ilham Ma'mum

Rabu, 13 Julai 2011

Si Siam dan Si Coklat

By : Selimutsura

Atas meja
Ada komputer, buku dan telefon
Berselerak kertas kerja
Kalkulator pink hijau putih dan ungu (jenama Canon)
Printer sudahpun rosak tak diguna

Bawah meja
Kasut cokelat, selipar hijau
Hujung sana bakul sampah, racun tikus
Wayar-wayar berselirat
(Sekilas pandang)
Meja 10 (Riau~Makan Bakso)
Sudah 3 tahun blog kesayangan ana ini rupanya, kalau jenguk kembali posting-posting yang lalu membuat ana terpanggil semula, untuk memunasabah diri ini, melihat semula rentak penulisan bersesuaian dengan wadah dakwah masakini. Dengan kemunculan Fesbuk, membuatkan ramai penulis & blogger lain terhenti penulisan karya dakwahnya, ini adalah kerana ana merasakan impak Fesbuk yang lebih mudah menyebarkan maklumat secara cepat tanpa mengira sempadan. 

Ana melihat sendiri bagaimana ia terkesan pada diri sendiri, kalau tujuan dan matlamatnya betul , betullah salurannya, ana terpesona dengan penulisan Abu Saif ~ www.saifulislam.com, corak penulisan dan pengubahan idea realiti, masyarakat dan agama terutamanya. Inspiratif yang memuncak dengan pengalaman-pengalamannya mengembara mencari ibrah, mengupas keremajaan dan kedewasaan dirinya sebagai Daei dalam ruangan maya. Ianya memberi kita sebuah erti kehidupan yang pelbagai, dan mengundang diri sendiri untuk lebih berfikiran matang dalam arus masa kini, apatah lagi ia melibatkan agama suci kita Islam.


Kesedaran yang kecil, menjadi besar pada ana..inshaAllah ana akan usahakan untuk umat, produk Islam yang membawa nilai2 inspiratif seperti yang dilakukan oleh Abu Saif, bukan sahaja dalam bentk penulisan blog, tetapi lebih kepada dakwah komersil. memberi nilai pada peri pentingnya perkara-perkara agama dalam kehidupan, Islam bukan hanya pada ibadah sahaja ianya luas seluas, lebih luas daripada lautan dalam. 

Allah menganugerahkan masing-masing dengan keistimewaannya, ana menerima dengan ucapan Subhanallah, ramai sahabat2 yg boleh melakukan sesuatu yg mustahil, tetapi fokusnya adalah untuk umat, kesejahteraan Islam membela kesejahteraan umat. Pentingnya hukum Allah itu adalah wajib tertegak di bumi Allah, nanti tidak mahu kita disoal di akhirat. Sebagai orang Islam, kita seharusnya menyatakan hasrat ini kerana segalanya telah termaktub dalam Kitabullah.

InshaAllah, ana akan memulakan langkah, melalui cetakan badge, baju, design dan penanda buku. Menjenamakan produk islami ke arah mencintai apa-apa yang dibawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW, menonjolkan keindahan Islam itu sendiri, begitu tersentuh apabila mengimbas sirah, Rasulullah SAW berniaga sewaktu awal remaja dan dewasanya, ini merupakan satu sunnah yang perlu diikuti. 

Donut ape ni? Kura2 hihi


Dulu, mak menjual donut, pau dan karipap. Kesian tengok mak bangun pagi awal2 menguli tepung, terpesona melihat kegigihannya, zaman sekolah selalu bawa bekal donut, ingat lagi ku ketika sekolah, jimat duit belanja, waktu itu kalau nak beli jajan ke, mainan ke, beli sendiri..berpuasa jadi temannya. Alhamdulillah kat sekolah dapat bantuan makanan juga, kami akan beratur panjang, mangkuk merah dan air teh. (~~.)  Tapi kami sume dah biasa menempuh susah, dan takkan mengalah menghadapi susah krn kami hepy. Allahuakbar!

Rangup cicah kuah kacang..(^^.)
Gigih juga ana melihat seorang makcik, ana membiasakan diri memanggilnya mama, menjual goreng-gorengan di simpang jalan, (ada pisang goreng, tahu sumbat, keledek goreng, cucur udg..yg best nya kuah kacang ngan kuah sambal kicap mmg feveret) ada sebatang pokok kelapa berdekatan. Panas hujan berniaga, mencari rezeki yang halal yg baik untuk anak-anak kesayangannya. Ujian kepayahan ini, datang dari Allah ianya adalah maghfirah dan rahmah. Dikatakan semua anaknya menjadi insan yang berjaya alhamdulillah.(^^.)

