ilham Ma'mum

Rabu, 8 Februari 2012

Semangat Pendorong Usaha & Akhlak Rasulullah =)

By : Selimutsura



Bila kita bersyukur sebutlah "Alhamdulillahi Rabbil Alamin"
sebagai tanda terima kasih kita kepada al-Khaliq (Pencipta), segala puji bagi Allah


Marilah kita menanam rasa cinta dan kasih kepada junjungan mulia, insan ghaib yang kita rindui, tapi dekat dihati moga juga dalam kehidupan seharian.


Sisipan doa, moga kita peroleh ilmu yang bermanfaat, dan beramal dengan istiqamah insyaAllah, dengan adanya siraman ilmu, menjadi hiasan dan bekalan diri memperoleh kecintaan kepadaNya.

Semalam merupakan kuliah ke 21 tentang akhlak, di surau An-Naim. Sangat hebat dan menerujakan ku. Ana kongsikan bersama, ana tak pandai apa2, sebagai teman yang banyak kekurangan, yang cuba memperbaiki diri, meningkatkan keupayaan ilmu, moga bermanfaat. Ana simpulkan dalam bentuk yang mudah, dan mantap. InsyaAllah.

Manusia Luar Biasa
Dalam kita, mengerjakan sesuatu perbuatan..tersingkap 3 pengertian yang sangat hebat. Perkara yang hebat ini disedari atau tidak. Rasulullah SAW di utuskan untuk menyempurnakan akhlak. Rasulullah SAW adalah manusia seperti kita, tetapi perlu difahami dengan teliti. Ini pembelajaran di Surau An-Naim semalam oleh Ust Jaafaruddin :
Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik,
iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan 
(balasan baik) Hari Akhirat,
serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak 
(dalam masa susah dan senang).
[al-Ahzab 33:21]

Rasulullah SAW, manusia yang pernah ke lapisan langit ke tujuh dalam peristiwa isra' dan mi'raj..bertemu Allah Subhanahu wa taala, sedangkan Malaikat Jibril A.s pun tidak pernah sampai ke situ. Access kadnya hingga tahap itu sahaja, tetapi manusia agung ini Access Kadnya melepasi hingga ke Luh Mahfuz. Allahumma Solli ala Muhammad.

Rasulullah SAW, tidak pernah dihinggap oleh seekor lalat sekalipun, begitu istimewanya Baginda. Beza dengan kita, walaupun sudah bermandi-manda pun..lalat tetap datang kat kita hihi Kalau Rasulullah tidur, sama tak? dari segi fizikal sama tetapi tidur Nabi hanya sebagai tuntutan fizikal, sebenarnya Nabi Muhammad hatinya sentiasa berjaga, kalau kita tidur mati, bom meletup pun ada yang tak bangun =)

Rasulullah SAW, semasa kecilnya pernah dipayungi oleh awan, kita ada dipayungi awan? hihi awan nano ada la. Tau tak awan Nano? (^^,) Ketika, kecilnya Baginda SAW, disusukan oleh Halimatussaadiah, di perkampungan bani Saad. Kampunganya tandus, rerumputnya warna oren2 coklat kekeringan, gersang, tetapi apabila Baginda datang, subur kawasannya, unta menjadi gemuk, susunya banyak..

Rasulullah itu memang sama, adalah manusia seperti kita tetapi dari sudut fizikalnya..senyum, makan, minum, nikah, tidur dll, Rasulullah SAW bukan manusia biasa tetapi luar biasa. Bersifat maksum, dipelihara dan dididik Allah sentiasa.

Semangat Pendorong Usaha (Akhlak)
Mari kita bedah Firman Allah dalam surah al-Insan ayat 8-9 , malam itu kuliah - 21 oleh Dr. Umar Mustafa, Surau An-Naim =)
maksud : 
"dan mereka memberikan makanan yang disukainya(atas kecintaannya) kepada orang miskin, anak yatim dan orang yang ditawan (8)  Sambil berkata, kami memberi makan kepadamu hanyalah kerana mengharapkan keredhaan Allah, kami tidak mengharap sebarang balasan, dan ucapan terima kasih kamu"(9).

