ilham Ma'mum

Selasa, 10 Januari 2012

MAHALNYA HARGA MERCEDES NI (@@,)

By : Selimutsura


Keqalbuan ku tersentak
Dengan sentuhan ajaibnya azan itu
Berderai-derai luluh hati
Kerasnya dilembut lentur
Sungai air mata yang sembunyi
Mengalir ditepian pipi cekung ini
Rencah – rencah dosa yang bergelandang
di kampus yang kelabu
hela nafas ku kian laju
sebak ku, pilu ku, sesah hati ku

~Please forgive me Allah ~ at Masjid Khalid al-Walid, Semarak KL

Assalamualaikum, tinta pemula yang indah..tambah serinya bila ia bermula dengan zikir dan tangis, serta senyuman. Selagi usia diberi pinjam oleh Rabbku Rabbmu jua, selagi itu kita perlu membayarnya dengan amal soleh, sesungguhnya diri hamba di sini, lemah dan tiada upaya melainkan Yang hanya ada UPAYA adalah Allah Taala, yang tiada sekutu selayaknya.

Mahalnya harga Mercedes ni..=)

Wah, hebatnya rasa kalau dapat memandu kereta sehebat MERCEDES, BMW, JAGUAR dll..my dream car is LAMBORGHINI..WADUH2 berapa ya harganya, sekali isi minyak mungkin orang yang gaji macam kita ni, makan mee maggi pun tak lepas agaknya. Sebab harganya yang begitu MAHAL di dunia.
OK la kita anggarkan dalam harga MERCEDES CLK dalam RM 200,000. Sebagai contoh..sungguh, membuat mata kita terbeliak bila mendengarnya. Apeeeee....(@@,) mahai nya (slang penang)

Dapat beli mainan pun ok dah hihi
Tetapi terfikirkah anda, berapakah harganya BURAQ? Makhluk Allah yang paling pantas di syurga, sekelip mata pantasnya, selaju kilat bahkan lebih dari itu. KENDERAAN RASULULLAH SAW tika peristiwa ISRA’ wal Mi’raj. Ana buat perbandingan begini. Lebih HEBAT dari kenderaan2 kat atas tu.

Average, orang-orang kita..termasuk ana la..hihi akan keluarkan dari kocek, Kertas BIRU untuk DERMA. layakkah untuk mendapatkan BURAQ dengan harga RM1 walaupun dilaburkan setiap hari sebagai harga? Harga Proton pun paling koman RM 40,000. Itupun garu kepala untuk membayarnya setiap bulan kan2.

Harga BURAQ itu mahal nilainya, apatah lagi SYURGA. SYURGA diciptakan untuk membalas kebaikan orang-orang yang berbuat baik..BANYAK-BANYAK! Hari ini kita buat baik, sikit-sikit..SERINGGIT, SERINGGIT, LAMA2 JADI BUKIT..itu petua yang dipegang. Nak beli apa? Kalau SERINGGIT nak beli Syurga apa? Nak beli kenderaan namanya BURAQ? (<<,) errrr...

KONKLUSI
Ana berpesan buat diri sendiri dan semua yang ana sayangi, tingkatkan nilai pembelian kita, dari RM10 ke RM 15 sampai ke RM50 dan lebih lagi. Kerana perlu ada percaya, semakin banyak kita LABURKAN untuk AKHIRAT, semakin BERKAH dan MENCURAH-CURAH yang akan diberikanNYA. Berlumba-lumbalah untuk memiliki PEMILIKAN DI SYURGA =) Kita doakan bersama-sama semoga amalan kita diterima dan diredhai ALLAH SUBHANAHU WA TAALA aminnnnnn (~.~) 

Kongsikan Bersama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...