Kunjung ke Blog Saya
Rabu, 30 Jun 2010
Kita lah "DAEI" =)
NajmeeQamar
Assalamualaikum shbt2 semua..kabare? ana alhamdulillah ( w . a . r . a . s ) tetapi kurang rehat sikit seharian agak kepenatan kerana kesibukan di meja dengan kerja-kerja yang semakin menimbun setinggi gunung Kinabalu..dengan staff yang bertukar jabatan dan unit kini ana menanggung tugas yang diberikan..adik2 balik umah je tengok ana agak kusut sikit apatah lagi ana sedang menduduki peperiksaan sepanjang 2 minggu ini..ujian pertengahan pula tidak hadir atas urusan kerja jadi pensyarah pun beri tempoh minggu ini untuk menyelesaikan semuanya "kullu" ...kadang jiwa menangis kerana luahan airmata padaNYA mampu menjadi penawar fuhhhh...realiti dunia pekerjaan ana jam 8 pg mula kerja jam 5.30 ptg baru ana pulang melalui denai-denai yang agak sibuk dan mengkusutkan. Minggu ni pula hujan lebat mencurah2..anugerah Allah semakin rancak ditakdirkan untuk menyuburkan tanah yang tandus, membersihkan bandaraya yang kotor umpama hati yang memerlukan pembersihan, bertambah seri dan menawan apabila siraman taqwa melimpahi jiwa, ana pun turut basah tempias-tempias berteduh hingga magrib menjelma =)
Masjid adalah tempat yg paling2 sesuai untuk menyucikan jiwa, mencari ketenangan dan tangisan. Ana suke round2 cari masjid2 kerana amalan ziarah2 masjid ni mmg best dan merupakan satu sunnah yang digalakkan. Sedang ana asyik mentadabbur dan menghafaz...selepas solat magrib ana terdengar suara anak-anak kecil...ana pun menjenguk sedikit ke luar pintu..terpandang seorang Bapa dan 2 orang anak perempuan lengkap bertelekung. "Bismillahirrahmanirrahim.....alhamdulillahhirabbil alamin...." suara kanak-kanak yang comel berkumandang mengaji di beranda masjid. Kakaknya berbaju ijo dan adiknya berbaju pink..=) Ya Allah bahagianya...seorang bapa mengajar anak2 perempuannya..senyum ana melihat gelagat mereka kerana bapanya terpaksa mengawal celoteh anak2nya yang sekejap berlari-lari...hihi anak soleh solehah aminnn
“Dan orang-orang yang berdoa: “Ya Tuhan kami, anugerahkanlah untuk kami isteri-isteri dan anak keturunan kami yang menjadi penyejuk mata kami, dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertaqwa”.
(Al-Furqan: 75)
Proses menyiapkan assigment Fiqh Sirah dan Bahasa Arab perlu ana cernakan kerana tempoh yang agak singkat, minggu ni pula exam dijalankan. Ya Allah permudahkan urusanku...aminnn Ya Alllah...andai ana lambat hantar ana berserah pada Allah yang mengetahui kesedihan ana dan kegembiraan ana..ana buat yang terbaik, tapi terdetik jua bebanan ini amat memeritkan, kadang mata pun sukar nak dibuka, kadang fikiran pun melayang entah kemana...apa yang ditaip pun ana sendiri tak faham...inilah ujianMU ana redha..kerana ana yakin Allah itu sentiasa memahami hambaNYA..ashkuru Ya Allah...(-.-)
Hai Mujahid Mujahidah kalian semua adalah DAEI walaupun penat sekalipun usaha dakwah perlu diteruskan. walau sakit kalian telan tetapi manis nanti yang kamu akan hasilkan. Di dalam Kitab Fiqh Sirah yang ana perlu ringkaskan memang itulah yang tercatit..tentang penyebaran Rasulullah s.a.w akan dakwah Islamiah. Semenjak dari awal permulaan Islam di perkenalkan oleh Baginda s.a.w kepada penduduk Mekah, penentangan dan penindasan yang dahsyat, mereka dihina diejek disekat dan dipulaukan. Bahkan Rasulullah s.a.w yang kita cintai turut jua menerima bahana tersebut. Sebak terasa bila ana membaca perjalanan sirah ini..kerana Rasulullah s.a.w dan para Sahabat serta Muhajirin begitu terseksa diperlakukan oleh Musyrikin Mekah. Tetapi demi dakwah Islamiah ini tersebar luas dan memenuhi tuntutan syariat yang benar mereka berjaya meredahi lautan dan ombak yang membadai dan menghempas.
Allah SWT mengungkapkan rencana makar mereka (Musyrikin) di dalam ayat Al-Quran:
“ Dan ingatlah ketika orang-orang kafir telah bersepakat untuk melakukan makar kepadamu, untuk menangkap atau membunuhmu atau mengusirmu, mereka berbuat makar dan Allah pun membuat makar untuk mereka dan makar Allah adalah lebih baik dari makar mereka”
(Al-Anfal, 30)
Selepas Badar al-Qubra, Uhud, dan beberapa siri peperangan (Ghazwah yang diketuai Nabi s.a.w sendiri dan Sariyyah yang tidak disertai Baginda s.a.w), dan terbinanya persaudaraan Muhajirin dan Ansar, serta terbina nya kota Islam Madinah, Fathu Makkah akhirnya menjadi pelangkap era dakwah Islamiah yang berjaya...yang telah mereka korbankan dengan nyawa dan darah, harta dan keringat, tangisan dan senyuman..dalam menegakkan sebuah kerajaan Islam..agar bendera Lailahaillallah Muhammadurrasulullah berkibar setinggi-tingginya...Allahuakbar!!! laungan itu sunnah buat semua para Du'at (jama' Daei)menyahut panggilan menegakkan Islam di serata desa, kampung, daerah, negeri dan negara kerana Islam untuk Semua..yang PASti (.^^)/
Airmata mengalir dipipi..biar tersingkap sedih sendiri..abadi dalam cintaMU..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan