ilham Ma'mum

Selasa, 1 Jun 2010

"MAVI MARMARA"



NajmeeQamar

Berikut adalah nama-nama rakyat Malaysia yang menyertai Misi Talian Hayat Untuk Gaza (LL4G) yang berada di atas kapal penumpang “Mavi Marmara” milik IHH, Turki ketika diserang oleh komando laut Israel di perairan antarabangsa semalam.

1. Tn Hj Noorazman bin Mohd Samsuddin, HALUANPalestin

2. Dr Mohd Arbai’e bin Syawal, HALUANPalestin

3. Dr Syed Muhammad Haleem bin Syed Hasan al-Haddad, HALUANPalestin

4. Ust Al-Hami Husain bin Suhaimi, HALUANPalestin

5. Mohd Nizam bin Mohd Awang, HALUANPalestin

6. Ust Hasanuddin bin Mohd Yunus, Aqsa Syarif

7. Tn Hj Jamuliddin bin Elias, Yayasan Amal

8. Dr Selamat bin Aliman, Jemaah Islah Malaysia (JIM)

9. Abdul Halim bin Mohd Redzuan, Muslim Care

10. Mustafa bin Mansur, MAPIM

11. Ashwat bin Ismail, Wartawan ASTRO

12. Shamsul Kamal Latif, Juru kamera ASTRO


Mustafa Mansur yang mewakili MAPIM menaiki kapal Mavi Marmara pada 29hb Mei setelah kapal Challenger II yang dinaiki beliau mengalami kerosakan di tengah perjalanan.

sumber : CMT-LL4G



Marilah sahabat2 semua kita doakan moga pejuang2 ini, diberikan Allah taala kekuatan, keazaman dan kesabaran yang tinggi sepanjang menghadapi ujian di Perairan Mediterranian dan penjara Israel...



Kuasa doa antum boleh mengubahnya, bersatulah wahai umat Islam kita memboikot mereka...bila lagi...darah kita mudah sahaja mereka tumpahkan..di mana Pahlawan Gagah Salahuddin Ayyubi? di mana Perancang Perang berkuda Khalid al-Walid? di mana Kapten kapal terulung Cheng Ho, di mana Pemecah Tembok Kekufuran Constantinople Sultan Muhammad al-Fateh...


Wahai pejuang2 MAVI MARMARA ana umpamakan antum adalah "TENTERA AL-FATEH MODEN" Pecahkan tembok keangkuhan mereka, binasalah Kau Zionis Israel...Laknatullahi alaikum daiman...abadan...kau buat aku marah, membela mengibar bendera Iman....huhuhu Allahuakbar!!!

2 ulasan:

  1. Doa kami mengiringi kalian..
    Moga Allah sentiasa bersama konvoi LifeLine4Gaza...
    Takbir Allahu Akbar!!!

    BalasPadam
  2. Ya Allah kirimkan tentera mu,
    dari air, udara dan daratan..
    menghapuskan pihak musuh laknatullah..

    hebat saudara2 yg terpilih berjihad di jalan Allah!

    BalasPadam

Kongsikan Bersama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...