ini kenyataan! Wasatiyyah itu kita mengambil jalan yang tepat dalam pengurusan kehidupan, kaffah! Islam kan lengkap. Yang haram tetap haram, yang halal tetap halal, hukum siapa lagi kita nak siram di bumi ini kalau bukan hukum yang Allah sudah sediakan. Al-Quran bukan hiasan di almari mahal, As-Sunnah bukan sekadar bualan-bualan kosong di kedai kopi. Apa yang dalam al-Quran dan As-Sunnah itulah wasatiyyah, Islam memang wasatiyyah. Tidak cenderung keduniaan sangat, tidak mengabaikan keduniaan juga. Ad-Dunya Mazari' al-Akhirah!

-Sistem pendidikan, kami jadi bahan terima fakta salah..ini kenyataan! Ilmu Duniawi sandarkanlah dengan ukhrawi. Selama saya sekolah, tak pernah didedahkan yang sains, matematik, fizik, kimia, biologi ada kaitan dengan pembuktiannya dalam al-Quran walaupun saya sekolah agama. Kami terima suapan demi suapan. Sejarah, Ini pejuang negara, ini orang jahat. Mereka berjuang semata-mata semangat nasional, walaupun bekerja untuk British, membunuh jasad tanah air sendiri. Sejarah itu mahal harganya, kalau kita tidak ambil peduli pada sejarah lalu, anda akan hilang identiti dan jati diri. Mungkin satu hari nanti, kita angguk saja terima walaupun yang salah.

-Orang Melayu saja istimewa..ini kenyataan! Yang selalu dilaungkan. Saya Melayu, saya bersyukur menjad orang Melayu. Kalau saya Cina saya bersyukur menjadi orang Cina. Kalau saya orang India saya bersyukur menjadi orang India. Tidak dapat dinafikan, keistimewaan setiap bangsa, berbeza bahasa, warna, budaya bukanlah penghalang untuk duduk di Malaysia. Tetapi semangat yang perlu ada adalah sifat belas ihsan dan kasih sayang sebagai insan, manusia, orang, human being. Dia Cina juga orang, dia Arab juga orang, ada hak masing-masing untuk hidup atas bumi ini. Mengapa perlu ada Melayu lebih hebat, lebih mulia, lebih utama. Insan atas dunia ini ada 2 jenis, orang baik dan orang jahat. Dalam Islam tak kira mana-mana bangsa..sekalipun orang gelap Afrika, dia mulia jika dia bertakwa, bukan kerana dia Afrika. Kita makan durian yang sama!
-Kemerdekaan  dengan konsert dan pesta..ini kenyataan! Tak salah untuk berhibur tetapi bukan dengan cara sebegini. Setiap tahun pagi-pagi selepas 31 Ogos, anda akan lihat berapa ramai anak-anak muda lepak saja di LRT, berpusu-pusu baru pulang dari tapak dataran, lelaki perempuan berpegangan tangan, kalau pegang tangan mak ayah takpa la, ni yang bukan mahram. Berkepit sampai hantar ke rumah tu, Innalillahi wa inna ilaihi Raji'un. Saya takut akan musibah, murka DIA kalau waktu itu jadi, maka jadilah. Semua kena termasuk orang-orang yang soleh tak terkecuali.

Bukan ini kemerdekaan yang saya mahu. Ada lagi, tapi cukup sini je.

Merdeka bukan pada tingginya bangunan, bukan pada lajunya pemanduan, bukan pada banyaknya kejayaan, bukan pada berapa hebatnya pembangunan material, tetapi merdeka dari penjajahan pemikiran dan jiwa dari kelongsong kemungkaran dan kemaksiatan dalam politik, ekonomi, sosial, masyarakat, budaya, pertanian, perbankan, perindustrian, produk, senang cerita (aspek kehidupan).
Kita benda hidup yang mengatur  ke puncak jaya negara.
Saya menulis ni, bukan nak nama, kontroversi, nak bereformasi ke apa. Tapi saya bimbang, saya sayang semua, saya rasa ini diantara yang saya mampu lakukan, buat pembaca-pembaca andai rasa elok mesej saya ini sampai-sampaikan, kalau tak saya tak rugi apa-apa. Saya orang Malaysia, mahu rakyat Malaysia sedar, berdirilah atas realiti. Kita bukan robot dipakai remote untuk di control, ikut saja. Kita ini manusia, benda hidup ada hati dan akal, ada panduan dan syariat. Bergantung harap pada Tuhan yang mengatur segala bentuk kejadian. Jangan memandang ringan situasi umat, bersama arus perubahan sayangi Malaysia! Allahuakbar!

Tegur saya! Pandangan seorang dari 24 juta lebih rakyat Malaysia.

Menjadi tinggi disisi Dia, menjadi hamba serendahnya dibumi.
Selimutsura@www.najmeeqamar.blogspot.com
54000 Datuk Keramat

2 ulasan:

  1. Memel rakyat Malaysia sudah melepasi jumlah 27 juta orang. Hehehe...

    Salam Kemerdekaan. Ayuh bebaskan diri dari perhambaan sesama manusia dan merdeka dari azab kubur dan Neraka

    BalasPadam
  2. ;) hehe tu yg tulis LEBIH tu..

    InsyaAllah..hingga berjumpa lagi, bebas dari kemerdekaan Jahiliyyah!

    BalasPadam

Kongsikan Bersama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...