ilham Ma'mum

Isnin, 18 Februari 2013

Kutemu Istighfar

By : Selimutsura

Ada orang cakap, dosa itu seperti rasa gatal di kulit. Makin di garu terasa semakin sedap kan?

Tetapi dalam kesedapan itu, lama-kelamaan gatal itu menjadi luka. Lalu menjadi parah dan besar lukanya. 

Cara merawatnya, kita mengambil ubat dan sapu pada luka tersebut. (guna minyak gamat).

Bila luka itu kering, ia meninggalkan kesan luka yang jelas. Setidak-tidaknya meninggalkan bekas atau parut yang dapat dilihat.

Kulit yang halus menjadi kasar, dan tidak secantik dulu.

Begitulah dosa kita, yang setiap hari kita lakukan. Terasa bila buat, kita minta ampun. Lepas tu kita buat semula. Seperti membuka parut lama.

Benarkah ALLAH Taala sudah mengampunkan dosa-dosa kita? 
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bersyukurlah jika kita menyedarinya. Alhamdulillah.

Gatal kulit yang menjadi penyakit itu sudah kembali pulih, disapu dengan ubat krim. Sesetengah doktor memberikan kapsul bagi menahan alergi (kegatalan) dari terus merebak. Kerana doktor lebih arif tahap keseriusan penyakit yang kita alami.

Ubat yang menghalang bakteria terus menghinggap.
Ubat yang menyembuh bagi pemulihan semula sel-sel kulit.

Begitu juga, ALLAH s.w.t.

Memberikan kapsul-kapsul pencegahan dan penyembuhan. Pencegahan berbentuk larangan. Jangan melanggar batasan agama, kerana nanti penyakit yang hinggap.

Penyembuhan pula berbentuk istighfar. Melalui kapsul istighfar kita sedang melalui proses pemulihan semula kulit yang berpenyakit tadi.

Dari Ibnu Abbas radhiallahu  ‘anhu, ia berkata, 
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Barangsiapa senantiasa beristighfar, niscaya Allah menjadikan utk setiap kesedihannya kelapangan 
dan untuk setiap kesempitannya jalan keluar, 
dan akan diberi-Nya rezeki dari arah yg tiada disangka-sangka.  
(Hadis Riwayat: Abu Daud)

Ada juga yang terbabas, tidak sedar pula. Ini lebih parah. Nauzubillah!

Luka yang semakin besar, jika tidak dihentikan akan mengeluarkan darah yang banyak. Bakteria kotor mulai menduduki kulit kita, memakan sel-sel kulit dengan rakus sekali. Bahaya kini ia semakin parah.

Ditakuti nanti, doktor tidak dapat memberi ubat lagi.

Kerana luka sudah berada bukan dalam kawalan. Adakah ALLAH menerima permohonan ampun kita?
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Betapa besar dosa kita, lebih besar Pengampunan ALLAH Taala. Selepas parah, serius dan kritikal apakah ada jalan terakhir?

Ya! Sudah pasti ada. InshaAllah. -Kata doktor.

Apakah ubatnya doktor? -Soalan mulai timbul.

Luka kamu kian parah, ia boleh diatasi kerana teknologi masakini inshaAllah mampu mengubatinya tetapi dengan satu syarat. Jangan buat luka yang lebih besar!

Dosa kamu sudah kritikal, pintu taubat masih terbuka, kerana kasih sayang dan maghfirah ALLAH lebih besar dari dosa-dosamu. Tetapi dengan syarat, jangan syirik kepada ALLAH!

Sebungkus sampah yang penuh dengan dosamu, janganlah dicampak kedalam tong sampah yang kecil. Campaklah ke dalam tasik yang luas, agar bungkusan dosa itu tenggelam dan mereput.

Allah Ta’ala berfirman :
”Katakanlah: “Hai hamba-hamba-Ku yg melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kama berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. 
(Az-Zumar: 53)

ALLAH itu Sang Maha Pengampun Dosa.

Dan jalan terakhir, yang perlu kita buat. Bagi membuang segala gatal-gatal,luka-luka dan bekas-bekasnya itu ialah dengan Taubat Nasuha.

Kata doktor pakai Bio-Oil, takpun Aloevera untuk hilangkan parut dan bekas. Bukan murahkan?

Ia mengambil masa. Kita yang berdosa, bersabarlah jika diuji dengan sakit, miskin, fitnah dan sebagainya kerana ujian itu jalan menuju gerbang pengampunan.

Hasilnya begitu hebat! InshaAllah.

Hai orang-orang yg beriman, bertaubatlah kalian kpd Allah dgn taubat yg semurni-murninya, mudah-mudahan Tuhanmu akan menghapus kesalahan-kesalahanmu & memasukkan kama ke dalam Surga yg mengalir di bawahnya sungai-sungai.
(At-Tahriim: 8).

Sekian, kutemu Istighfar =)

Tegurlah saya!!!

Menjadi tinggi disisi Dia, menjadi hamba serendahnya dibumi.
Selimutsura@www.najmeeqamar.blogspot.com
KDK, 45000 Kuala Lumpur.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kongsikan Bersama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...