Kunjung ke Blog Saya
Selasa, 22 Jun 2010
Musafir di Bumi Tok Guru (2) =)
NajmeeQamar
Salam wa alhamdulillah, dikesempatan ini ana ingin menyambung pengembaraan ana yang masih tertangguh di blog ini. Bismillah di awal kalam, Selawat dan Salam buat Rasul junjungan Nabi Muhammad SAW dan ahli bait serta para sahabat Baginda. Doa sejahtera buat Para Alim Ulama' yang telah meninggal musafir di bumi Allah ataupun yang masih dalam pelayaran.
Semalam pulang dari kerja, ana melihat Mak berpuasa dalam keadaan sedih, ana renung dari riak wajahnya yang sayu sambil bersandar di dinding dapur menyentuh hati ana. Ana tertanya-tanya kenapa mak sedih hari ni...lalu persoalan itu terjawab bila adik ana memberitahu cincin pemberian Abah pada Mak terjatuh dalam bilik air...Abah dan Mak dah cuba cari tetapi usaha itu tidak berjaya. Sayu dan sendu berbaur suram membuatkan rumah tiada serinya..Mak menangis seorang di bilik mengingatkan cincin istimewa pemberian Abah. Ana cuba memujuk tetapi ana tak menyentuh cincin hilang tersebut kerana nanti Mak lagi sedih...huhu Mak makan pun tak berape nak selera...ana berdoa agar Mak ceria kembali...aminnnn ehm!!!
PCB Kota Bharu, Kelantan :
Selepas musafir di jalan raya yang begitu panjang...di matikan seketika untuk bertemu hari esoknya. Kami bersiap siaga mengemas barang-barang program. Peserta lebih kurang 100 lebih yang terdiri daripada pelbagai badan sektor awam. Majoriti adalah para pendidik dan kakitangan awam. Program ini diisi dengan slot ceramah pertama yang menyentuh tajuk "Realiti Umat Islam di Malaysia". Penceramah begitu bersemangat menanam kekentalan umat Islam supaya sedar akan matlamat sebenar kejadian manusia sebagai Khalifahtullah. Mencari matlamat sebenar kehidupan dan apakah yang dimaksudkan dengan kebahagiaan yang diimpikan? bagaimana memperolehinya? adakah kita sudah memperolehnya? atau kita sudah tersasar dari landasan yang telah ditetapkan syara'. Slot ini menarik kerana diselit lagu-lagu, mukaddimah barnamij di mulai dengan bacaan Asma'ul Husna 99 Nama Allah, ana menyoal diri ana dan antum semua berapa kali dalam sehari kita sebut Asma'ul Husna? Seminggu? Setahun? dah hidup berpuluh2 tahun tapi tak sedar lagi huhu rugi ana rasa..ana sedih dengan diri ana...mudah-mudahan kita sama-sama jadikan ia sebagai amalan pada permulaan nafas dan hembusan bangun daripada tidur...insyaAllah..
Antara klip Video yang menyentuh ana adalah apabila penceramah membuka lagu RINDU-HIJJAZ..dengarkan sahabat2...moga Allah memurnikan hati kita dengan cintaNYA...
Selepas itu, penceramah cuba menyelusuri realiti kehidupan umat Islam di Malaysia yang majoriti berbangsa Melayu yang tersasar jauh daripada matlamat asal dalam kehidupan. Mereka hilang jatidiri, maruah dan tanah pusaka kerana lalai dengan mainan dan tipudaya syaitan dan manusia. Terpengaruh dengan gangsterisme, hidonisme dan westernisme yang melampau. Klip Video Palestin menjadi jawapan kepada segala-galanya...kemusnahan, kebiadapan, kesedihan dan kebenaran...sebenarnya kita diserang oleh musuh daripada segenap sudut...tapi kita tak sedar akan perang saraf ini. Titisan airmata mula mengalir...membasahi wajah-wajah peserta, mudah-mudahan kesedaran ini membangkitkan semangat mereka untuk kembali meniti jambatan hak dan memperoleh jawapan daripada persoalan-persoalan yang timbul.
Lahir jawapan dari hati, "Mardatillah" itulah matlamat dan "Intifadah" itulah perlaksanaannya...
Ana berehat seketika, menikmati sendirian di kerusi kedamaian tepian pantai PCB yang mengibas-ngibaskan udara dari Laut Cina Selatan...menderu laju umpama tentera Salahuddin yang bergerak maju malah lebih laju mengungguli zaman semata-mata mencari Mardatillah...walaupun maut yang datang menderu....
Perkongsian sementara...bersambung (^^,)v wallahua'lam
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Kerugian paling besar ialah sesuatu yang dilakukan tanpa mengetahui tujuannya. Kerugian paling besar yang paling besar ialah hidup yang tidak diketahui tujuannya.. Salam mujahadah.^^
BalasPadam