ilham Ma'mum

Khamis, 24 Oktober 2013

Makhluk Unik Bercahaya

By : Selimutsura

Apabila kita berjalan ditempat yang gelap, sudah pasti kita akan tersepak batu, terpijak ranting, terlanggar sesuatu yang berada disekeliling. Kita tidak pasti apa yang akan berlaku di hadapan, sebelah kanan dan kiri, atas dan bawah  serta belakang. Pandangan mata yang terbatas untuk melihat pada tempat yang gelap menyukarkan pergerakan kerana ada halangan - halangan tadi. Ini menyebabkan kita meraba sesuatu sebagai tempat untuk berpaut, dan sokongan di dalam perjalanan tersebut. 

Di dalam keadaan samar - samar malam pun kita terkapai - kapai tangan untuk berpaut apatah lagi suasana yang gelap - gelita. Namun begitu, kebijaksanaan manusia menghasilkan lampu suluh (torch light) bagi tujuan menyuluh cahaya di dalam kegelapan adalah satu ilham yang Allah berikan melalui kefahaman dan penghayatan manusia akan kejadian serangga kecil yang diberikan lampu iaitu kelip - kelip atau kunang - kunang (fireflies).


Cahaya yang dihasilkan si kelip - kelip secara saintifik melalui tindak balas kimia yang dikenali "Luciferisme" (enzim) dengan "adenosine triposhate (ATP)" dan oksigen secara gabungan. Salah satu tujuan kelip - kelip memancarkan cahaya sebagai tindakan penyelamat daripada diganggu. Di dalam keadaan gelap banyak perkara buruk boleh berlaku tanpa diduga jadi dengan adanya cahaya membantu menghindari dari serangan musuh.


Selain kelip - kelip, banyak lagi makhluk ciptaan Allah yang menghasilkan cahaya sendiri tanpa cahaya matahari, rembulan dan sebagainya. Kesempurnaan makhluk Allah ini sangat mengagumkan kerana tidak memerlukan "torch light" anda untuk menyuluh dan memandu jalan. Di hutan - hutan tropika jika kita pernah melalui pada waktu malam kita akan menemui cahaya hijau terang di kayu - kayu reput (glow in the dark). Selain itu, penemuan cendawan bercahaya di Hutan Simpan Sepilok, Sabah oleh saintis dari Amerika.





Tahukah anda 80% hidupan di dunia adalah berada di dasar lautan, sedar atau tidak hanya sebagian kecil sahaja yang berada di daratan termasuklah manusia. Jutaan spesis hidupan di dasar lautan masih belum dapat diterokai oleh manusia sepenuhnya, ini menunjukkan kemampuan yang terbatas dan menjangkaui kebijaksaan dan kehebatan Allah Taala. Jika anda hanya melihat pada posisi sains sahaja, kita menemui ilmu sains sahaja.



Apabila anda berada di satu kedalaman tertentu, cahaya matahari tidak dapat menembusi ke dasar lautan.  Namun ada diantara makhluk - makhluk Allah yang hidup di lautan dilengkapi dengan cahaya "bioluminescent" yang terhasil di dalam anggotanya sendiri apabila berada di dasar yang dalam dan gelap. Antara gambar yang boleh dikongsi bersama adalah gambar obor-obor, ikan, sotong, tapak sulaiman dan sebagainya.







Saya cukup teruja dan terkejut, penemuan saintis berkaitan dengan haiwan bercahaya ini mempunyai kaitan yang ideal dengan ayat al-Quran (surah an-Nur ayat 40) dimana apabila kita berada di dalam keadaan gelap - gelita (non-light) tanpa panduan cahaya, tangan seolah - olah terkapai - kapai mencari sokongan tempat berpaut atau mencari jalan, kecuali makhlukNya yang terpilih diberikan cahaya untuk menempuh jalan kegelapan itu tadi dengan petunjuk dan bimbingan. Allahuakbar!!!


Perumpamaan ini, sebagainya jelas penemuan sains di atas apabila kita berada di dasar lautan yang dalam (laut gelap berlapis - lapis) sukar bagi kita untuk melihat lalu tersesat tanpa arah cahaya, kecuali haiwan - haiwan yang bercahaya, diberi Allah cahaya daripada menempuh jalan yang sesat.


Tetapi, sebenarnya ayat tersebut juga menemui kita satu interaksi Allah Taala kepada hambaNya untuk kita sama - sama fikirkan akan kebesaran ayat al-Quran ini. 


Orang yang tidak diberi cahaya (hidayah) seumpama mereka yang terkapai - kapai di dalam kegelapan, kehidupan di dunia tidak berpandu iman, dan tersesat mencari cahaya.


Hayati ayat surah an-Nur (40)



Atau (orang-orang kafir itu keadaannya) adalah umpama keadaan (orang yang di dalam) gelap-gelita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak bertindih ombak; di sebelah atasnya pula awan tebal (demikianlah keadaannya) gelap-gelita berlapis-lapis - apabila orang itu mengeluarkan tangannya, ia tidak dapat melihatnya sama sekali. Dan (ingatlah) sesiapa yang tidak dijadikan Allah menurut undang-undang peraturanNya mendapat cahaya (hidayah petunjuk) maka ia tidak akan beroleh sebarang cahaya (yang akan memandunya ke jalan yang benar).

menjadi tinggi disisi Allah Taala
Selimutsura
SetapakPermai Kuala Lumpur|25 10 13

Kongsikan Bersama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...