ilham Ma'mum

Rabu, 18 April 2012

SOLAT! Anda sedang Online dengan Allah?

By : Selimutsura



SOLAT! Anda sedang Online dengan Allah?
Hari-hari sudah pasti kita tidak terlepas berdepan dengan pelbagai masalah. Jiwa kacau, tidak aman dan tenteram. Rasa gundah yang membusung di hati membisik-bisik, boleh ke aku buat macam ni? Betul ke apa yang aku buat? Bos bagi kerja banyak sangat la, Ok ke KO? Masa penuh dengan kerja-kerja kat ofis, kantor dan di lapangan. Dengan cahaya matahari yang terik di atas kepala, suhu bumi yang panas, berpeluh-peluh melaksanakan tugas dan melunaskan kehendak orang lain.

Letih, penat dan lesu turut mengiringi sakit-sakit sendi. Kerja mengangkut dan mengangkat barang, memukat dan menjala di lautan, mengajar dan menerangkan di sekolah, ke hulu ke hilir menjaga keselamatan, berniaga dan berjual-jual, menulis dan memerah idea, menggoreng dan memasak di dapur, menyapu dan mencuci, menggalas beg menjinjing fail. Etc

Selesai tugas awal pagi hingga tengahari, waktu rehat pula dihabiskan dengan makan dan minum, berbual-bual dengan rakan sekerja, setidaknya solat tidak diabaikan sebagai kewajipan hamba pada BOS yang Maha Agung. 5 waktu yang wajib sebagai MODAL dan solat-solat sunat umpama BONUS Keuntungan, bicara al-Imam Al-Ghazali Rahimahullah.

Perlu ambil tahu, perbuatan WUDUK adalah terapi pertama yang mampu mengurangkan tekanan yang memenuhi ruang fikiran. Wajah yang kering dan kontang akan kembali pulih, kian berseri dan bersih.  Automatisnya otak kian segar dan sihat, proses recharge berlaku. Tangan yang kotor selepas kerja-kerja memunggah kembali tampak lembut, jika tidak tadi kasar. Kaki yang dibaluti stoking melembap, pasti tidak enak aromanya~~)eeei.. dengan wuduk dapat membersihkan tapak kaki dari anasir bakteria kelembapan yang menarik-narik untuk malas ke tempat solat.

Wuduk mampu membuang kotor fizikal, bahkan mampu menerjah kotoran dalaman umpama malas, hasad, riak dan sebagainya. Oleh yang demikian, seusai wuduk kita disunatkan untuk berdoa, agar kita jadi insan standard (VVVVVip di hadapan ALLAH Taala).

Mari doa:
Asyhadu an laa ilaaha illalaahu wa asyhadu anna Muhammadan 'abduhu wa Rasuuluh, Allahummaj'alnii minat tawwaa biinaa waj'alnii minal mutathahhiriin waj’alnii min ‘ibadikassolihin.

Aku bersaksi bahawa Tiada Tuhan selain Allah, dan aku bersaksi bahawa sesungguhnya Muhammad itu adalah hamba-Nya dan rasul-Nya. Ya allah , masukkanlah aku ke dalam golongan orang-orang yang bertaubat, dan jadikanlah aku masuk ke dalam golongan orang-orang yang suci dan hambamu yang soleh.

Sudah cun dan anggun, wajah dan anggota kita. Pakaian menutup aurat dan suci sudah cukup untuk ONLINE di hadapan ALLAH, jadi inilah masanya.

Mengapa saya katakan ONLINE dengan ALLAH itu adalah SOLAT secara anda sedar mahupun tidak. Saya jawab ye persoalan ini :

1.    Rukun Salat ada 13 seperti lazimnya yang kita ketahui. Sudah pasti niat anda? Jadi niatlah. Perkara pertama yang diajar adalah NIAT. Praktikalnya dalam setiap ibadah, wajib dimulai dengan NIAT. Kita luaskan skop, maka apa jua pekerjaan yang anda lakukan mesti dimulai dengan NIAT. Mahu nikah? Mesti pasang niat, mahu berjualan? Mesti fokus niat. Mahu belajar? NIATlah! Tapi niatnya LILLAHITAALA. Memutuskan perbuatan itu peroleh pahala atau sia-sia.

Sudah akses kata laluan? Akses Pasword?

Secara automatiknya anda telah CONTACT dengan Tuhan tentang tujuan perbuatan itu. Ok anda sedang dalam talian. Besar betul kuasa akses niat ini, Sabda Baginda SAW :

“Sesungguhnya amalan-amalan itu bergantung kepada niat” [Al-Bukhari dan Muslim]

2.  Takbiratul Ihram adalah takbir yang mula-mula. Hebatnya setiap gerakan kita iringi dengan takbir (takbir Intiqal). Membesarkan kebesaran ALLAH Taala yang Maha Agung. Sebagai pengucapan menTAKBIRkanNYA(membesarkan), menTAKZIMkanNYA(memuliakan), kekaguman kita hamba lemah dan kerdil datang penuh harap, penuh sopan, penuh tawaduk. (Rendah diri) Nak mohon kerja pun kena la, buat penemu duga suka kan2? ALLAH Taala sangat suka hambaNya yang bersyukur, memujiNYA kerana DIA layak dipuja puji.

Bacaan Doa Iftitah, pembuka seri ONLINE kita. Mari lihat teliti maknanya sangat besar hikmah dan pengharapan. Kita beradab dan berhadap, tampil dengan penuh kekerdilan dan juga mengakui bahawa segala-galanya lillahitaala. Anda sedang ONLINE! Secara LIVE!

Perhatikan, ayat Innassolatiy, wa nusuki, wa mahyaya wa mamati lillahi Rabbil Alamin. Dan dengan itu aku DIPERINTAH dan aku adalah golongan orang-orang Muslim, confirmation that you’re Muslim bro! Must obey. Pendaftaran secara ONLINE!

3. Perlu ambil tahu, semasa dan tika kita membaca surah al-Fatihah..secara langsungnya kita sedang berkomunikasi dengan ALLAH secara ONLINE, LIVE dalam Solat. Pada awal bacaan, kita memuji ALLAH sebagai RABB sekalian alam, layak hanya DIA dipuja-dipuji (Penguasa alam Kiamat, alam malakut, alam barzakh, alam dunia, alam Rahim). Kita pun bermohon, apa permohonan kita? Lihat ayat 5 – 7.
Perkataan yang begitu humble memujuk rayu pada ALLAH Taala. Kita meminta dan memohon di dalam solat. Petunjuk dan hidayah jangan disesatkan berulang-ulang dalam setiap rakaat. Permohonan kita itu, didengari ALLAH secara LIVE. Para Malaikat juga mohon pada ALLAH agar permintaan hambaNya itu diterima. Inilah permintaan yang DIRECT ONLINE. Tetapi kita mudah lalai, leka masa waktu solat pun, melilau fikir pasal kerjalah, fikir pasal duitlah. ADUHHH!Nauzubillah.
4.   Menghadirkan diri dalam solat, memerlukan aura yang kuat. Hebatlah mukmin tersebut jika dapat merasai, menghayati, kusyuk yang sedar akan dihadapannya ALLAH Taala. (Seolah-olah kalian merasai kehadiranNYA). Keyakinan yang ajaib sebagai bukti kita beriman(believe without boundaries and doubt). ONLINE secara langsung ini, menunjukkan betapa dekatnya kita dengan Maha Pencipta. Sedangkan, kita menghadapnya dalam solat dalam keadaan yang tidak cun, tidak bersungguh-sungguh. Ruginya! Solat bukan sekadar taat melakukannya tetapi memberi sepenuh penumpuan dan fokus (fikiran dan jiwa).
5.  Ok ana bukakan satu lagi permintaan kita, tikanya waktu kita duduk antara dua sujud :
{ Rabbighfirlii, warhamnii, wajburnii, warfa'nii, warzuqnii, wahdinii, wa'afinii, wa'fu'annii }
(Wahai Tuhanku, AMPUNIlah aku, RAHMATIlah aku, CUKUPKAN aku, TINGGIKAN DARJATku, KURNIAKAN REZEKI aku, TUNJUKIlah aku, SIHATKANlah aku, dan MAAFkanlah segala kesalahanku.)
Waktu tersimpuh duduk, selepas bersujud (tanda serendah kehambaan) kita membacanya. Permohonan secara DIRECT ini, komunikasi yang mudah dan bermakna. Praktis ONLINE secara langsung yang didengari oleh ALLAH dalam solat. Sedar atau tidak? Semuanya dijawab oleh ALLAH, mudah-mudahan ALLAH Subhanahu wa Taala memakbulkan. Amin
TAHNIAH ORANG SABAR!
Sebenarnya banyak lagi, amalan-amalan secara ONLINE dengan ALLAH Taala bukan sekadar baca al-Quran, berdoa, berzikir, iktiqaf di masjid sahaja, anda perlu EXPLORE! Melihat kebesaran ALLAH disekeliling kita, gunung-ganang, dasar lautan terbentang, kutub utara selatan, bintang dan bulan, alam yang luas terbentang, SEGALANYA ITU ONLINE.  Anda sendiri perlu membongkarnya. Oleh yang demikian, mereka yang sedar akan hal ini jiwanya kental..keyakinannya melebihi tahap keraguan (MUSLIM SUPER). Kerana mereka RASA ALLAH itu sentiasa mendengar, yang kurang, yang lemah, yang tidak cukup. ALLAH membayar CASH pada yang sabar, di dunia lagi apalagi Akhirat. InshaAllah.
Salah silap mohon tegur =)
“Kecuali orang sabar (terhadap ujian) dan mengerjakan amal soleh, mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar.” (Surah Hud| ayat 11)
Ana tinggalkan link yang baik (Mengerjakan Solat Lengkap)
Masjid al-Azhar, KUIS Bangi
20 MAC 2012


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kongsikan Bersama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...