ilham Ma'mum

Selasa, 5 Februari 2013

Sebelum Subuh

By : Selimutsura

Saya menyapa alam dengan Assalamualaikum. Seluas-luas mata saya membuka, menatap wajah dunia ketika subuh hanya tinggal beberapa minit bakal masuk waktu. Suam-suam sejuk merapati kulit.

Saya meliburkan diri. Menatap lelangit, bintang-bintang bersesak-sesak mengerlip. Sungguh tenang dan indah.

Tiada yang boleh bertanding. Maha Hebat Allah S.W.T.

Kata Ustaz, waktu sebelum Subuh adalah waktu yang sangat tenang, dan rapat dengan Sang Pencipta. Saat itu juga, Para Malaikat kuat tasbihnya, kuat doanya memohon ampun buat hamba di bumi.

Beruntung.

Lebih beruntung buat insan yang sedar. Sedar dan insaf kedudukannya di sisi Allah. Eimam bermonolog sendirian. Katanya lagi, ketika inilah waktu komunikasi paling tepat dengan Allah.


إِنَّ الْمُتَّقِينَ فِي جَنَّاتٍ وَعُيُونٍ

آخِذِينَ مَا آتَاهُمْ رَبُّهُمْ إِنَّهُمْ كَانُوا قَبْلَ ذَٰلِكَ مُحْسِنِينَ

كَانُوا قَلِيلًا مِنَ اللَّيْلِ مَا يَهْجَعُونَ

وَبِالْأَسْحَارِ هُمْ يَسْتَغْفِرُونَ

Maksudnya:

Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa adalah ditempatkan di dalam beberapa taman Syurga, dengan matair-matair terpancar padanya. (Keadaan mereka di sana) sentiasa menerima nikmat dan rahmat yang diberikan kepadanya oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka di dunia dahulu adalah orang-orang yang berbuat kebaikan. Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja masa dari waktu malam, untuk mereka tidur. Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun). 

 {al-Dzaariyaat (51) : 15-18}

Sekali-sekala, Eimam menitiskan airmata sambil beristighfar. Menemani keinsafan yang mulai timbul, betapa mulianya Allah Taala. Sentiasa tidak berkira-kira, membangkit-bangkit dan memilih sesiapapun. Pada pandangan Allah, jiwa orang yang bertaqwa itu lebih tinggi harganya berbanding segunung emas dan perak.

Jika ada permintaan, Allah Taala sangat malu jika keperluan hambaNya tidak dipenuhi. Pemurahnya Allah, tidak menarik balik apa yang kita sedut dari udaranya. Cuba anda bayangkan hanya 30 saat, tiada oksigen. Menggeleparlah jasad-jasad tersiksa. Bakal mati gamaknya.

Allah Maha Pemberi walaupun kita tidak minta.

Apatah lagi kita meminta. Lambat dan cepat itu urusan Allah Taala.

Pada Subuh itu, bagai sesuatu yang menusuk jantung Eimam. Dia membaca beberapa zikir bagi melembutkan hatinya. Amalan zikir harian Imam al-Ghazali Rahimahullah.

Subhanallah al-adhim wa bihamdih

Mensucikan kebesaran Allah. Mensucikan Pemilik antara dua dimensi, langit tujuh, lingkaran cakerawala, hembusan angin, suara unggas, deruan lautan, dan makhluk.

Daripada ‘Abdullah Ibnu Salam bahawa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam pernah bersabda:

يَا أَيُّهَا النَّاسُ أَفْشُوا السَّلاَمَ وَأَطْعِمُوا الطَّعَامَ وَصَلُّوا بِاللَّيْلِ وَالنَّاسُ نِيَامٌ تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ بِسَلاَمٍ.
 Maksudnya:
Wahai manusia, tebarkan salam di antara kalian, berilah makan (kepada mereka yang memerlukannya, sambunglah silaturrahim, dan solatlah pada malam hari pada ketika manusia terlelap dalam tidur, maka kalian akan masuk Syurga dengan damai.
{Hadis riwayat Imam Ibnu Majah}

Eimam mengingat pesan. Kita perlu berlaku santun kepada sekeliling. Kerana kita tidak tahu siapakah yang digelar "orang yang bertaqwa" yang dimaksudkan. Kerana ciri-ciri orang yang bertaqwa itu terlalu istimewa di sisi Allah. Yang mana satu amalan kita, bakal mendapat title "Taqwa".

وَعِبَادُ الرَّحْمَٰنِ الَّذِينَ يَمْشُونَ عَلَى الْأَرْضِ هَوْنًا وَإِذَا خَاطَبَهُمُ الْجَاهِلُونَ قَالُوا سَلَامًا

وَالَّذِينَ يَبِيتُونَ لِرَبِّهِمْ سُجَّدًا وَقِيَامًا

Maksudnya:
Dan hamba-hamba (Allah) al-Rahman (yang diredhai-Nya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun, dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini; dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang tekun mengerjakan ibadat kepada Tuhan mereka pada malam hari dengan sujud dan berdiri. 

{al-Furqaan (25) : 63-64}

Allahuakbar!!! Allahuakbar!!!

Subuh sudah bergema. Eimam tersedar. Lalu dia bingkas bangun dari lamunan, dan terus larut menuju ke kolah wuduk. Saat basuhan pertama hingga lengkap yang terakhir, doa penyucian dibaca. Di posisi itu, dia mengharapkan mudah-mudahan dia bakal mendapat "title" yang dicita-citakan. Bersama-sama temannya. InshaAllah.


إِنَّ نَاشِئَةَ اللَّيْلِ هِيَ أَشَدُّ وَطْئًا وَأَقْوَمُ قِيلًا

Maksudnya:
Sebenarnya solat dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa), dan lebih tetap betul bacaannya.  
{al-Muzzammil (73) : 6}



Itulah cerita, sebelum subuh. Moga saya tidak lalai. Ya!!Saya!!!

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Saat manis bersama penulis terkenal Sdr. Hilal Asyraf =)
Saya mengucapkan, selamat menjadi bapa Hilal ^^)

Menjadi tinggi disisi Dia, menjadi hamba serendahnya dibumi.
Selimutsura@www.najmeeqamar.blogspot.com
KDK, 45000 Kuala Lumpur.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kongsikan Bersama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...