PERHATIAN : lihat ayat {a'la Hubbihi}
Menurut Dr, antara sifat2 penghuni syurga itu ialah kesukaannnya memberi makan kepada orang lain.
Makna ayat ala Hubbihi itu membawa 3 pengertian hebat. 
1. Domir (Hi) itu kembali pada ayat at-To'am (al-insan |8)
iaitu  MAKANAN tersebut. Seseorg itu memberi makan kerana kesukaannya atau kecintaanya pada makanan itu sendiri. Sebagai cth : Kita suka ayam goreng KFC, sebab sedap dan rangup. Kerana kesukaaanya pada ayam goreng yang sedap dan rangup, dia memberikan makan tersebut.
Sebenarnya tafsirannya lebih luas, cth: kita ada jam, jam itu merupakan jam kesayangan, paling cantik, paling suka. Kita beri pada orang krn atas sebab jam itu sendiri cantik, suka dan sayang. Kalau anda ada 2 kereta, satu lama satu baru, mana satu yang anda akan pinjamkan, jika ada yang mahu meminjam? jawab la..hihi boleh?

2. Tafsiran kedua lebih hebat, ala' Hubbihi itu kembali pada ayat wa yuh'imuna (al-insan |8)

iaitu PERBUATAN memberi makan tersebut. Seseorang itu, memberi sesuatu atau atas kecintaannya/ semangat memberi itu walaupun makanan itu di sukainya. Cth : Kurma Mariami itu sangat disukainya, akan tetapi kerana semangat/ kecintaanya pada perbuatan memberi itu, lalu dia berikan Kurma Mariami pada yang memerlukan.

Cth lain: Anak, membantu Ibu Ayah kerana kecintaannya/ semangat pada perbuatan menyenangkan hati ibu ayahnya. Pada zmn Rasulullah,ada seorang sahabat, mendukung ibunya (kendong) setiap waktu untuk menunaikan solat di masjid, dibawa ibunya untuk bersama mengerjakan solat. Allahuakbar! hebatkan, apatah kita hari ini, nak bawa Ibu Ayah dengan kereta pun malas, malu.

3. Tetapi pengertian yang paling hebat, tersirat  disebalik ayat ala Hubbihi ini =) atas kecintaan dan semangat untuk melakukannya kerana ALLAH. Bila kerana Allah, sudah pasti implikasinya :
a) Kita tidak mengharapkan balasan
b) Tidak mengharapkan terima kasih
c) Cinta, Suka, Semangat lebih untuk melakukan perkara yang disukai kepada orang lain.

Lihat ayat terakhir al-Insan (9) semata-mata untuk beroleh Redha Allah. (^^,) Bila kita suka, cinta dan semangat krn Allah utk buat, Allah akan suka, cinta pada kita.

Bagaimana melahirkan semangat menjadi suami? Jawapan yang sama Ala Hubbihi, atas kecintaan/ semangat buat krn ALLAH, kita membantu, memberi hadiah, melayani isteri, bahkan ia boleh menggugurkan  ego lelaki, kerana atas dasar kecintaannya/ semangatnya krn Ilahi.

Kalau org tanya, ustaz..kalau isteri sakit, suami laksanakan tanggungjawab sbg suami tetapi dirinya tidak dpt hak-hak dari isteri krn sakit?

maka atas dasar kecintaannya/ semangatnya krn ALLAH tadi, dia menggugurkan haknya, berkorban itu lebih afdal disisiNya.

apa yang kita mahu semangat ini kita tuai di akhirat, dan peroleh ganjaran di sana amin =) Wallahualam

mohon tegur, saya budak baru belajar, moga manfaat. Ana tinggalkan link ini cepat tekan hihi http://quran.com/76



Kongsikan Bersama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...