ilham Ma'mum

Isnin, 30 Januari 2012

Membedah Dimensi Rezeki 1

By : Selimutsura


Assalamualaikum, salam Mahabbah ana ucapkan..pertamanya marilah kita berselawat & menghadiahkan al-Fatihah bersama sambil memejamkan mata, menghayati bait-bait, agar tumbuh mekar dalam batang tubuh kita rasa kerinduan yang amat pada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, serta ahli keluarganya, para sahabat2nya. Persis tubuh-tubuh yang menegakkan kalimatullah. RadhiAllahu anhum..Allah sentiasa meredhai mereka.

Buat antum semua yang ana cintai, ana hadiahkan kalam rindu melalui penulisan-penulisan dakwah di blog ini, ana tak pandai..ada ilmu sikit je =) sebagai buah tangan, ambil dan rasalah ia kalau manis, manis lah kalau masam, masam lah buah tu hihi kerana Allah lebih mengetahui dan mencipta hikmah pada buah ada rasa yang mukhtalifah (pelbagai)

Sebelum itu mari kita renung dan fikirkan, sebagai seorang doktor sudah pasti PAKAR mempunyai ilmu yang luas tentang teknik-teknik pembedahan dan kedoktorannya. Dari segi preparation untuk membedah pesakit dan cara merawat. Tujuan pembedahan dilakukan bagi mencari jawapan punca kematian atau menyelamatkan mangsa bedah, walaupun peluang yang dihadapi tipis. Kerjaya sebagai seorang doktor bukanlah mudah, memerlukan penelitian dan fokus yang mendalam.

Mari kita meletakkan diri kita sebagai doktor tadi (scr spontan). Tapi kali ini kita bukan ditugaskan untuk membedah mayat atau mangsa untuk diselamatkan. Sama-sama kita bedah mangsa kita yang bernama En. Rezeki. Bagi membedah dimensi rezeki kita memerlukan instruments yang hebat tidak lain tidak bukan adalah : 

{ al-Quran, al-Hadith dan rujukan para ulama }

Rezeki, berasal dari kalimah arab razaqa.
Kita gunakan instrument kita yang pertama ok! (^^.)

Jika kita buka, dan melihat di dalam al-Quran terdapat banyak ayat-ayat yang berkaitan dengan rezeki. Jika kita tidak membukanya manakan dapat jumpa En. Rezeki. hihi Sebagai contoh ayat ini :

 وَمَا مِنْ دَابَّةٍ فِي الْأَرْضِ إِلَّا عَلَى اللَّهِ رِزْقُهَا وَيَعْلَمُ مُسْتَقَرَّهَا وَمُسْتَوْدَعَهَا ۚ    كُلٌّ فِي كِتَابٍ مُبِينٍ

[ Dan tidak ada suatu binatang melata pun di bumi melainkan ALLAH lah yang memberi REZEKINYA dan DIA mengetahui tempat tinggalnya dan tempat penyimpanannya.

Menurut tafsiran para ulama, 
Binatang melata di sini dimaksudkan sebagai : makhluk Allah yang bernyawa.

Menurut ahli tafsir,
tempat tinggal yang dimaksudkan dalam gagasan ayat di atas adalah DUNIA manakala tempat penyimpanan tersebut ialah AKHIRAT.

Jelas sekali pembedahan kita pada ayat ini, bahawa rezeki di bawah kekuasaan ALLAH Taala, setiap jiwa yang bernyawa, diberi nafas dan makan, telah ditetapkan kadar rezekinya masing-masing dunia dan akhirat. Sebagai orang yang mempercayai dengan mantop, soal rezeki tidak perlu kita risaukan kerana ketetapan yang telah diperuntukkan merupakan DANA KHAS yang ALLAH peruntukkan mengikut kehendakNYA sesuai dengan keadaan hambaNYA.

Akan tetapi, rezeki tersebut tidak akan mudah diberikan melainkan kita perlu membuat permohonan. Bagaimana? Sedangkan kalau nak memohon pinjaman pun, perlu mengikut pelbagai prosedur apatah lagi DANA KHAS ini dari Penguasa yang Maha Agung. (^^.)v

Kita bedah lagi, untuk mencari En. Rezeki bagi merungkai persoalan di atas. Bagaimana? tetapi ana mahu antum sendiri yang bedah dalam instrument yang tersedia. 

Bedah [Surah|Ayat] ye =)

1. Bila di uji jangan menyalahkan ALLAH Taala, perlu sabar dan nikmati hikmahnya.
[89 | 15-16 ]

2. Yakin & percaya rezeki ALLAH itu luas, rezeki ALLAH ada di mana-mana hatta ulat yang hidup dalam batu. [ 67 | 15 ]

3. Selepas kesempitan, pasti ada keluasan rezeki dengan menginfakkan harta ke jalan ALLAH [ 65|7 ]

4. Bergantung kepada ALLAH, merasai cukup dan syukur dengan pemberiaannya..so says "THANK YOU ALLAH" (^^,) [ 65|3 ] - baca ayat 1000 Dinar

KALAU DUIT KITA 1000 DINAR X RM 800..cekire2 haha

5. ALLAH itu Maha Pemberi Rezeki. [ 51|57-58 ]

Kongsi BEDAH ~ Kisah Nabi Isa Alahissalam ttg mukjizat & Rejeki ALLAH dari langit ^^,)
tapi kena la usaha bedah sendiri di [ al-Maidah|110-114 ] Clue sudah ada cari2 hihi

Mari kita ke instrument seterusnya, daripada hikmah hadith-hadith Nabi Muhammad SAW..sebagai pembedahan sesi kedua kita. Banyak gagasan dari Rasulullah SAW yang berkaitan dengan soal rezeki. Bahkan disempurnakan juga kaedah-kaedah amalan untuk memperoleh rezeki yang halal lagi baik. Sudah pastinya kita mahu yang halal lagi baik tambah berkatnya =) Bersambung~ hihi



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kongsikan Bersama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...