اللهم نوّر قلوبنا بنور هدايتك
كما نورت الأرض بنور شمسك أبدا أبدا
[Ya Allah, Pancarkanlah Cahaya Kepada Hati Kami, Dengan Cahaya Hidayahmu Sebagaimana Engkau Cahayai Bumi Dengan Mataharimu Selamanya,. Selamanya,. Selamanya ]
DI M/S 141
Ingat lagi bila bila abah
bertanya, satu masa dulu..kiranya ana tika darjah 5, 14 tahun yang lalu. Ni bulan puasa ni, hari jadi kan?
Meh abah belikan ayam percik nak tak? Kerut-kerut muka Abah.
Kami ke pasar Keramat, memilih
juadah-juadah yang berkenan untuk dijadikan berbuka nanti. Bisalah hero inilah
yang rajin mengikutnya. Ana senyap je, faham-faham la kalau senyap itu setuju,
Abah kan garang, tak berani nak cakap suka atau tidak.
Tapi hari itu, hari yang gembira
kerana dapat makan ayam percik. Biasanya Abah takkan senang-senang je nak beli.
JIMAT! Jangan nak ngada-ngada. Mak, senyap tapi dalam hati suka gembira.
Usia kecil ana, banyak diluangkan
dengan menangis, kecik-kecik “CIWEK” kata orang Jawa. Asyik nak mengekor Abah
ke mana-mana. Abah nak pi toilet pun nak ikut. Aduhyai! (~~)
UKM & abang2 yang comel
Rakan ASAexplore =) memories remain |
Imbasan yang terlakar dilembah
usiaku kini yang semakin tua, bukan MAHASISWA lagi dah MAHASITUA (<<.) tp
dlm kuliah ana yang antara termuda hihi adik la kiranya pada abang2 dan akak2
belaka. Namun begitu, seronok bila dapat belajar sama-sama dengan mereka ni,
pengalaman luas kan lagi-lagi mereka ini dikalangan guru-guru dan muallim
belaka.
Morocco 2007 =) |
Semalam merupakan kuliah terakhir
bagi Semester 2010/2011 di tahun 3. Sempat, lepak nan iktikaf di surau FST UKM sementara menunggu Zuhur.
Perbincangan rancak antara Mahasitua-Mahasitua, biasala isu-isu panas nan
semasa, 901, PRU, Kerajaan, Pembangkang..rancak-rancak bercerita. Tapi apa yang
manisnya, inilah saat yang manis. Dapat berkumpul, berusrah.
Yang comelnya majority berpingat
PJK “Perut Jauh Ke Depan” haha =)
SMAKLIAN 2004 |
Maggi, hidangan ISTIMEWA dari langit
Ini kenangan yang tak leh ana
lupa, satu masa di asrama penuh. Kami kenduri makan MAGGI, malam-malam biasa la budak2 asrama
lapor..hiihii. Yang kelakarnya kami masak & makan MAGGI banyak-banyak dalam
BALDI, sudunya HANGER yang dipatah-patahkan. Bukan nak tonjolkan apa dalam hal
ini tapi UKHWAH yang terbina masa itu. A very memorable memories haha
HIDUP ITU UJIAN KETAHANAN
Kini, ana meniti usia ke kampus
separuh abad. Orang lain mungkin lebih banyak liku-likunya walaupun liku-liku
yang ditempuhi ini pun banyak. Sebagai, hamba Allah, dan manusia biasa, Dia
lebih mengetahui UKURAN KETAHANAN kita “UJIAN”. Di balasi selesai UJIAN itu
dengan HIBAH (Hadiah istimewa) yang kita tak sangka-sangka.
Ana lemah dan kurang, tetapi
dengan adanya orang-orang disekeliling yang menyayangi, melengkapi KAMPUS ana
yang berwarna-warni.
SMKPT 2000-2002 |
Ada suka, ada sedih
Ada ketawa, ada tangis
Ada bintang, ada bulan
Ada teman, ada sunyi
Ada ramai, ada sendirian
Namun semuanya, terbaik buat ana.
Ana memohon ampun salah silap di masa yang lalu, Kenangan yang mengimbau sejak
di bangku sekolah hingga sekarang, sentiasa segar buat ana. Kerana HIDUP memberi
MAKNA, kerana dengan berkongsi kisah-kisah dulu banyak mengajar diri, moga
manfaat ye!!! ^^,
ALLAH, menganugerahkan kita cerita-cerita yang berbeza, dalam
kampus kita, supaya kampus itu menjadi INDAH walaupun ia sebuah penantian.
Walaupun
PENANTIAN itu satu PENYIKSAAN tapi percayalah sebuah penantian yang disandarkan
kepada REDHANYA takkan sia2 dan kita akan merasai satu ANUGERAH yang tak
terhingga dari sebuah PENANTIAN yang penuh dengan KESABARAN itu..◕‿◕ SABAR itu
INDAH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan