ilham Ma'mum

Rabu, 4 April 2012

Superb!Women


Superb!Women

Semalam, kala petang semakin senja. Sebelum ke masjid ku bersama insan tersayang berdua di dalam kereta. Tatkala matahari mula menganti SHIFT kerja, taatnya kepada perintah Allah.

“Mak, lagu Maher Zain baru dah keluar”. Kataku
Dengan riak gembira, manis senyumnya dibibir. “Pasang la, Mak nak dengar!”
Kuperdengarkan, lalu Mak membelek2 album Maher Zain judul “Forgive Me”. Mengandungi 14 track, hardcover biru latarbelakang pergunungan kutub ais. 2 buah lagu dalam bahasa Melayu.

Mak amati sungguh, wajah Maher Zain. “Mana topinya, pakai serkup dah macam Mak kat rumah”. GENG! Mak minat sangat macam anaknya juga. Bila tengok wajah Mak, senyumnya menyembuhkan hati, kurang galau yang timbul. Mak besar jasa, curah kasihnya tiada ganti.

Jadual Mak sentiasa penuh. Paling mula bangkit kira jam 4.30 pagi, dengan mengerah kudrat untuk membuat donut dan pau sambal. Menguli, mengoreng, memasak hingga proses penghantaran oleh Abah seawal 6.30 pagi.

Selepas itu, persiapan anak-anak. Lagi-lagi si bongsu yang mahu ke sekolah, masih mahukan Mak yang uruskan. Si manja yang kesejukan mandi, mahu dilapkan. Rambut yang basah mahu dikeringkan. Abang dan kakak tak perlu jeles ok!
hihi sehari launching sudah dapatkan!

Selesai itu, Mak akan duduk seketika. Rancangan TANYALAH USTAZ pada jam 7.00 pagi tidak dilepaskan sebagai peneman, penenang jiwa. Tazkirah membangkit emosi, untuk recharge kuasa. Terus lagi ke mesin basuhnya. Baju-baju dibasuh dan disidai, bersama adik-adik yang sekolah pada belah petang.

Kerja Mak belum selesai, kucing-kucing diberikan makan, ikan-ikan kecil juga, dan tupai terbang@Sugar Glider yang menghiburkan. Di rumah ada seekor Ibu kucing dan 3 anaknya yang aktif. Si Siam si ibu, Mona-Moni-Monel (nama anak-anak kucing tersebut). Yang selalu mencuit hati kami, tetapi kadang-kadang Mak geram dengan kerenah yang banyak. Namun Mak tetap happy!

Sebelum tengahari tiba, Mak mula memotong, menumis, mengacau dan memasak. Masa ini keadaan di rumah agak panas. Kesian Mak, waktu memasak berhadapan dengan panas masakan, rumah papan yang panas tak kira cuaca sejuk atau panas. Tetapi Mak tak pernah merungut, kami pun!
Call n sms byk2 buat Mak Abah tau!

Mak seorang yang sabar. Tetapi Mak kelakar, lagi-lagi kalau Mak cuba nak berbahasa Inggeris. Lain la jadinya orang jawa cakap injelish..^^)

Petang pun muncul, masa ini Mak akan mengambil baju-baju yang kering tadi, rapi dilipatkan dan disimpan di rak-rak baju. Rumah dah jadi macam pasar, pasaraya HARI-HARI. Minum petang pun disediakan. Apa yang menariknya, kami takkan lepaskan peluang makan dan minum berjemaah. Waktu itu, gurau senda, dan tawa paling sesuai mengeratkan kami.

Hingga ke malam, Seusai solat Mak akan mengajar si bongsu mengaji berganti-ganti dengan abang dan kakaknya mengambil tugas mengajar adik yang lain. Si bongsu akan mengalihkan pandangannya kepada Mak, apabila kerja-kerja sekolah tersusun tinggi. Mak pernah bercita-cita mahu masuk maktab menjadi guru tetapi faham-faham je la dulu susah.

Namun Mak tetap guru terbaik buat kami 8 orang. TERBAIK!!!Superb!!!

Kala tanggungjawabnya belum habis. Hingga kala jam 12 malam pun Mak memastikan anak-anak tidur. Apatah lagi si bongsu. Bukan ku mahu-tunjuk menunjuk tetapi inilah sifat IBU, sifat semua IBU. Tidak hairanlah, Rasulullah SAW sangat menekankan kepentingan menjaga hati IBU, sekali terluka adakah kita mampu mengubatinya. Selama 9 bulan lebih, menanggung beban ke sana-ke mari, namun pastinya sifat IBU tak menganggap ia adalah beban, tetapi RAHMAT. dah la ku ini nakal aduhai!..=)


~SELAMAT HARI LAHIR EMAK, 2|4|2012 dari memel buatmu~
Love u all the way, May Allah gether us in Jannah amin =) 

Muawiyah bin Haidah Al-Qusairi telah bertanya kepada Rasulullah SAW:
“Siapakah  orang yang paling patut untuk aku berbuat baik?
Baginda menjawab: Ibu mu.
Aku bertanya  lagi: Kemudian siapa?.
Baginda menjawab: Ibu mu.
Aku bertanya lagi: Kemudian siapa?.
Baginda menjawab: Ibu mu.
Aku bertanya lagi: Kemudian siapa?.
Baginda menjawab: Bapa mu, seterusnya orang yang paling hampir denganmu” .
(Riwayat at-Tirmidzi)

1 ulasan:

Kongsikan Bersama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...