ilham Ma'mum

Isnin, 6 Ogos 2012

Umur yang berkat, lagi berkualiti

By : Selimutsura


"Ya Allah, berkatilah umur kami, 
apa telah dirancang mudahkanlah, 
apa yang telah dilakukan redhailah,
apa yang telah kami perbuat ampunilah,
terangilah jalan kami, 
merasai syukur dan tercukupi bagi kami apa yang telah KAU diberikan."

"Ya Allah Tuhan kami, bimbing kami menjadi tinggi disisiMU
dan hamba serendah di bumiMU."

"Bukannya salah mohon umur yang panjang, tetapi untuk apa dipohon umur yang panjang? Apa tujuan kamu meminta pada Allah umur yang panjang?" Tegas Ustaz Ghazali Ibrahim dalam slot tazkirah Ramadhan malam ke 18.

Selalu kita berdoa mohon dimurahkan rezeki, dibanyakkan harta, dan dipanjangkan umur. Tetapi untuk apa doa-doa ini dipohon sekiranya umur yang panjang jika pada masa yang sama amalnya kurang. Minta harta yang banyak, sedangkan dosa-dosa masih mengelilingi. Tak salah nak meminta, tetapi perlu jelas permintaannya. Adakah cara kita meminta itu juga betul?

Sahabat Rasulullah S.A.W, Anas bin Malik R.A merupakan khadam Rasulullah S.A.W. Siapakah beliau? Beliau adalah pembawa tongkat, orang yang membawa sepatu Kekasih Allah, memasak untuknya Solatuwassalam, duduk bersama baginda S.A.W ketika usia 10 tahun. Beliau dihadiahkan oleh ibunya Ummu Sulaim R.A kepada Rasulullah S.A.W sebagai tanda kasih kedatangan ke Madinah tatkala penduduk Madinah yang lain memberi keperluan berbentuk barangan, kewangan dan sebagainya.

Berkat doa Nabi S.A.W kepada Anas bin Malik R.A dikurniakan anak yang ramai, antara sahabat yang terkaya di Madinah, diberi kesihatan dan usia yang panjang. Ada sesetengah riwayat mengatakan beliau hidup 120 tahun. Ekstra umur yang jarang diperoleh, Subhanallah! Padahal umur dikalangan umat Muhammad S.A.W antara 60-70 tahun sahaja.

Doa Nabi Muhammad S.A.W buat Anas R.A "Allahumma Baarik lahu". Maksudnya "Ya Allah, berkatilah dia." Ini doa yang Nabi S.A.W ajarkan.

Hari-hari kita baca, "Allahumma Baarik lana fi ma Razaqtana wa kina Azabannar".

Confirm ini mesti doa makan! 
Mindset orang Malaysia.

Tahukah kita, doa ini bukan sekadar doa makan. Kenapa? 
Mari teliti maknanya, "Ya Allah berkatilah kami (hidup), rezeki kami (nikmat-nikmat yang diberikan), jauhilah kami dari azab api neraka"

Ada ke ayat MAKAN? atau MAKANAN? ;) Memang la takda, memang la ini doa makan. Tetapi makanan sahajakah rezeki itu? Luaskan penggunaannya, larikan ia dalam hidup kita. Contohnya baca selepas solat, baca selepas dapat hadiah, baca ketika mahu belajar dan lain-lain lagi. Mulakan!
Kita sambung kisah sahabat semula..
Walaupun Anas bin Malik R.A dikurnikan umur yang panjang, tetapi masa-masa usianya di habiskan untuk Islam, harta-hartanya diinfak untuk jihad fi sabilillah, anak yang ramai ditarbiyyah secukupnya, hinggakan ada riwayat menyatakan beliau mengadu pada Allah, biarlah usianya tidak panjang pun  tak mengapa, asalkan dapat cepat bertemu dengan Allah, bertemu dengan Rasulullah S.A.W dan sahabat-sahabat di syurga.

Inilah kualiti. We need quality not quantity! Allahuakbar..beliau juga merupakan pakar rujuk dikalangan sahabat-sahabat R.A selepas kewafatan Baginda S.A.W al-Habib. Berapa ramai orang yang dipanjangkan umur oleh Allah, tetapi tetap sama tidak mahu berubah. Tiada peningkatan, ini yang kita tidak mahukan.

Salman al-Farisi meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud:
“Tidak ada yang dapat mengubah takdir selain doa, dan tidak ada yang dapat memanjangkan umur melainkan memperbanyakkan amal kebajikan.” (Hadis riwayat Tirmizi)
Mari kita meminta dan memohon dengan sekualiti mungkin, cek semula adab-adab berdoa.
"Ya Allah berkatilah usiaku, terimalah amalku, berkatilah rezekiku, berkatilah hartaku, dan sampaikan aku dan kerabatku untuk bertemu denganMu dan Rasulullah S.A.W di syurgaMU."

Bagi saya, tidak ada waktu yang paling menggembirakan selain berkampung di akhirat untuk bertemu dengan Allah dan Nabi Muhammad S.A.W di syurga nanti. InshaAllah.

Kualitikan doa dan amalan anda, mohonlah banyak-banyak, nak mintak dengan suami beli langsir baru pun kena pujuk dan rayu banyak kali, apatah lagi pada Allah, yang Maha Pemberi.

al-Baqarah | 186,
"Dan apabila hamaba-hambaKU bertanya kepadamu tentang AKU,
maka jawablah bahawasanya AKU dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa
apabila dia memohon, maka hendaklah mereka memenuhi (segala suruhan AKU)
dan hendaklah mereka beriman kepadaKU agar mereka selalu
dalam kebenaran."

Dan Allah sangat suka, dipohon dipinta lagi-lagi dibulan sayyidus-syuhur (Ramadhan)
Wallahua'lam. Mohon tegur!

Mahalnya ukhwah, saat di pejabat Inteam Records. Iftar Jamaei Komuniti Teman Inteam Ahad yang lepas menggamit kegembiraan. Apatah lagi sudah setahun lebih tak bertepuk tampar. Dalam majlis ini masing-masing menerima tamparan rindu! Dimulai dengan tahlil sebelum berbuka, Berbuka puasa dalam talam tu, solat maghrib, Isyak dan terawih berjemaah. Imam khas yang diterbangkan dari Zamboanga, Tn. Sheikh Hazamin..abang Amin Inteam la ;) alhamdulillah. Turut sama Abang Shahril dan Abang Rahim (Inteam)

Usai tazkirah, acara seterusnya lari beramai-ramai dalam guni..eh!Bukan! Potong kek hari jadi anak Abang Amin yang sulong. Selawat berkumandang, sebelum pulang kami bersalam ukhwah. Jazakallah buat teman KTI, Husaini, Safa, Nazri, Helmi, Fizi, Mazri, Shahrael, Hafiedz Udu, Syahmi dan semua yang terlibat. "Janji dicapati" kalian akan saya ingat hehe. Sekian laporan ringkas.

Menjadi tinggi disisi Dia, menjadi hamba serendahnya dibumi.
Selimutsura@www.najmeeqamar.blogspot.com
54000 Datuk Keramat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kongsikan Bersama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...