Oh tentang Si Siam dan Si Cokelat, sebenarnya 2 ekor kucing ni membuat ana tersenyum pagi tadi, umur tak sampai setahun lagi, biasa la berkejar-kejaran bermain di laman rumah. Seekor jantan & betina..rajin dtg umah kami sebab kami bagi makan, manja2, yang best nya suka tengok Si Siam & Si Coklat bermain. Dalam perjalanan Sahabat Nabi SAW pun ada kisah sahabat yang sgt mengasihi kucing iaitu Abu Hurairah r.a.

wallahua'lam minni Selimutsura =)


Menjadi tinggi disisi Dia, menjadi hamba serendahnya dibumi.
Selimutsura@www.najmeeqamar.blogspot.com
KDK, 45000 Kuala Lumpur.

6 ulasan:

  1. salam...
    maaf, takde niat utk berbalah atau berbantah...
    setakat terkesan dengan gambar muslimah yg tertulis "sukarnya mencari muslimah sejati di akhir zaman"
    entahlah, sy terkesan...kalau semua lelaki yg baik agamanya hanya mahukan wanita yg sudah hampir sempurna solehahnya, apa jd dgn wanita yg masih terkapai2..tak mahukah golongan dakwah spt saudara menghidupkan dakwah di dlm rmh tangga? dgn zaujah sbgai mad'u pertama...
    maaf kalau terguris, sy langsung tak berniat..cuma mahu dengar juga pendapat tentang ini

    BalasPadam
  2. Selimutsura...
    assalam, terima kasih ats kesedaran dan sudi memberi teguran, gambar ini ana ambil dari salah sebuah blog shbt, ana bubuh gambar ini di blog bukan untuk membezakan yg solehah dan kurang solehah, semua yg beramal soleh dan berbuat baik adalah solehah walau sekecil zarah adalah pahala, gambar ini juga terkesan juga pd ana krn ayat itu "sukarnya???". pada apa yg terkesan pada ana ialah, ayat tersebut memberi inspirasi pada diri ana, nk jdi yg soleh "sukarnya mencari muslim soleh di akhir zmn" ayat ini bukan dituju utk seseorg laki pada perempuan, tetapi ana anggap ianya ungkapan org yg ingin dirinya menjadi org yg soleh, untuk diri sendiri, ana tahu diri ini byk kekurangan, tetapi kita mengharapkan diri ini menjadi soleh..ana lemparkan mesej ini buat diri juga (sudah soleh kah aku????) sbg muhasabah diri utk di kongsi...wallahua'lam, ana terbuka silakan teguran2..mg ada ibrah yg Allah hikmahkan..

    BalasPadam
  3. Salam

    re-Tanpa Nama Berkata

    InsyaAllah, ada lelaki baik untuk "wanita yg masih terkapai2". wanita yg baik itu kan untuk lelaki yg baik. mgkin baiknya apabila bertemu dengan lelaki baik tersebut, manusia itu berubah kalau kerana Alllah, akan baik la dia. ukhti jgn risau, ada yg mahukan. begitu juga lelaki. Kerana naluri manusia itukan mahu yg baik. sy byk jjugak terima komen seperti ini, dn sy optimis bahawa ada la. yg penting mahu berubah dan bersedia untuk berubah. cintakan, mahukan kebaikan itukan dah menunjukkan tanda keimanan seseorang itu.

    BalasPadam
  4. Syukran akhi Ibn Bakr, dan maaf buat Tanpa Nama ttg gambar itu, alhamdulillah mg perbincangan ini memberi kita sedikit panduan dan ilmu, insyaAllah..walau siapapun kita samada muslimin atau muslimat carilah jodoh itu krn agamanya, lestarilah hidup ini, kalau rumah kecil pun sempit pasti rasa bahagia jika memilih pasangan hidup yang baik, tak kisah lah kalau diri ini dahulunya tidak baik,tetapi ingin berubah menjadi yg baik, namun masih kekurangan, itu tandanya Allah menyayangi diri kita, dan tanggungjawab kita pula untuk mencari pasangan yang baik utk peroleh keluarga yang mawaddah sakinah wa rahmah..inshaAllah. Ana pun byk kelemahannya, tetapi itulah fitrah manusia yg perlu berusaha menjadi diri yang terbaik demi agama tercinta..amin

    BalasPadam
  5. buat akh selimutsura..tiada salahnye dgn gambar tu..sy cuma mahu dengar pendapat sje..mungkin kalau ada org lain bertanya lepas ni, respon dari saudara berdua boleh membantu..
    jazakumullahu khairan..
    terima kasih bnyk2 juga buat Ibn Bakr
    semoga Allah rahmati kalian berdua..teruskan menulis untuk berkongsi kebaikan dgn semua =)

    BalasPadam
  6. alhamdulillah, semoga perbincangan ini memberi kebaikan pada semua, syukran ala kulli hal buat 2 sahabat ana yg sudi berkongsi ilmu dan idea, semoga dgn perbincangan ini membuka pintu ukhwah yang kuat antara muslim dengan muslim yg lain inshaAllah =) syukran buat akh Ibn Bakar n Tanpa Nama~ Siiru ala barakatillah

    BalasPadam

Kongsikan Bersama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...