ilham Ma'mum

Selasa, 22 Mei 2012

Dia Guru Terulung

By : Selimutsura

Assalamua'laikum

Limpah keringat seorang guru, menyimbah ilmu kepada anak murid seumpama anak sendiri. Apa yang terlintas demi kebaikan anaknya, sudah pasti anak murid turut merasainya sama. Guru mana yang tidak mahu melihat anak-anak murid berjaya, menggenggam pelangi impian  untuk mewarnai kehidupan.

Di sekolah, guru-guru menggalas tugas sebagai IBU BAPA, mengapa? Selain mengajar, mendidik, guru juga tempat mengadu susah, ngada dan senang. Perlu ada sabar tahap tinggi! Guru adalah ROLE MODEL atau contoh. Trend masa kini, anak-anak muda suka meniru, suka meng-COPY apa yang mereka rasa seronok, walau belumpasti sesuai atau tidak dengan jiwa mereka. Guru yang KREATIF akan disayangi, sebagaimana dirinya KREATIF mencipta sesuatu untuk anak didiknya. Jadi mereka akan meng-COPY.

Sebelum oleh jaya, mesti ada usaha, doa dan tawakal. Sistem ini sudah terbukti. Tugas menggalas sebagai pendidik adalah satu cabaran yang amat besar. Daripada rumah sistem perguruan bermula, ibu bapa sebagai guru besar yang memainkan peranan yang utama. Sistem kawalan dan penjagaan yang KREATIF mampu mendidik anak menjadi KREATIF. InsyaAllah!

Saya mahu berstatus KREATIF. Apa itu KREATIF?

K-Kuasai bahasa & gaya mereka (menjadikan anak-anak/murid sebagai rakan, teman dan sahabat).
Bukan maksud saya,  kita terikut-ikut sama perangai ala-ala mereka (memacakkan rambut) tetapi menunjukkan sokongan, memberi galakan dan terus mengajak..cth : Memang terpacak! kalau Abah masa muda dulu tak payah terpacak pun Mak kamu terpikat! Cecuba-cecuba!

R-Rumah/Sekolah adalah syurga (menjadikan suasana rumah/sekolah, sebagai tempat paling best untuk mereka melapangkan minda, berehat, belajar dan ber-aktiviti). Jika anda diberi pilihan, rumah besar yang berserabut dan bersepah dengan rumah kecil yang bersih, ceria dan mendamaikan? Bahkan pengisiannya mantap! Solat jemaah, Makan jemaah, main game pun berjemaah!

E-Ekonomi tidak membebankan (mengurangkan pembaziran, belajar berjimat lebih sihat)

Perbelanjaan persekolahan, makan-minum, harian semakin meningkat. Sudah pasti tidak mencukupi. Ekonomi keluarga perlu ada perancangan, susun atur agar duit tidak mudah terbang. Sistem kawalan kewangan sangat penting, jangan mudah-mudah memberi tetapi mengurusnya dengan adil. Duit poket, duit belanja anak-anak haruslah berpada-pada, jangan mengada-ngada. Bukan semua perlu ditunaikan, mereka (anak-anak) perlu berdikari. 

A-Anda boleh lakukan! (Ubah pandangan negatif anda, ON positif)
Anak-anak sering memandang sesuatu perkara yang dilakukan itu tidak serius. Kita pula tidak memandang apa yang mereka lakukan memberi kesan (impak) yang besar. 2 elemen tidak peduli, wujud pula elemen 3, entiti pengaruh luar. AWAS! Kata-kata yang positif membolehkan 80% boleh mengubah pandangan awal mereka. Aku yakin!InsyaAllah!

T-Tepati dan Terpatri janji (Jika anda mengikat, jangan biar simpulan itu terlerai, perkemaskan)
Anak-anak muda, mudah menilai seseorang dari luaran. Mereka kurang memahami dalaman. Apatah lagi, kata-kata janji yang diletakkan. Dari sudut material, mereka memang sangat suka cth Play Station, Galaxy tab, Iphone sebagainya. Bila anda berjanji barang-barang sebegini, perlulah bijak. Janji pula pada mereka meterai ikatan cth : Janji SOLAT 5 waktu!Boleh?

I-Idea luar biasa (Meng-imaginasikan bukan kebiasaan, insan hebat!)
Tidak perlu saya mempertikaikan, kelebihan dan kekurangan makhluk. Yang lengkap dan sempurna itu Allah Taala. Yang ma'sum itu Rasulullah S.A.W, ikutan sepanjang zaman. Penting kita meletakkan tahap idea di luar kebiasaan. Sebagai cth mudah bagaimana Saidina Umar R.A menghadirkan idea-idea yang sangat kreatif pada zaman pemerintahannya, idea Baitulmal, sistem gaji tentera, perkhidmatan pos, sistem kehakiman. 

cth: Biasanya kita goreng telur tanpa memasukkan apa-apa perasa tambahan, tiba-tiba kita kreatif-kan masakan campur dengan kerang, jadilah TELUR goreng KERANG!haha Sebenarnya yang lebih itu hebat, yang kurang juga hebat!

F-Fattabiuni


Apa yang saya boleh katakan, dengan kita mengikuti jejak-jejak langkah sunnah Rasulullah SAW dalam setiap aktiviti yang berkaitan. Sudah pastinya, amalan-amalan ini menambah keberkatan dan kerahmatan dalam usaha kita. Ayat ini, bersumberkan ayat dalam surah Ali Imran (31) :



قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ 

Maksudnya :
Katakanlah jika kamu benar-benar mencintai Allah, ikutilah aku (Rasulullah SAW), nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu, Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Bagaimana untuk memikat hati mereka-mereka ini, mari kita lihat contoh bagaimana Rasulullah SAW dan seorang Yahudi buta yang pada mulanya mengkeji Nabi Muhammad SAW, akan tetapi Baginda SAW tidak pernah mencacinya semula bahkan memberi makanan (suap) kepadanya tanpa rasa dengki atau sakit hati tanpa pengetahuan Yahudi buta tersebut. Selepas Baginda SAW wafat, barulah si buta itu sedar bahawa selama ini yang menyuapnya adalah orang yang dia caci iaitu Nabi Muhammad SAW yang mulia. Kisah ini anda boleh lihat di sinhttp://syokislam.blogspot.com/2012/01/kisah-rasulullah-saw-dan-yahudi-buta.html 

Begitu tersusun sekali, teknik dan taktik Rasulullah SAW dalam pergaulan dalam menonjolkan kebaikan ajaran Islam. Subhanallah! saya sarankan FATTABIUNI (Ikutilah aku Rasulullah SAW) dalam setiap aspek kehidupan, insyaAllah Allah bantu =)

Kalau kita jaga Allah, Allah akan jaga kita


Salam Rejab, moga hajatku ketemu Syaaban dan Ramadhan lagi amin ^^)
Allahumma Bariklana fi Rajaba, wa Sya'bana wa balligna Ramadhan

Be Creative!!!



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kongsikan Bersama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...