My beloved =) |
Pesan Abah
"Belajar sungguh-sungguh, abah takda harta ape-ape pun, esok yang senang bukan abah". Itulah pesanan abah selalu, apabila menghantar kami adik-beradik ke sekolah dengan menaiki kapcai Honda "70" mata bulat, pesanan 17 tahun yang lalu, ketika itu kami bertiga bersekolah. Kehidupan di bandar sangat mencabar, apatah lagi dengan kos hidup yang tinggi. Sehinggakan Abah terpaksa menjual motor kapcai kesayangannya untuk membesarkan kami, nak menangis dibuatnya bila ingat balik.
Kami diajar erti kesusahan, menempah kesabaran, menerima seadanya kurniaan Allah Taala. Rumah kayu Abah sewa, di Lorong kiri 13, kalau hujan lebat petir bagai berdentum rapat di kepala. Ruang rumah sebilik, ada susur panjang ke dapur, disitulah kami menonton televisyen merah kecil, dan ditempat itulah ku menangis dipukul Abah hingga tertidur duduk kerana kedegilan sendiri mahu menonton TV. Ada kolah (jahatnya ana ni mandi masuk dalam kolah ala-ala perenang..sampai keruh air, bila mak dapat tahu, padan muka!), istimewanya rumah sewa ni berkongsi tandas dengan 3 pintu rumah sewa yang lain.
Abah memang pakar matematik, tak sah kalau tak menitiskan airmata kalau Abah yang mengajar. Abah sangat garang dan tegas, kepala ni tak berani tak mengangkat masa tu. Salah jawab, satu rotan kat tapak tangan. Abah pesan, "kalau pandai matematik, apa pelajaran pun pandai". Sambil rotan siap ditangan. Hari-hari hafal sifir kat kulit buku. Hinggakan UPSR, math "A" Alhamdulillah. Ana tak minat matematik sebenarnya haha.
Soalan yang paling kerap Abah tanya adalah SOLAT. Ini memang tak dapat lari, "Dah solat ke belum? Kalau nak pergi main, nak pergi mana-mana sembahyang dulu". Abah bagi buku doa untuk kami hafal. Abah akan cek bacaan. Tak hafal siap la.huhu
Dulu-dulu jangan harap la Abah nak belikan mainan, tak pasal-pasal cari pasal.hihi Ana sanggup tak makan & berpuasa, kumpul duit untuk beli mainan. Nak dapatkan sesuatu yang kita mahu, mestilah berusaha, bila kita dapat, kita akan hargainya selalu. Barang mainan pertama yang ana beli adalah Kereta Tamiya Tiruan yang berharga RM10.50. (^^.)
Allah always love u =) |
Dipendekkan citer, Abah kini berbeza, mungkin faktor usia dan masa. Abah lebih memahami dan jarang garang, ana fahami. Tanpa didikan Abah yang garang dan tegas itu, tak mungkin ana akan menjadi begini, alhamdulillah. Dulu dan kini memang berbeza tetapi ana mencintai kenangan itu dan perjalanan kini. Kami sekeluarga bersyukur dengan kesederhanaan yang Allah Taala berikan. Kelmarin genap umur Abah yang ke 57 Tahun, baru menantu seorang dan menanti cucu insyaAllah.
(^.____.^) |
dan pesan Abah yang mendalam...
"Alhamdulillah, syukur sangat pada Allah..dulu kita jalan kaki macam keretapi, sekarang dah ada Avanja, dulu macam-macam tak da, sekarang minta apa pun dapat, ALLAH ITU MAHA KAYA MAHA ADIL..sabar..sabar..sabar..".
Semoga Allah, memberkati usaha Abah dari dulu sampai bila-bila..luahan sayang dan cinta..tak perlu ana ungkapkan disini, doa ana, hanya Allah yang Tahu =)
Secubit susah, untuk dirasa..kalau kita susah anggaplah ada orang yang lebih susah dari kita..dan ALLAH Taala memahaminya...wallahua'lam
Secubit susah, untuk dirasa..kalau kita susah anggaplah ada orang yang lebih susah dari kita..dan ALLAH Taala memahaminya...wallahua'lam
subhanallah...kisah ini hebat saudaraku...hampir saya menitiskan air mata...betapa besarnya hikmah sabar...dan besarnya pengorbanan seorang ayah..
BalasPadammoga Allah sentiasa merahmati saudara sekeluarga =)
syukran ala kulli hal, semoga perkongsian ini bermanfaat & sentiasa mensyukuri setiap perkara yang berlaku adalah yang paling baik dari Allah Taala =)
BalasPadam