B.I.D.A.D.A.R.I
B-Bersih@suci
I-Iman
D-Didik (solehah)
A-Akur@taat (perintah Ilahi)
D-Dermawan
A-Akhlak mulia
R-Realistik
I-Ilmuwan
Allah Subhanahu wa Taala, menciptakan sesuatu dengan hikmah. Ada pelajaran dan pengajaran melaluinya. Tidak pernah sia-sia, segala bentuk kejadian dan peristiwa itu apatah lagi apabila Allah titipkan di dalam NotebookNya yang lengkap iaitu al-Quran al-Karim.
Saya ingin menjemput bakal-bakal bidadari sekalian untuk mengambil beberapa pelajaran yang Allah ceritakan tentang kisah makhluk yang indah ini. Bagi yang lelaki, kisah tentang bidadari bukanlah untuk seronok-seronok membayangkan keindahan dan kecantikannya.
TETAPI tanyalah pada diri (bakal bidadari), adakah anda cemburu dengan bidadari yang digambarkan di dalam al-Quran? Layakkah anda digelar bidadari?
TETAPI fikir dengan dalam apakah selayaknya seorang lelaki mendambakan bidadari syurga? Jika diri masih menempah tiket ke neraka?
Namun begitu itu bukan fokus utama dalam titipan kali ini.
TETAPI Allah memfokuskan, apakah ciri-ciri untuk menjadi seperti bidadari syurga digambarkan oleh Allah Taala di dalam al-Quran dan mengambil ciri-ciri itu untuk diterjemahkan di dalam kehidupan seharian.
Pada khususnya, Allah Taala membentangkan akhlak-akhlak mereka sebagai panduan kita tidak kira lelaki ataupun perempuan. Seorang suami, mahukan isterinya umpama bidadari begitulah juga seorang isteri mengharapkan dirinya adalah bidadari buat suaminya. InshaAllah..
Apakah antara potensi itu? Ia bukan sekadar sifat fizik tapi lihat yang tersurat.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
#Ciri 1- Menjaga mata, pandangan dari perkara-perkara yang mendatangkan dosa bahkan memelihara diri dan maruah daripada perbuatan yang tidak baik.
Maksud : Di dalam syurga itu (ada bidadari-bidadari) yang membatasi pandangan, yang tidak pernah di sentuh oleh manusia mahupun jin sebelumnya.
(al-Rahman | 56)
Ciri2 ini juga di ulang di dalam surah as-Shaffat (48-49), as-Shad (52),al-Rahman (74)
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
#Ciri 2- Kelihatan cantik dengan menjaga kebersihan diri dan kebersihan hati dari sifat-sifat mazmumah terutama dalam pertuturan.
Maksud : Seakan-akan mereka itu permata yakut (delima) dan marjan.
(al-Rahman | 58)
Maksud : Demikianlah kami berikan mereka pasangan bidadari yang bermata indah.
(ad-Dukhan (54)
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
#Ciri 3- Menjaga budi pekerti dan berakhlak mulia di dalam kerja, keluarga, bermasyarakat.
Maksud: Di dalam syurga itu (ada bidadari-bidadari) yang baik (akhlak) dan rupa paras.
(al-Rahman | 70)
Maksud : Dan ada bidadari-bidadari yang bermata indah. Laksana mutiara yang tersimpan baik.
(al-Waqiah 22-23)
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
#Ciri 4- Kasih dan cinta kepada Allah, RasulNya, Ibu bapa dan keluarga, sahabat2 dan umat manusia dan alam sekitar. Kasih pada kebaikan!
Hasan al-Basri Rahimahullah pernah menyingkap sebuah hadis yang berbunyi,
Seorang wanita tua telah bertemu dengan Rasulullah sallallahu `alaihi wasallam dan berkata, “Wahai Rasulullah, tolonglah berdoa kepada ALLAH agar aku dapat masuk ke Syurga.”
Rasulullah sallallahu `alaihi wasallam menjawab, “Wahai ibu fulan, Syurga itu tidak dihuni oleh orang tua.” Mendengar jawapan Rasulullah sallallahu `alaihi wasallam, wanita itu pergi dari situ sambil menangis.
Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam kemudian bersabda, “Beritahu kepada wanita tua itu, dia tidak akan masuk ke Syurga dengan keadaan usia tua. Sesungguhnya ALLAH Ta`ala berfirman:
إِنَّا أَنْشَأْنَاهُنَّ إِنْشَاءً. فَجَعَلْنَاهُنَّ أَبْكَارًا. عُرُبًا أَتْرَابًا
(Sesungguhnya Kami menciptakan mereka (bidadari-bidadari) dengan langsung,
dan Kami jadikan mereka gadis-gadis perawan, penuh cinta lagi sebaya umurnya)”
(HR at-Tirmidzi) – Hadith ini bertaraf hasan.
(surah al-Waqiah | 35-37)
Belajarlah mengambil ibrah dari penciptaan bidadari
cemburui kebaikannya, kecantikan dalaman dan luaran, berprinsip dan teguh.
Jangan berangan-angan membayangkan indah dan cantiknya bidadari
jika amalan tidak sehebat mana!!!
Pesanan buat diri sendiri.
Berusaha menjadi mampu..
Tegurlah saya =)
Menjadi tinggi disisi Dia, menjadi hamba serendahnya dibumi.
Selimutsura@www.najmeeqamar.blogspot.com
KDK, 45000 Kuala Lumpur.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan