By : Selimutsura
SEMINAR 1453
Bismillah,
Seluruh pujian buatMu duhai Tuhan yang esa
Saya
terpanggil untuk menulis lagi, seingat saya saranan Ustaz Hasrizal ketika
seminar di PWTC tentang E-Book, untuk tidak serik menulis dan terus berkarya
sebanyak mungkin dalam sehari, kerana manfaat dan kesannya bukan pada hari yang
sama, tetapi masa akan datang. Sebagai maklumat penting buat generasi yang
bakal datang.
Alhamdulillah,
baru-baru ini saya telah menghadiri Seminar
1453 (Membina karekter Muslim Produktif) pada
17 Jun 2012/ 27 Rejab yang dianjurkan oleh OneHeart Solution, Ibrah Paradigm,
Malaysian-Turkish Dialogue Society bersama rakan media rasmi Munsyeed.com dan
Milenia. Bertempat di Auditorium Utama UIA, Gombak. Ini adalah inisiatif yang
sangat baik direncana, dan syukur sekali lagi kepada Allah telah membuka jalan
buat saya untuk duduk dalam seminar ini. Jangka waktu jam 8.30 pagi - 10.00
malam. Walaupun saya sempat melarikan diri sebentar tengahari memenuhi undangan
walimah di Tabung Haji.
Ahli
panel yang dipertontonkan seperti Ustaz Syaari Abd Rahman, iaitu penulis buku
bestseller yang bertajuk BERFIKIR GAYA AL-FATEH dan GAYA KEPIMPINAN AL-FATEH.
Ustaz Hj. Hasrizal Abdul Jamil, mewakili Synergy Training & Consultancy,
saya anggap beliau sebagai sifu dalam penulisan saya. Pengalaman dan peristiwa
pengembaraannya ke TURKI diceritakan panjang lebar dalam karangan beliau
SECANGKIR TEH PENGUBAT LETIH, alhamdulillah saya sudah habis mengamatinya.
Selain itu Tn. Amin Idris (Pengacara TV AL-HIJRAH), Dr. Amirullah Hj. Abdullah
(Pengasas Ubat Gigi Mukmin) dan Tn. Aizuddinur Hj. Zakaria (Auditor,
Price Waterhouse).
KEBENARAN HADITH, 800 TAHUN KEMUDIAN
Rasulullah
S.A.W pernah bersabda :
" Akan
dibuka Kota Kostantinople itu,
maka
PEMIMPINnya adalah sebaik-baik pemimpin,
maka
TENTERAnya adalah sebaik-baik tentera"
(Direkodkan
oleh Imam Ahmad)
Al-fateh,
satu gelaran yang besar buat insan bernama Muhammad, pada usianya seawal 11
tahun sudah mula memegang jawatan sebagai pemimpin muda. Semangat jihad, Daya
fikir yang tinggi, kebijaksanaan melangkau usia remajanya, mahu membuktikan
sabda Baginda S.A.W yang berusia 800 tahun itu benar-benar akan tercapai.
Kepakarannya dalam selok-belok ilmu peperangan diambil ibrah dari kisah perang
zaman Nabi Muhammad S.A.W sebagai contoh Fathu Makkah, bukan datang untuk menghancurkan,
meruntuhkan dan apatah lagi membantai kalangan yang lemah, tetapi MEMBUKA KOTA
kepada IMAN. Tiada paksaan, tiada pembantaian, mesej yang jelas.
Selepas
Rumeli Hissari dibina selama 149 hari. Strategi mental ini menngugat musuh.
Cantiknya
peristiwa bersejarah ini, merekodkan Sultan Muhammad II digelar AL-FATEH bukan
PENAKLUK. Beliau dibantu oleh pembantu-pembantu yang hebat, As-Sheikh Samsuddin
al-Wali merupakan Ulama, ikon penting dalam membakar semangat Sultan Muhammad
tatkala baginda seakan-akan ditimpa keremukan jiwa kerana gugurnya 200
tenteranya di darat dan kekalahan Palta oglu kepada 3 Kapal besar dari Genoa,
yang memimpin armada Uthmaniyyah di Golden Horn, Marmara.
Kota
Kostantinople telah 12 kali percubaan dilakukan sejak zaman sahabat Rasulullah
S.A.W, zaman Khilafah Umayyah, Abbasiyyah, Kerajaan Seljuk dan Sultan OSMANli
sebelum ini. Rantai pemusnah kapal menutupi jalan ke Selat Bosphorus, dan
tembok 3 lapisan menyukarkan mana-mana bala tentera untuk menembusinya. Meriam
Urban@Basilica kepakaran Hungarian, merupakan teknologi persenjataan yang terhebat
ketika itu meremukkan tembok Kostantinople melalui hentaman 300-400kg satu peluru.
Diceritakan untuk "load" peluru mengambil masa 2jam sekali tembak
memberi kesan yang hebat.Subhanallah!
MISI MUSTAHIL, SYAHID ATAU MATI
Surat
Sheikh Samsuddin ada menyebut,
"Hari
ini kau kalah, esok kau akan menang!"
"Biasalah,
hero menang masa akhir-akhir." Seloroh Ustaz Syaari.
Apa
yang menakjubkan saya, bagaimana strategi Sultan Muhammad al-Fateh, dan
tenteranya membawa kapal-kapal perang sebanyak 70-72 buah, ditarik oleh ribuan
ekor lembu, ribuan tentera, menggunakan minyak haiwan pada kayu-kayu golek.
Gaya fikir dan tenaga yang luar biasa ini dibuat dalam jangkamasa sehari.
Di
saat mereka Kostantin (Raja Pollolojus) sukaria atas kekalahan tentera Osmanli
di benteng dan lautan, strategi al-Fateh berjaya melekakan mereka, pemindahan
kapal melalui GALATA sukses dilakukan. Bayangkan jarak pemindahan kapal
tersebut sejauh 4.8 kilometer lebih.
Apabila
segala strategi telah dilakukan, teknologi canggih dipergunakan, kepakaran demi
kepakaran, pengorbanan berskala diluar akal, bahkan dalaman yang luar biasa dan
akhirnya, Sultan Muhammad al-Fateh memastikan spiritual tentera berada ditahap
yang tinggi. Selepas 54 hari, bermandi darah terbit seorang pemuda mengibarkan
bendera Uthmaniyyah panji Islam ke tembok tertinggi hingga dia gugur syahid,
ini seperti membaling petrol dalam api, memarakkan lagi semangat jihad di
kalangan tentera dan Jannisari.
Hassan
Ulubate, nama pemuda tersebut.
MUHAMMAD AL-FATEH & MUHAMMAD RASULULLAH S.A.W
Tanggal
20 Jamadilawal 857H, bersamaan 29 Mei 1453M tarikh keramat bagi umat Islam,
Kota Kostantinople dibuka oleh Sultan Mehmet al-Fateh (The Opener) pada usia 21
tahun. Apa yang berlaku selepas kota berjaya ditawan Khilafah Turki
Uthmaniyyah, baginda menggunakan kaedah syarak, dengan menjadikan hanya satu
sahaja gereja terbesar mereka iaitu HAGIA SOFIA menjadi masjid dan selebihnya
kekal peranan sebagai gereja. Masjid bukan sekadar lambang syiar Islam, tetapi
strategi politik Islam membina pusat pemerintahan. Nama Kostantinople ditukar
kepada ISLAMBOL, seramai 80 hamba berdarjat kerabat dibebaskan dari menjadi
hamba dengan menggunakan duit Sultan sendiri.
Bahkan,
Sultan Muhammad II menghantar pasukan keselamatan bagi mengawal keselamatan
penduduk kota, khuatir akan sesuatu yang tidak diingini berlaku disetiap
jalan-jalan dan tempat-tempat tinggal. MashaAllah, inilah didikan Rasulullah
S.A.W ketika memasuki Kota Makkah, menjadi ikutan Sultan Muhammad al-Fateh.
Cintanya pada Nabi Muhammad S.A.W bukan saja diungkapkan dalam karya-karyanya, tetapi
sudut pandang dan perilaku juga.
Begitu
produktifnya karekter (akhlak) Sultan Muhammad II, hinggakan HAGIA SOFIA yang
ditukar menjadi masjid, tidak dipadam ukiran-ukiran dan gambar-gambar Nabi Isa
@Jesus, Siti Maryam @Mary dan sebagainya bagi menjaga sensitiviti penganut
kristian. Hanya ditutupi dengan rentangan kain putih sahaja.
Sultan
Muhammad al-Fateh berpesan, barangsiapa yang menukarkan fungsi Hagia Sofia
selain daripada masjid, laknatlah keatasnya.
Tertera
ayat al-Quran surah al-Fath (7) pada lambang panji Uthmaniyyah dan mulut meriam
urban yang berbunyi :
{Innaa
fatahna laka fatham-mubina}
“Sesunggunya KAMI telah memberi kepadamu
kemenangan yang nyata”
Secara
tafsirannya, membuktikan sekuatmana persiapan yang dilakukan pengakirannya
adalah dengan izin Allah, memberi kemenangan kepada sesiapa yang Dia kehendaki.
Tiada kekuatan dan daya melainkan dari Allah Subhanahu wa taala. Sultan
Muhammad al-Fateh adalah manusia biasa seperti kita, tetapi tinggi daya juang, tinggi daya iman, tinggi juga daya ilmu, sangat kritis dan kreatif.
Sultan
Muhammad al-Fateh, karekter contoh yang mencontohi Nabi Muhammad S.A.W sebagai
qudwah hasanah dalam menghadapi rakyat, tentera dan musuh secara fizikal dan
spiritual. Kemenangan dipihak Islam bukan kemenangan secara luaran tetapi
dalaman, insyaAllah menjadi al-Fateh dalam menawan kota hati.
InsyaAllah,
banyak ingin saya kongsikan lagi tercatat pada catitan ini masih belum
dikembangkan. Apakah strategi-strategi kejayaan al-Fateh? Apa perkaitannya
dengan pemerintah2 sebelum ini? Tunggu yang seterusnya sabar menanti ^^
Saya
mahu menjadi Muhammad al-Fateh!
ALLAH RAZI
OLSUN!
ALLAH EMANET
OL!
Semoga
Allah meredhaimu!
Semoga
Allah menjagamu!
Malam selepas Seminar
1453, Uia Gombak
*Kalau ada salah, tolong betulkan, sedang perbaiki diri menjadi
tinggi disisi ALLAH, menjadi hamba serendahnya.
Allahu akbar. Azim sebuah kisah.
BalasPadamAlhamdulillah penulisan anta semakin baik artikel demi artikel.
Nanti bolehlah buat buku, Memel (^__^)