ilham Ma'mum

Selasa, 28 Ogos 2012

Allah adalah segala-galanya

By : Selimutsura



Manusia bila dalam susah, ditimpa musibah, diundang masalah. Mencari-cari semula jalan pulang ke pangkuan, Tuhannya. Allah Subhanahu wa Taala adalah tempat kita berteduh, bersandar kasih, memadu rindu dan memohon belas. Sungguh besar belas kasihNya tidak mengira masa kamu susah, masa kamu senang. Beringatlah teman, bila tiada teman rapat yang menghulur bantu, di sana Ar-Rahman Ar-Rahim sentiasa menunggu (Al-Ahzab|3). Tadahan doa dan tangisan airmata kamu, rintihan dan permintaan kamu yang DIA sangat rindui. Kalau kamu tak jua kunjung padanya, tiada kesan dan impak pada DIA. Al-Malikul Quddus As-Salam berdiri atas kudrat sendiri, sendirian pun DIA tetap Maha Hebat!(Fussilat|51)

Kita ini beza dengan mereka yang tidak beriman (As-Sajdah|18). Allah Subhanahu wa Taala menjemput hambaNya, dengan seluas-luas pengampunan dan kerahmatan. Mungkinkah kamu tidak merasa, berasa dimiliki oleh DIA? Dari sekecil-kecil perkara, atom, molekul, zarah, virus dan habuk hingga sebesar-besar alam semesta. Laut yang dalam jika kamu selam, gelap gelita tanpa cahaya. Kamu menyua tangan pun tidakkan terlihat kecuali ciptaanNya yang diberikan cahaya petunjuk (An-Nur|40).

Kamu berjawatan besar, kamu disebut-sebut, kamu dipuja-puja. Bila nama kamu diwar-war, kemuncak diri rasa tinggi, terawang-awang umpama dewa. Keliling kamu semuanya bertepuk-tepuk mengeluarkan kata-kata indah, memburu balasan kamu. Besar kah jawatan kamu di akhirat? Para Malaikat kah yang menyebut-sebut namamu untuk diampunkan? Tertuliskah namamu terbebas di pintu hisab? Lupakah kamu dengan syurga itu yang kekal disisi Tuhan kamu? Syurga akhirat itu nikmat (As-Saffat|43)

Kamu dikenal-kenal dan dipasang-pasangkan supaya beringat-dan mengingatkan, kejadian Maha Karya Allah.   Posisi mana sekalipun kamu, serulah semua yang disekitar jangan biarkan mereka lari berserakan tanpa hala tuju dengan sabar dan hikmah. Segala puji bagi Allah, Ya Hayyu Qayyum. Bagi mereka saling taat pada perintahNya, meredhai dan diredhai. Sujud dan solat kepada Allah tanpa ragu (Az-Zaariyat|49) dan (An-Nahl|125).

Dunia, bukan tempat untuk seorang. Dunia inilah kita tinggal beramai-ramai, singgahan R&R mengumpul sebanyak bahan, untuk membina atap, tiang yang kukuh, dinding berukir, lantai mar-mar berkilat, kubah indah, candeliar-candeliar cantik, kusyen-kusyen enak diduduk, makanan-minuman mewah, pakaian-pakaian raja dan permaisuri, tahta berlian dan permata. Bermewah-mewah di akhirat, janji buat yang beriman sepenuh hati. Kepastian! Jangan tangguh mencari bahan, sampai masa bumi terbang luluh (Aj-Jathiyah|32).

Sekadar perkongsian mengingatkan buat yang tersayang, (penduduk di R&R bumi).
"Selamat menjalani pengembaraan"


Menjadi tinggi disisi Dia, menjadi hamba serendahnya dibumi.
Selimutsura@www.najmeeqamar.blogspot.com
54000 Datuk Kerama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kongsikan Bersama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...