ilham Ma'mum

Ahad, 12 Julai 2009

PERJALANAN ISRA' YANG MENAKJUBKAN

NajmeeQamar

SALAM...sume pakcik,makcik,tuan,puan,dato' datin,shbt2, adik2..kaifa halukum?
mg sehat2 comel2 sume ye he2 kali ni ana nak sentuh satu peristiwa yang sgt2 menakjubkan...MasyaAllah ajibtu kathiro..=)

apa itu ISRA' N MIKRAJ? hal antum ta'rifun au la'...mai cini ana khabarkan kisah yg begitu hebat, presentation ini digambarkan oleh Allah s.w.t dlm al-Quran surah al-Isra' ayat yang pertama sangat popular. Peristiwa ini juga di kuatkan lagi dengan dalil-dalil hadith yang menceritakan lebih detail lagi.



Mula2 kita berkenalan dulu dengan peristiwa ISRA' dulu oke =)

ISRA' = perjalanan malam yang di alami oleh Rasulullah s.a.w daripada Makkah Mukarramah ke BaitulMuqaddis di Palestin.

Perjalanan Isra Mi'raj sbg Mukjizat kepada Rasulullah s.a.w

Mengikut sesetengah riwayat yg sahih sandarannya bahawa peristiwa ini berlaku pada malam 27 Rejab setahun sblm Hijrah. rujuk:(Fathul-Bari/140:Jld 7)

Pada mlm itu, Baginda s.a.w berada di rumah Ummu Hani bte Abi Talib (Sepupu Baginda s.a.w) selepas selesai solat isyak Baginda s.a.w menuju ke Masjidil Haram. tika itu Baginda sedang berbaring di antara Baitullah dan Hijr Ismail, lalu dengan tiba2 Baginda didatangi oleh Malaikat Jibril a.s yg mana tika itu bersama Baginda s.a.w Jaafar dan Hamzah. (SAHIH.Bukhari/Hadis 109:Jld 4 dan SAHIH.Muslim/ Hadis 79:Jld 1)Nama Jaafar dan Hamzah rujuk pada:(Fathul-Bari/142:Jld 7.)

Jibril a.s menyampaikan salam Allah Taala pada KekasihNYA Muhammad s.a.w dan mengkhabarkan jemputan Allah s.w.t naik ke sidratul-muntaha. Baginda s.a.w ditemani Jibril a.s.

Sblm pengembaraan, Malaikat Jibril telah melakukan "Operation" di dada Baginda s.a.w. Hati Baginda s.a.w dikeluarkan dan dibasuh dengan air zam-zam. Dibawa bersama Malaikat Jibril a.s bijana emas berisi hikmah dan iman. Setelah dibasuh, Malaikat Jibril a.s memasukkan hikmah dan iman ke dalam hati Baginda s.a.w dan dicantumkan kembali tanpa meninggalkan sebarang bekas. (S.Bukhari/109:Jld 4/53:Jld 0/74:Jld 1/ S.Muslim/79:Jld 1)

Digambarkan Buraq itu binatang yg panjang, berwarna putih, tubuhnya lebih besar drpd Himar dan lbh kecil drpd Baghal, kelajuan nya sejauh mata memandang(kelajuan cahaya malahan lbh hebat lagi. rujuk (S.Bukhari/109:Jld 4 dan S.Muslim/76:Jld 1)



Lalu bermulalah pengembaraan yang penuh hikmah tersebut, destinasi ke Masjid Aqsa ditemani Malaikat Jibril a.s di Palestin.

Peristiwa-Peristiwa ketika perjalanan ke Masjidil Aqsa.

Ketika dlm perjalanan, Baginda s.a.w telah dipanggil oleh suara-suara yg cuba mengganggu Baginda s.a.w dari kiri dan kanan. Baginda s.a.w hanya mendiamkan diri dan tidak menolehpun ke kiri dan kanan.

Baginda s.a.w juga diganggu dan bertemu dengan seorang wanita yg memakai perhiasan yg cukup banyak. Namun baginda s.a.w tetap mendiamkan diri.

Setibanya Baginda s.a.w di Masjid Aqsa, bertanyakan tentang suara-suara tadi kepada Malaikat Jibril a.s. Malaikat Jibril a.s menerangkan bahawa panggilan pertama itu ialah panggilan Yahudi. Sekiranya Baginda s.a.w menyahutnya nescaya seluruh umatnya akan mengikut ajaran Yahudi. Manakala panggilan kedua adalah panggilan daripada Nasrani, jika Baginda s.a.w menyahutnya nescaya seluruh umatnya akan mengikut ajaran Nasrani. Manakala wanita penuh dgn perhiasan tadi adalah DUNIA. Sekiranya Baginda s.a.w menoleh tadi nescaya seluruh umatnya akan memilih dunia tanpa mengingati akhirat. Itulah ujian pertama Nabi Muhammad s.a.w.



Sebelum memasuki Masjid al-Aqsa,Baginda s.a.w menambat Buraqnya di tempat lazimnya Nabi-nabi sebelumnya. Nabi s.a.w menunaikan solat sunat 2 rakaat di Masjid aqsa (menjadi imam pada Malaikat dan Nabi-nabi sebelumnya).

Selepas Baginda s.a.w keluar, Baginda s.a.w terasa dahaga (Fathul-Bari/152:Jld 7)
Lalu Malaikat Jibril a.s membawa bekas berisi susu dan arak. Nabi Muhammad s.a.w memilih susu. lantas Jibril a.s memberitahu tuan telah memilih fitrah, sekiranya tuan memilih arak nescaya umat tuan akan sesat. (S.Bukhari/83:Jld 6/104:Jld 7) dan (S.Muslim/76:1 - 181:Jld)

Lalu baginda meneruskan perjalanan nya menuju ke langit pertama, Baginda s.a.w di Mi'rajkan menaiki Buraq ditemani Malaikat Jibril a.s.

oke...pembaca-pembaca yang budiman demikian lah peristiwa Isra' Baginda s.a.w..
untuk episode yang seterusnya ana akan tampilkan apakah itu Mi'raj...apakah peristiwa2 yang berlaku ketika Baginda s.a.w menuju ke langit 1,2,3,4,5,6,7 dan destinasi paling agung ke sidratul muntaha. TO BE CONTINUED.. =) nantikan he2

Menjadi tinggi disisi Dia, menjadi hamba serendah dibumi.
Selimutsura@www.najmeeqamar.blogspot.com
KDK, 45000 Kuala Lumpur.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kongsikan Bersama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...