ilham Ma'mum

Rabu, 31 Mac 2010

Khaleefah Cinta - Ubi rebus =)


NajmeeQamar

Senyum Khaleef bersambung - sambung hingga kelas berakhir. Khaleef mengemas buku-buku sambil kilas pandangan pada jam dinding yang menunjukkan pukul 2 petang. "Ya Allah aku dah lambat ni...Abi mesti risau tunggu Khaleef". Bergegas Khaleef mendapatkan basikal pemberian Tok Wan. Kayuhan Khaleef sederas yang mungkin boleh dikatakan seperti kepantasan kuda Pahlawan Islam Saidina Khalid Al-Walid r.a yang mengalahkan tentera-tentera Rom di Mu'tah, melonjak semangat menggerunkan musuh-musuh Allah..
Allahuakbar!!!.

Petang-petang begini Khaleef membantu Tok Wan menjual ubi rebus dengan basikal tuanya. Tok Wan pandai merebus ubi, berbeza dengan orang lain kerana gaya masakannya mementingkan kebersihan dan kesucian dari sudut keberkatan. Formulasi luaran dan dalaman yang diamalkan menghasilkan keenakan dan kelazatan ubi rebus Tok Wan. Kelembutan dan kemanisannya sudah pasti tidak boleh di sangkal lagi."Khaleef.... makanan yang baik mestilah halal dan baik untuk kesihatan rohani dan jasmani, membina benteng-benteng kecerdikan dan kesihatan". Pesan Tok Wan yang aku takkan gugurkan dari hayat dan masa yang kian berlari.


Kalam Allah Taala dalam surah al-Baqarah ayat 168 :

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ كُلُواْ مِمَّا فِى ٱلۡأَرۡضِ حَلَـٰلاً۬ طَيِّبً۬ا وَلَا تَتَّبِعُواْ خُطُوَٲتِ ٱلشَّيۡطَـٰنِ‌ۚ إِنَّهُ ۥ لَكُمۡ عَدُوٌّ۬ مُّبِينٌ

Maksudnya : Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.

Sebakul ubi rebus dan kelapa parut aku letakkan di dalam raga. Penjelajahan pertama ubi dan Khaleef adalah padang bola...di sana kemeriahan syabab bersukan, dan ubi lah sebagai pengubat lelah mereka setelah bermain. Keriangan mula terpancar di wajah apabila Khaleef tiba." Assalamualaikum! Ubi-ubi sedap punya!" Jeritan ku memukau seketika bukan sahaja syabab-syabab tadi bahkan kerbau di tepi perigi berdekatan, senyuman mereka menggembirakan hati ku. "Khaleef...kami nak 5 bungkus, isi parut kelapa lebih sket eh...kalau tak pekena ubi Tok Wan kau tak sah..he2", puji Zunnur tersengih-sengih mengharapkan isi kelapa yang banyak. "Boleh sangat Zunnur, kau kan pelanggan tetap ubi rebus Tok Wan...Alhamdulillah rezeki kau la". Itulah manhaj yang Tok Wan ajar pada Khaleef..mesti jadi orang yang pemurah kerana yang kaya itu hanyalah Allah Taala.

Banyak destinasi menjadi singgahan ku hari ini, ini adalah bungkusan yang terakhir. Khaleef menyorong basikalnya setelah penat mengayuh sepanjang hari. "Khaleef.............sini nak". aku terpinga-pinga, gendang hati memalu deru. "Oh...Mak Jijah Ya Alah.." renjatan Mak Jijah kembali tenang." Ada lagi tak ubi rebus Tok Wan kamu tu? anak-anak Mak Jijah balik dari luar negara hari ni...jadi Mak Jijah nak beli la bagi mereka rasa". "Rezeki Mak Jijah la ni...tinggal sebungkus je...isi kelapa pun ada la sikit. kalau nak sedap lagi cicah gula Mak Jijah". Mak Jijah tersenyum simpul kerana anak kesayangannya akan pulang dari bumi Morocco setelah 3 tahun mencari mutiara ilmu di sana. Aku menanam cita-cita untuk belajar di luar negara..impian dan harapan setinggi bintang, seluas semesta tetapi tak mustahil kan2 aminnnn =)

Aku pulang membawa hasil titik peluh yang mencurah-curah, rezeki harian yang menjadi duit belanja makan dan minum seharian ku bersama Abi tercinta. Lebihnya aku masuk ke dalam tabung buluh yang Tok Wan buat khas untukku, ku ukir nama "Khaleefah". Tok Wan menyambut kepulangan ku dengan riang. "Assalamualaikum...ubi rebus Abi laku hari ni, Khaleef lapar la Abi..he2". "Subhanallah...syukrulillah, pergi la kat dapur tu Abi dah masakkan". Khaleef berselera menjamah nasi putih bertemankan ikan masin, sayur kangkung dan kuah kicap, air suam-suam dari perigi menjadi minuman kegemaran. Sambil aku menyuapkan makanan ke dalam mulutku, airmata ku mengalir..bercucuran..huhu aku masih dapat makan, sedangkan ada yang lebih teruk dari ku..


Sudah termaktub dalam surah Luqman ayat 12 maksudnya :

Dan sesungguhnya telah Kami berikan hikmat kepada Luqman, yaitu: "Bersyukurlah kepada Allah. Dan barangsiapa yang bersyukur (kepada Allah), maka sesungguhnya ia bersyukur untuk dirinya sendiri; dan barangsiapa yang tidak bersyukur, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji".

Malam menyelimuti siang itulah sunnatullah, bintang kejora tampak persis dan anggun menadahkan keampunannya pada bibit-bibit cahaya....riang ria cengkerik menambah kesyahduan malam ku...=)

Kongsikan Bersama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...