Hari ini, Alhamdulillah saya
kongsikan sedikit ilmu dari pengkuliahan di An-Naim wangsa Maju, semoga ilmu ini menjadi panduan kita bersama
sebagai satu koleksi amal, mudah-mudahan Allah Taala meredhai sisi kongsi ini.
Benteng Pertahanan
Sedar atau tidak, apabila kita
katakan “benteng” adalah mudah secara jasmaninya kita fahami, merupakan satu
binaan yang kuat dibina untuk menghalang serangan-serangan luar atau mencegah
sesuatu daripada menembusinya. Benteng yang dibina dan direka, mestilah
bersifat kukuh dan kuat. Melihat nilai kekuatan struktur dan strategik kawasan
benteng.
Fakta menarik tentang benteng :
Kota Konstantinople telah ditawan
oleh Sultan Muhammad al-Fateh pada tahun 1453M, benteng Konstantiniyyah ini
telah berjaya diruntuhkan dengan menggunakan teknologi Meriam Urban. Kota ini
diberi nama sebagai ISLAMBUL dan dikenali kini ISTANBUL. Kota tersebut hingga kini
ditangan orang Islam.
Benteng yang lemah, struktur
tidak kukuh..mudah dihancurkan walaupun hanya dengan sekali dua serangan peluru
dilancarkan. Akhirnya benteng itu runtuh, musuh-musuh mudah menceroboh masuk ke
kota tersebut. Akhirnya tewas.
Benteng yang kuat, struktur dan
bahan binaan yang terbaik mampu mencegah anasir luar dari merosakkannya.
Musuh-musuh akan sedaya-upaya menggunakan pelbagai cara cth melontarkan
beberapa banyak peluru untuk meruntuhkan benteng tersebut. Gagal ditawan
apabila ianya mengikut prosedur dan sistem yang telus dan betul.
Tetapi saya ingin katakan, adalah
tentang benteng yang lain.
Hati insan umpama kota. Ada
sistem pertahanan, bala tentera, rakyat dan pemerintah. Pemerintah yang bagus
sentiasa menjaga kebajikan rakyat jelata dan memelihara persekitaran rakyatnya
dari unsur-unsur yang boleh merosakkan mereka. Selain itu, kota tersebut
dihidangkan dengan tarbiyah dan pendidikan asas yang kukuh. Barulah sistem yang
lainnya akan terurus. Rakyat akan setia dan bersama tentera mempertahankan
kota.
Tapak benteng yang kukuh, tidak mampu digugat kerana ada iman. Tiang-tiangnya pula diperhebat dengan asas-asas ilmuan Islam. Bebatuan disimen dengan limpahan makanan yang bersih dan halal. Pabila dalamannya kuat, amal pada luarannya pasti mantap!
Bercahayalah kota dengan kehidupan yang harmoni, begitu juga hati terang menyinar, hidup dan subur.
Imam al-Ghazali ada berpesan :
"Ilmu itu kehidupan hati daripada kebutaan, sinar penglihatan daripada kezaliman dan tenaga badan daripada kelemahan"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan