ilham Ma'mum

Selasa, 12 Februari 2013

Ukhwah Perlu Jujur

By : Selimutsura

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim.


Hari ini saya mahu ceritakan, beberapa orang sahabat saya. Teman satu pengajian khemah bahasa Arab di bumi Maghribi dulu. Angin rindu menghembus-hembus fikiran saya, pada kenangan indah, saatnya dan ketika 'berukhwah' menuntut ilmu di perantauan.


Tiada ucapan menjadi teman pengganti. Saya sangat berterima kasih pada Allah kerana memberikan teman-teman di sekeliling, kita susah dan senang. Tangis dan tawa. Titipan ini sekadar memori, yang menyimpulkan banyak manfaat. InshaAllah.


Serba ringkas saya kongsikan. =)

-------------------------------------------------------------------------------------------------------- 

Mangsa 1 
Namanya Wan Hakimin, seorang yang kadang serius kadang lawak bersahaja. Jagoan Kelantan, yang sangat meminati nasyid. Tidak lokek berkongsi ilmu, mudah memberi pendapat. Tetapi adakala bluuurrr..hehe

Mula-mula kenal tu, sombong sikit la..hihi alhamdulillah semasa di Maghribi, saya dapat mengenalinya dengan lebih rapat. Biasa la orang penting dalam Majlis Perwakilan Pelajar ketika itu. Sepanjang pengajian, dia akan beriring bernasyid dengan saya. Ada saja lagu-lagu yang akan keluar dari bibirnya.

Istimewanya dia, seorang al-Hafiz. Antara imam kabir yang selalu 'ditolak' ketika solat jemaah. Satu penghormatan dapat bersahabat dengannya hingga sekarang .=)
------------------------------------------------------------------------------------------------------------ 

Mangsa 2
Inilah Syamsul, nampak ceria kan-kan kat gambar tu. Pendiam orangnya, tetapi sangat prihatin kepada kawan-kawannya apabila memerlukan bantuan. Orang Klang yang merupakan satu-satunya pelajar jurusan Bahasa Arab batch saya.

Dialah antara kitab rujukan bahasa Arab saya. Apa yang tak faham saya akan berguru dengannya. Dia seorang yang penyayang kepada kucing, pembersih dan meminati perkara-perkara yang 'sweet'.hehe

'Syam' dan saya, selalu pergi ke suq al-lail di sekitar Bandar Rabat. Istimenya dia, mudah memujuk para penjual Arab di suq. Untung bawa 'Syams'. =)
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Mangsa 3
Gambar ini begitu fotogedik sekali.hehe berlatar beburung merpati berdekatan tembok suq. Siapa tidak kenal Sdr. Fakhrurrazi, anak kelahiran Chini, Pahang. Asal gambar dia je mesti ala-ala model majalah. Boleh la...hehe

Dia sangat komitmen, dan menjadi penghubung antara pelajar dan pensyarah. Kepetahan bercakapnya tidak disangkal lagi, selaku Presiden MPM. Banyak tugas yang digalas membantu kami sepanjang berada di sana.

Rozi, sangat mudah berkawan. Istilah jawanya 'friendly'. kan2! Istimewanya Rozi, banyak memberi idea-idea yang bermanfaat untuk kesatuan pelajar. Di bumi Maghribi, dia antara pengutip professional 'cengkerang laut'. =)
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Mangsa 4
Shaarani antara bab penting dalam juzuk persahabatan kami di Maghribi. Penyeri yang membuat kami selalu ketawa. Mana tidaknya, belum berkata-kata sudah geli perut dibuatnya. Sahabat yang mempunyai watak tersendiri berasal dari Semanggol, Perak.

Kalamnya akan membuat anda terpaku, tazkirahnya begitu mencuit jiwa. Jurusan Usuluddin yang dipelajarinya serba sedikit membantu saya menambah ilmu. Jika anda cuba mendekatinya, berikanlah berapa banyak soalan. Nampak sempoi, dia penuntut ilmu yang gigih.

Masih ingat, ketika diterjah sedang membasuh baju di bilik air. Istimewanya Shaarani ini, hanya dialah satu-satunya pelajar Malaysia yang diminati oleh seorang gadis Maghribi. Namanya Aishah...shhh..hehe.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Mangsa 5
Pemuda tampan kelahiran Kajang ini, mengambil jurusan Syariah Undang-Undang. Merupakan antara pelajar terbaik Fakulti Pengajian Islam, Kuis. Minat pada bidang undang-undang kini bekerja di sebuah firma guaman.

'Mat Smart' ini sangat rajin membantu, kawan-kawan dalam pelajaran. Memang suka berbincang dan berbahas. Jangan risau, dia bukan orang yang serius tapi kuat melawak juga orangnya. Satu peristiwa yang mengingatkan kami ialah kejadian 'wa kena Beb' di stesen kereta-api menuju je Casablanca. Nuaim begitu enak, tidur dikerusi Vvip..padahal tiket yang kami beli hanya kelas awam. Saat itu, kami turun dan tukar gerabak.

Istimewa, nuaim ini..hmm..ramai peminat kot.hehe =)
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Mangsa 6
Seorang pelajar yang zuhud dan tawaduk. Rasyidi Ali al-Hafiz anak kelahiran Kelantan. Saya begitu tertarik pada akhlaknya. Walaupun dia lebih tua dari saya, malahan ilmunya dia rendah hati dengan apa yang dimiliki. Kata-kata penuh hikmah, terutama saat tazkirah subuh.

Dia begitu terkenal di bumi Maghribi dengan nama 'SIDI ALI'. Jangan salah sangka ia jenama air mineral!hehe Selain cerdas akalnya, dia juga aktif berpersatuan. Apatah lagi, kalau joging dengan syidi, saya lah yang termengah-mengah lebih dahulu.

Syidi, istimewanya ialah orang yang hidup berprinsip, tidak malu bertanya pada kawan yang lebih bawah darinya.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Mangsa 7
Jejaka berkacamata ini adalah Naim Kamaruddin, lulusan jurusan al-Quran as-Sunnah. Dia tidak banyak bercakap, diam-diam berisi. Seperti padi masak tunduk ke bumi. Rajin memberi cadangan dalam aktiviti yang dibuat.

Saya kadang-kadang pinjam losyen dia, biasa la musim sejuk di Maghribi membuat kulit kita kering dan kasar. Dia seorang yang mudah dibawa berbual. Istimewanya ialah seorang yang ringan tulang membantu. =)
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Mangsa 8
Inilah Ehsan, amir sepanjang mukhayyam di bumi yang pernah dilalui oleh Tariq Ibn Ziyad, dan hujjatul Islam Ibnu Taymiyyah Rahimahullah. Suka berlawak jenaka dan membuat kawan-kawan lainnya gembira, adakala dia tegas dengan keputusannya.

Sangat meminati kereta Mercedes lama, haa contoh tengok gambar ni. Posing habis tak sudah. Memang suka merasa masakan setiap ahli bilik, belum siap dia akan mencuit sedikit..juri katanya.

Ehsan,menjadi penghubung kerana dia lebih memahami berbahasa arab dikalangan kami. Yang istimewa sekali dia pandai berbalas pantun ketika ditepi pantai.hehe 

Subhanallah ^^)
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dan sahabat2 yang lain =)
Ukhwah
Seperti sungai Nil, yang tidak kering
Setinggi luas langit tanpa tiang
Seindah mimpi seorang rupawan

Ukhwah
Perlu jujur dan ikhlas
Hati terputik rindu
Memori menjadi basah
Umpama burung terbang melayang-layang

Ukhwah
kita tulus menjadi satu
Berdiri atas satu kota 
menjadi pintu, benteng dan meriam
Umpama teguhnya pahlawan

Ukhwah
Zikir kita Allah
Qasidah selawat itu alunannya
Hidup perlu merintis sabar
Meraih emas hasil ujian

Ukhwah
Tiada pembaziran
Cerita kita, dunia akhirzaman
Satu janji
Mudah-mudahan bertemu
di jannah.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kata Imam Asy-Shafie :

Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwa ragaku, 
seakan-akan aku mencintai sanak-saudaraku.
Sahabat yang baik adalah yang sering sejalan denganku 
dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas aku mati.

Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati yang tidak luntur baik 
dalam keadaan suka atau duka. 

Jika itu aku dapatkan. Aku berjanji akan selalu setia padanya.

Kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan berasa senang. 

Semakin ramai aku peroleh sahabat. 
Aku semakin percaya diri.

Menjadi tinggi disisi Dia, menjadi hamba serendahnya dibumi.
Selimutsura@www.najmeeqamar.blogspot.com
KDK, 45000 Kuala Lumpur.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kongsikan Bersama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...