Eimam Umair menuruni tangga rumah lalu mencuit Ibunya yang sedang memasak tumis sambal bilis.
"Ibu..Eimam ada perkara nak bincang ni." Sambil senyum ala-ala Mak Limah balik rumah.
"Kenapa dengan Eimam, lain macam je Ibu tengok. Ibu tengah masak ni." Urat dahi Si Ibu berlipat tiga melihat aksi anak bujang persis anak dara dipingit kumbang.
"Malu nak cerita laa.." Anaknya sekejap menggaru-garukan kepala, sekejap pula memegang senduk, bingkas duduk di meja makan yang penuh dengan sayur-sayuran dan rempah. Lalu dicapainya pisau dan memotong-motong kecil cebisan sayur yang tertinggal.
"Eimam ni kenapa? Serabut Ibu nengoknyer..ceciter kat Ibu. Eimam jatuh cinta ehh? Dengan sape?" Celah Ibu sengaja mengenakan soalan itu sementara menunggu sambal bilisnya masak.
Eimam tersengih, seperti kera dapat bunga. Gigi susu jelas kelihatan.
"Eimam naak kaaaaa...ripap! Eh..bukan-bukan.hehe" Telatah Eimam tidak dapat menipu Ibunya. "Nak kaaa..wen kan?" Balas Ibu Zahrah cepat-cepat. Dia pun menganggukkan kepalanya tetapi agak lambat. Tersipu-sipu.
"Ehmm..hehe." Merah padam wajah Eimam, mengalahkan orang perempuan. Itulah namanya bila dalam hati ada taman.
"Eimam dah bersediakah nak jadi suami, kerjaya ok? Kewangan ok? perbelanjaan kahwin? RM 30,000 tau."
Tiba-tiba dia termenung, duduk di kerusi berdekatan akuarium ikan emasnya.
Ibu Zahrah tersenyum seketika. Saat itu sambal tumis ikan bilis sudah masak. Lalu dia memulakan bicara pada anak bujangnya.
"Eimam..dengar ibu mahu kongsikan ini. Persediaan menjadi seorang suami bukanlah dengan memiliki sijil pengajian yang hebat, memiliki kerjaya tetap dengan gaji minimum RM 3000, sudah memiliki kereta dan rumah sendiri, termasuk perbelanjaan kahwin yang mencecah RM 30,000, 11 dulang hantaran serba satu, jemputan hingga ribuan orang, belanja besar untuk majlis walimah atas alasan sekali seumur hidup. Bukan itu persediaan yang melayakkan kamu jadi suami."
"Tetapi kualiti yang diletakkan Islam bukanlah seperti di atas. Sukatan persedian itu terlalu sukar dicapai bagi orang-orang biasa seperti kita."
"Indahnya Islam, tidak mahu membebani kamu terutama bab material. Walaupun maharnya adalah sepotong ayat al-Quran. Bukan maksud Ibu, harta itu tidak penting tetapi jadilah lelaki yang bersedia walaupun cuma sepotong ayat al-Quran..kerana pernikahan itu ibadah, semestinya lelaki itu bagaimana?"
"Kerana kebiasaan lelaki yang bersedia "EVER-READY" itu mampu mengindahkan rumah tangganya, dengan rezeki yang halal dan berkat, keperluan asasnya cukup, kasih sayang dan didikan yang menguatkan ikatan selepas perkahwinan itu."
Pada Ibu, lelaki yang mahu menjadi suami harus mencontohi Nabi Muhammad s.a.w. Ketua para suami.
1. Bersedia memimpin, sebagai imam.
Allah berfirman: Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan.
[al-Nisa’ 4:34]
Mahu menjadi suami, Eimam mestilah bersedia menjadi pemimpin. Bakal suami seharusnya memiliki ilmu rumahtangga dan tinggi akhlak sebagai ikutan satu masa nanti. Bakal suami boleh lah mmperkembangkan daya kepimpinan melalui berpersatuan dan berorganisasi sebagai mempraktikkan daya kepimpinan.
Namun begitu, kelebihan yang Allah beri bukanlah lesan untuk kita hanya memberi arahan, hanya pendapat kita saja yang bagus tetapi pemimpin yang bagus adalah yang adil sifatnya. Saling tolong-bantu isteri melakukan kerja-kerja rumah..katanya tinggal serumah. Kerana isteri adalah Timbalan Kapten dalam bahtera rumahtangga. Suami yang ada sifat ini, sudah pasti nafkah tercukupi.
