ilham Ma'mum

Rabu, 2 Jun 2010

Perhimpunan Terbesar buat Palestin & Gaza


NajmeeQamar

Salam sahabat2, wahai jiwa2 yang mencintai Islam, mendakapi Iman, menghidu dan menghembus seruan jihad, marilah kita beramai-ramai berkumpul menyatakan ketidak relaan kita melihat kesengsaraan saudara-saudara kita di Palestin & Gaza. Doa-doa kalian menjadi senjata moden versi Sultan Muhammad al-Fateh yang menghancurkan kubu2 keangkuhan laknatullah Israel Zionis. Tembok-tembok yang kukuh akan kami musnahkan dengan bantuan dariMU Ya Allah Ya Jabbar Ya Kohhar...solidaritiMU dari yang nyata dan yang ghaib akan turun menghempas perasaan takut buat musuh-musuh yang menzalimi kami. Kami percaya bendera Nabi Muhammad SAW akan kembali membawa panji-panji..cahaya Islam.. kami tidak kalah dan tidak akur...bahkan kami gagah menghadapinya... Allahuakbar!!!


1. SOLAT HAJAT PERDANA MENYOKONG KONVOI GAZA

TARIKH : 3 JUN 2010 (KHAMIS)
TEMPAT : STADIUM MELAWATI, SHAH ALAM
MASA : MULAI MAGHRIB
ANJURAN : KERAJAAN NEGERI SELANGOR, MELALUI JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR

SUMBER : SURAT KHABAR SINAR

DISERTAI OLEH PEMIMPIN KERAJAAN NEGERI, NGO, DAN WAKIL PALESTIN.



2. END OF SIEGE

ISMA, Aman Palestin dan PEMBINA akan menganjurkan rapat umum seperti berikut:

Tempat: Di depan Kedutaan Turki

Tarikh: 4hb Jun 2010

Masa: 11 pagi.

Rapat umum ini bertujuan memberi sokongan kepada kerajaan Turki, rakyat dan para syuhada’nya dalam usaha mereka menghentikan kepungan yang dikenakan ke atas Gaza sejak sekian tahun.

SUMBER : PALESTINKINI


Semua dijemput turut serta.


3. JEMPUTAN DEMONSTRASI BESAR-BESARAN SECARA AMAN MENGUTUK SERANGAN REJIM ISRAEL KE ATAS KAPAL BANTUAN KEMANUSIAAN KE GAZA DAN MENERUSKAN DESAKAN TERHADAP KERAJAAN AMERIKA SUPAYA CAMPURTANGAN MENGHENTIKAN KEGANASAN ISRAEL KEPADA WARGA DUNIA.

Merujuk kepada perkara di atas, kami menjemput tuan untuk bersama-sama hadir dalam acara tersebut di atas. Maklumat adalah seperti berikut:

Acara : Demonstrasi Besar-besaran Mengutuk Keganasan Israel dan serahan memorandum

Lokasi: Di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat, Jalan Ampang.

Masa : 2.00 petang (Selepas Sembahyang Jumaat)

Tarikh: 4 Jun, 2010

SUMBER : http://www.lifeline4gaza.org/2010/06/03/jemputan-menyertai-demo-soladirati/

Kongsikan Bersama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...