ilham Ma'mum

Ahad, 20 Jun 2010

Musafir di Bumi Tok Guru (1) =)


NajmeeQamar

Salam sahabat2 maaf banyak2 lama sudah ana meninggalkan jejak di blog Selimutsura ini..panorama blog yang makin menghijau setelah tempoh setahun jagung ana mula menulis di laman ini..alhamdulillah moga manfaatnya ada walaupun sekecil manapun...meninggalkan jejak dakwah kerana kita tak tahu mungkin sampai bila kita akan menhirup udara dunia ini kerana yang pasti kita hanya tinggal sementara di bumi ini.

Musafir - Selimutsura di bumi Tok Guru barangkali merupakan kembara yang di rancang oleh Allah Taala untuk ana, ana tidak menyangka doa ana pada rehlah yang lepas untuk melepaskan rindu pada bumi serambi Mekah ini..di bawah lembayung pimpinan Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat. Pengembaraan selama seminggu mengumpulkan 1001 macam kisah yang ana pun tak dapat nak ceritakan semuanya, sebelum ini ana ke sana ke baait sodiqi Akhi Wan Hakimin itupun pada awal tahun 2009 sebelum dia ke Jordon. Sahabat baik ana dunia akhirat amin2..Chaiyok2 Sheikh di sana =)


Musafir ke Kota Bharu @ NewCastle (Madinatul Islam), Kelantan Darul Naim. Perjalanan 500 KM lebih ke sana atas tiket kerja ana ke sana dengan satu misi iaitu memberi kesedaran tentang realiti umat Islam kini kepada saudara-saudara Muslim daripada Cuepacs Nogoei SomBilan..berkenderaikan kuda berenjin, ana dan sahabat2 seramai 7 orang menyiapkan segala kelengkapan untuk dibawa. Jam 11 pagi dari Kuala Lumpur ke Kelantan mengisahkan kepenatan dan keletihan perjalanan itu. Apatah lagi jika zaman Rasulullah SAW dan para sahabat mengenderai unta yang berjalan beribu-ribu kilometer untuk misi menyebarkan Islam. Niat kerja kerana Allah adalah prinsip sebagai badan NGO. Disebabkan pemandu kami ini orang Kelantan, jadi memang pakar dalam selok belok ke sana, jalan-jalan pintas yang jarang digunakan oleh mana-mana kenderaan pacuan 4 roda. Pada detik ini, kami melalui kawasan perkampungan orang asli yang perasan kelibat kami melalui kawasan mereka. Aircond yang tadinya dipasang dimatikan, kami menikmati udara semula jadi yang membuat hati ana tertunduk syukur..merasa kerdil dengan keindahan kebesaran Allah Taala...Subhanallah, kalaulah antum ada bersama huhu hanya Allah yang Tahu (^^,)/ Bersolat Jumaat di Musolla di Lipis menambahkan lagi kedamaian di hati, khutbah bertemakan Islam sebagai Cara Hidup amat bertepatan dengan Rehlah kami ini. Senibina ala-ala kampung..berjemaahkan tidak sampai 100orang agak menakjubkan ana...mungkin inilah harga sebuah pengembaraan.


Ziarah sebelum tiba destinasi sebenar, kami semua singgah di Selinsing, ana tak ingat di daerah mana dalam wilayah Kelantan..singgah sebentar di rumah Akh Bakri untuk menikmati juadah makan malam. Tiba di laman rumahnya penuh dengan binatang-binatang ternak yang bebas ke mana sahaja. Ada biri-biri, ayam kampung, kera, itik2, dan lain-lain hihi lucu jua rasa di hati ini. Juadah ma'kulat malam itu istimewa sekali, pertama kalinya ana menikmati gulai itik serati...rasanya liat2 sikit la nasib baik gigi ana beso boleh la gigit je..hihi alhamdulillah berbeza daging ayam dengan itik...kalau nak tahu try la makan =) bila da sampai di Bumi Tok Guru ni, mula la kecek2 kelate..dulu ana rajin kecek loghat kelate ni dengan sahabat2 dari sana..expecially Hakimin, Rasyidi, Jamhuri, Amiro hihi memang terbelit2 la lidah ni..tapi lama-lama da makan budu selalu mudah la...make budu jadi gini..(^.^)

Alhamdulillah ziarah seterusnya ke destinasi utama, melewati Kota Bharu, Bandaraya Islam pada jam 10 malam melihat suasana kerlipan-kerlipan lampu di sekitar bandaraya...orang ramai berpusu-pusu ke Wakaf Che Yeh, jalan agak sesak menyebabkan perjalanan kami agak terlambat ke destinasi. Namun begitu alhamdulillah inilah kELAntan yang dihebah2 kan oleh pihak kerajaan tidak maju, mundur dan sebagainya hanyalah kata-kata orang yang takutkan dengan bayang-bayang sendiri. Kemajuan seimbang yang Tok Guru ingin tonjolkan menjadi adunan rasa yang baik, mengembalikan keharmonian Islam dalam kehidupan yang tidak menolak kemajuan dan kepesatan ekonomi. Kini Kelantan antara hub contoh bagi makanan halal dan aktiviti ekonomi yang maju...kerana ana melihat lebih 80% penduduknya mempunyai perniagaan sendiri. Malahan berniaga kecil-kecilan juga bertaburan di bahu-bahu jalan...ini merupakan contoh mereka mewarisi sunnah Nabi Muhammad SAW yang berniaga mengikut bapa saudaranya Abu Thalib dan membawa dagangan Saidatina Khodijah ra. Ana jua berniaga kecil-kecilan hingga kini...insyaAllah satu hari nanti ana berniat dan berazam ingin membuka perniagaan sendiri amin...rezeki yang halal lagi baik amat dituntut =)

Akhirnya jam 12 barulah kami tiba di PCB Resort berdekatan Pantai Cahaya Bulan, dahulunya Pantai Cinta Berahi tetapi selepas Tok Guru di bawah PAS nama itu di tukar dengan lebih baik iaitu pantai CAHAYA BULAN hihi simbolik kepada bendera PAS. Alangkah gembiranya ana waktu perjalanan ke sana ana melewati Kg. Banggol, baait akhi Hakimin sahabat ana yang kini berada di Jordon...niat di hati mahu saja ziarah ibu dan ayah nya. Amin...insyaAllah. Malam sudah makin cemburu, keletihan tidak mematahkan kami untuk menemui misi kami yang akan bermula esok hari. Semoga amalan kami hari ini diterima Allah...(^^.)v

Bersambung....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kongsikan Bersama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...