"Lindungi rumah anda dari kejahatan lanun!" hehe tergelak Eimam.
2. Bersifat tegas bukan baran.
Bukanlah namanya orang kuat jika bakal suami tidak mampu menahan marahnya. Bakal suami perlu tegas membimbing isteri dan anak, dengan cara hikmah. Bukan dengan paksaan atau kekerasan. Bak kata pepatah arab, "air yang lembut sentiasa mengalir mampu melekukkan batu yang keras." Oleh itu bakal suami perlu banyak bersabar, sebaik-baik lelaki adalah baik kepada ahli keluarganya.
Dalam hadis Nabi SAW menyatakan :
عَنْ عَائِشَةَ رضي الله عنها قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- خَيْرُكُمْ خَيْرُكُمْ لأَهْلِهِ وَأَنَا خَيْرُكُمْ لأَهْلِى.
Maksudnya: “Aisyah radhiyallahu ‘anha berkata: Rasulullah Sallallau ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Sebaik-baik kalian adalah (suami) yang paling baik terhadap keluarganya dan aku adalah yang paling baik terhadap keluargaku.”
(Hadis riwayat Tirmidzi dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Ash Shahihah (no. 285)
3. Pemaaf dan toleransi.
Persediaan lain yang bakal suami perlu bersedia adalah sifat pemaaf. Ini sangat sukar bagi kebanyakan orang lelaki, kerana memang Allah Taala sudah tahu lelaki ini kuat egoisnya kecuali Rasulullah s.a.w. Seharusnya suami, menjadi orang yang adil di dalam rumahtangga. Bertukar-tukar pandangan dengan isteri dan anak-anak. Tidak semestinya keputusan kita itu yang terbaik. Bila orang buat salah, maafkanlah itu yang terbaik.
"Kalau jadi macam HULK, tak dapat la nak nolongnyer.." Tawa Ibu Zahrah.
4. Pelindung ahli keluarga dari api neraka.
Ciri-ciri bakal suami mestilah menjadi "SUPER HERO" dalam rumahtangga. Menyelamatkan ahli keluarga daripada terjerumus kepada kejahatan dan kemaksiatan. Bakal suami perlu bersedia menanggung dosa ahli keluarga oleh itu ilmu-ilmu agama sangat penting, Allah berfirman :
Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: Manusia dan batu (berhala); Neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.
[al-Tahrim 66:06]
"Barulah, Heroin Eimam nanti panggil...You're my super duper Hero!" Kata Ibunya pada Eimam tersenyum lebar mendengar bingkisan nasihat yang bermanfaat.
Dalam hadis Nabi SAW menyatakan :
عَنِ جابر، رَضِيَ الله عَنْهُمَا، قَالَ : قال رَسُولُ اللهِ صَلَّى الله عَلَيه وسَلَّم: خَيْرُ النَّاسِ أَنْفَعُهُمْ لِلنَّاسِ
Maksudnya: “Jabir radhiyallau ‘anhuma bercerita bahwa Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia.” (Hadis dihasankan oleh al-Albani di dalam Shahihul Jami’ . no. 3289)
"Haaa...macam tu la baru namanya bersedia. Namun bukan mudah nak kemudi bahtera rumahtangga ni Eimam, kejap2 kena serang dengan sotong gergasi, ada ombak dan badai yang besar, banyak terumbu karang dan anasir luar yang menduga.hehe
Hati-hati, hanya hamba ALLAH yang beriman dan benar-benar bertaqwa mampu memandu bahtera itu hingga ke syurga. Bercinta hingga ke syurga aminnnn..." Ibu Zahrah menamatkan lamunan Eimam, dari terus berangan-angan.
Mulai itu, Eimam Umair membuat persediaan. Bukan hanya luaran sahaja, tetapi persediaan di lapisan dalaman.
InshaAllah!
Ini adalah perkongsian saya, banyak yang kurang mohon nasihat dari semua. Syukran!
Menjadi tinggi disisi Dia, menjadi hamba serendahnya dibumi.
Selimutsura@www.najmeeqamar.blogspot.com
KDK, 45000 Kuala Lumpur.
saling mendoakan, semoga semua yg dilakukan, Allah nilai sebagai ibadah...insyaAllah...
BalasPadam