Saya terpandang seekor belalang yang hinggap di pintu cermin LRT Star. Sangat kecil dan halus, berwarna hijau muda keputih-putihan. Ketika itu saya berada di dalam tren sedang menuju ke stesen Pwtc manakala belalang itu di luar.
Mata saya mula memfokuskan kepada belalang tersebut dengan jelas dari jarak yang dekat. Kelihatan Belalang yang sekecil biji beras itu mempunyai 3 pasang kaki iaitu 2 pasang kaki kecil dan sepasang kaki belakang lebih besar dan sayap. Semasa saya melihat, fokus mata pada belalang tersebut, 'background' atau pemandangan (yang jaraknya lebih jauh) kelihatan kabur dan kurang jelas.
Saya menukar sisi pandang dan fokus mata dari belalang ke pemandangan pula yang jaraknya lebih jauh (melalui pintu LRT bercermin). Dan imej belalang itu pula yang menjadi kabur (blurr) manakala pemandangan tersebut begitu jelas.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Oh! Saya tersedar. Rupa-rupanya ALLAH Taala sudah lama dan mendahului penciptaan KAMERA@Camera, sebelum kamera foto wujud, malahan kamera semulajadi ciptaan ALLAH ini lebih canggih berbanding dengan camera DSLR, camera Digital, dan camera smartphone yang kita miliki. kerana saya juga peminat kamera hehe.
Saya begitu teruja. Subhanallah!!! KENAPA?
1# Kamera DSLR, mempunyai bahagian Lens Element, dimana ia memainkan peranan untuk mengambil imej lebih dekat dari jarak yang jauh. Mata juga adalah kamera yang boleh Zoom in dan Zoom Out, seperti yang saya ceritakan di atas. Mata kita boleh memfokuskan sekecil-kecil benda yang dapat dilihat dan sebesar-besar bentuk.Kalau anda perasan, kelopak mata kita akan mengecil bila melihat imej yang kecil, dan mata membulat besar melihat imej yang lebih besar.
dan Lens inilah antara 'bodypart' yang termahal dan penting.
2# Keduanya, Kamera DSLR mampu menangkap gambar objek dengan fokus (tertumpu pada satu benda sahaja) dan sekelilingnya objek itu menjadi kabur. Konsep ini banyak digunakan oleh para penggemar Kamera DSLR, mahupun secara digital lagi-lagi gambar pasangan pengantin dan ketika travel.
Begitu juga MATA kita, Subhanallah. Seperti kita melihat objek yang kecil, dan ketika saya melihat belalang yang hinggap di cermin kaca pintu LRT tadi, persekitaran kelilingnya menjadi 'blurr'. Konsep ini ada pada mata, yang ALLAH cipta.
3# Ketiganya, Mana-mana jenis kamera boleh merekod dan menyimpan gambar-gambar dan imej malahan video tentang sesuatu objek dalam memory card. Gambar lautan, manusia, haiwan dan bermacam-macam imej. Video pula merekod pergerakan tentang majlis keraian, ceramah dan sebagainya.
Mata juga mampu menyimpan dan merekodkan. Otak kita sebagai mesin menyimpan data-data, gambar, fail, video dan sebagainya. Bahkan memory card ciptaan ALLAH ini mampu menyimpan berjuta-juta Gb (Gigabyte) segala bentuk gambar dan video.
Oleh sebab itu, para huffaz mampu menyimpan data-data al-Quran di dalam memori terhebat ini. Melalui, snap! oleh kedua biji mata, imej itu akan terbit di retina lalu imej itu dibawa ke saraf-saraf otak untuk direkodkan dan disimpan. Bahkan memori kita akan menafsir dan membaca imej yang berjaya ditangkap. Sebab itu, kita boleh mengingati kembali nostalgia silam, kenangan manis dan sebagainya walaupun berpuluh-puluh tahun dahulu.
Yang memberi ingat itu ALLAH, dan yang memberi lupa juga ALLAH Taala. Sebab itu kita wajib mengingati ALLAH selalu, supaya kita tidak lupa meletakkan diri sebagai peminjam kamera ALLAH ini.
Bayangkan anda adalah sebuah kamera yang cantik dan canggih, akan tetapi LENS anda rosak dan tidak boleh menangkap imej? Lebih baik, menjadi kamera buruk yang mempunyai LENS yang elok.
4# Dan keempatnya, yang paling terbaik ialah mata adalah sebuah kamera yang terlalu canggih hingga mampu memberi kesan kepada perasaan dan emosi. Iman seseorang boleh meningkat, dan menambah kesan taat kepada ALLAH subhanahu wa Taala, apabila penglihatannya menembusi jasmaniah.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bila saya melihat, indahnya air terjun yang memercik, cantiknya lautan yang biru, indahnya gunung yang tinggi, indahnya unggas yang terbang bebas. Dan kamera ini boleh menangis.
Betapa Maha Hebatnya ALLAH, Subhana Rabbiyal Adzim.
Dan saya memerhatikan diri.
Saya membezakan antara saya dan pokok, saya dan gunung, saya dan air terjun. Mereka semua adalah makhluk Allah yang taat, ikut peraturan, tidak membantah sunnatullah. Malahan memberi khidmat kepada manusia, kepada makhluk-makhluk lain, kerana suruhan ALLAH ke atas mereka.
Tetapi, saya masih lalai menjadi hamba ALLAH yang taat dan tinggi cintanya. Muhasabah peribadi, luar dan dalam. Mengambil satu langkah untuk berubah.
Memberi khidmat sebagai HAMBA ALLAH, membantu hamba Allah yang lain.
Mata, kau adalah hamba ALLAH yang canggih yang banyak membantu hamba Allah yang lain. Pelihara ia InshaAllah, amanah.
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan