ilham Ma'mum

Rabu, 6 Mac 2013

Keturunan Tempe

By : Selimutsura


Saya melangut di meja tulis. Fikiran saya bingung kerana usul tesis yang saya cadangkan banyak yang perlu diperbaiki. Segalanya tidak menjadi kali ini. Sudah 3 atau 4 kali usul saya belum memperoleh kepuasan pihak pensyarah.

Dengan dalam, saya mencatat beberapa referensi yang perlu saya perhalusi. InshaAllah, saya perlu lebih gigih, sebelum mengundurkan perahu. InshaAllah.

Hehe comel2 belaka, adik ambo dulu2.
Kali ini saya melangit pula. Bila duduk bujang ni, teringat waktu kecil-kecil dulu. Suasana desa begitu dekat sekali. Saya dilahirkan diperkampungan orang jawa di Sungai Sumun, Perak.. semestinya Ibu dan abah saya berdarah jawa. 

Hari-hari di rumah mereka akan speaking jawa.hehe Supaya kami adik-beradik tahu dan belajar. 

Mangan/madang- makan
Medang- minum ringan-ringan
Warek- kenyang
Turu- tidur
Ngorok- dengkur
Jokok- ambil
Jangan- lauk
Mampir- singgah
Monggo-monggo- jemput masuk
Nguyuh- buang air kecil
Ngeseng- buang air besar
Ngompol- kencing kat tilam. hehe
Iwak- Ikan/lauk berdaging
dan banyak lagi.

Mbah saya seorang bidan kampung, yang menyambut saya saat ibu melahirkan. Mbah itu relate kepada atuk atau nenek. Mbah lanang dan mbah wedok. Nenek pernah cerita, yang Nyayi (moyang) namanya Mas Ramli, berketurunan jawa kendal di wilayah Mataram.

Seorang Tok Kiai, yang mengajar ilmu agama di kampung ketika dulu. Kuat ibadahnya, dan berzikir kepada Allah. Waktu itu saya belum lagi dilahirkan ke dunia.

Saya rindu pada makanan orang jawa, acapkali pulang ke kampung, pecal dan tempe goreng adalah 'favourite dishes' . Tambahan pula jika makan nasi putih, sambal kicap istimewa buatan asli orang jawa tidak dilupa. Saya mewarisinya, kalau nak tahu kena menuntut dengan saya.hehe

Di kampung saya, pecal adalah makanan yang paling popular berbanding nasi ambeng. Antara isi pecal yang Ibu dan nenek selalu sediakan ialah seperti sayur kangkung rebus, kacang panjang rebus dipotong-potong kecil, taugeh, sambal pecal (spt sambal kacang). Boleh juga letak sengkuang dicincang halus, dan mee kuning.

Sesetengah tempat, barangkali orang jawa Johor tidak menggunakan mee kuning hanya sayuran sahaja. MashaAllah, saya mulai rindu dengan pecal!

Kalau atuk, baru balik dari kebun satu makanan yang dia akan bawa pulang. Namanya kentos! Tau tak? Kentos ni isi ditengah-tengah kelapa yang lebih putih dari isi keliling, bulat, dan jika dimakan seperti berspan. Sedap!

Kebiasaan, orang ramai tahu apa itu cakoi? Tahu kan, kuih tepung yang panjang dicicah kaya atau kari. Abah memperkenalkan inilah namanya Pak Kocok.hehe

Sesekali, minum petang Ibu saya akan menyediakan makanan khas jawa, namanya Jewel/jewer sejenis kuih daripada tepung yang dipanaskan ia akan menggelembung bulat. Wah...enaknya dicolet sama dengan sardin atau kuah ikan lemak.Huhu Kalau kita pergi kedai mamak, ia lebih dikenali dengan nama Pori.

Satu masakan yang sangat popular masakini, sering dihidangkan di majlis perkahwinan orang-orang jawa di Malaysia iaitu sambal goreng. Sebenarnya nak kata sambal bukan juga, kerana isinya lebih kepada sayuran kubis, soohon, ikan bilis dan tempe yang ditumis dengan kicap.

Masak kicap lebih dikenali dengan masak semur, atau masak ceylon.

Tetapi satu makanan, yang tidak dapat dipisahkan adalah tempe. Memang tak sah, apa-apa seketurunan dengan tempe adalah penyeri, pembuka selera.

Sebab itu, banyak babak di dalam cerita Ketika Cinta Bertasbih, penumpuan Khairul Azzam pada tempe menunjukkan makanan itu adalah identiti masyarakat jawa. Saya suka cerita ini. Kegigihan..seorang abang, pada keluarga.

Oh..sudah jauh saya mengelamun. Bagi mengubat rindu ini, kampunglah tempat yang sesuai. Merasai nuansa kampung, nyaman, hangat, sejuk dan mendamaikan, subhanallah. Saatnya cahaya mentari mula bangun, dicelah-celah pokok pisang dan kelapa, menyuluh nutrisi kepada yang lain, menebarkan manfaat untuk alam. Di atas rahmat dan kasihnya ALLAH Taala.

Abah pernah pesan, hilangnya bahasa hilanglah usulnya.


Begitu juga orang Islam, jika mereka lupa usul sejarahnya, lama-lama iman yang tebal akan pupus terhakis. Hidup sebagai muslim.

Perjuangan Nabi Muhammad s.a.w, memuliakan darjat manusia disisi Allah dengan iman dari kesesatan.

Kembalilah melihat sejarah. Banyak gambaran  dan pengajaran di dalam al-Quran tentang umat-umat terdahulu.

Ia adalah pelajaran bagi umat "special edition" yang dijanjikan banyak ganjaran oleh Allah kerana syafaat Nabi Muhammad s.a.w.

Jangan sesekali lupa asal usulmu.

Matlamat hidupmu.

Hamba Allah.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kongsikan Bersama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...