Memori Semalam | 3 Jun | 9.00 Mlm
Malam semalam, bila ku melihat
sahabatku selamat di ijab kabulkan ada sesuatu yang memanjang dalam hatiku.
Cukup rasa terkesan, mahu saja mengalirkan airmata. Ku peluk erat tanda gembira
dan syukur, kini dia sudah bergelar suami. Mematri janji dan tanggungjawab yang
tinggi. Tahniah Amir Imran bin Samaon dan Nurain bt Jainal..!
Bersama-sama teman yang sudah
lama meninggalkan zaman persekolahan, membayangkan zaman remaja yang sudah
pergi meninggalkan, cukup menyentuh qalbu. Masing-masing semakin dewasa
mengejar cita-cita, mahu berkeluarga, menggapai dunia yang berbeza. Tetapi
mereka masih temanku yang lama, sifat yang sama, hati yang sama.
Redupnya malam semalam, ku seakan
berada dalam tangisan antara kesedihan dan kegembiraan. Tak mampu mengucap
kata-kata, seadanya terbalas dilubuk hati, gembira dapat bersua melihat
wajah-wajah kalian, ku mencintai kalian kerana Allah..semoga cinta ini juga
memanjang dalam hati kalian. =)
Gemas, kerana ukhwah | 2 Jun
Pemusafiran ku, kimi dan syahmi
ke Gemas bukanlah dirancang. Saat-saat akhir membuat keputusan untuk ke Felda
Sg. Kelamah tidak semudah yang disangka. Alhamdulillah, Syahmi dahulunya pernah
belajar di ITQAN, Gemencheh memberi panduan GPS yang mudah untuk ke sana.
Sangkaan Kimi, jarak Gemas itu umpama Kuala Lumpur dan Nilai. Akhirnya dia
tersandar seketika. Jam 12 masih di Nilai.
Perjalanan yang jauh, pemandangan
yang luas. Memang macam best bunyinya, tapi bila terperangkap dalam jem dari
Nilai ke Seremban sangat-sangat sesak juga dihati. Rancanglah perjalanan anda!
2 jam perjalanan kami tiba juga di persimpangan Simpang Ampat, mengambil laluan
ke Tampin.
Rehat & Rawat di Masjid
Tampin, betul sebelah simpang. Selesai solat Jamak dan Qasar, kami meneruskan
mencari Felda Sg. Kelamah. Akhirnya kami tersesat jalan, dan terlajak. Di lubuk
hati, rasa ragu-ragu dengan laluan yang diambil. Seakan dari Bandar yang
membangun menuju hutan yang suram. Kami mengambil keputusan untuk berpatah
balik.
Tanpa petunjuk arah, tempat
majlis walimah. Kami meneruskan pencarian hinggalah menjumpai satu simpang ke Tugu
Sg. Kelamah. Betul ke? Kimi mulai bimbang..dan Alhamdulillah selamat tiba juga
kami di walimah Bro. Sham dan pasangannya Wahidah. Bertema biru laut. Kami tiba
di Felda tersebut jam 3.15 minit petang. Seakan sedang berkemas-kemas.
Kami mengisi minyak perut
sepenuhnya, bagi meneruskan perjalanan pulang yang jauh.
Barakallahulakuma =)
Ke Kampung seketika | 3Jun
Nenek belah abah semakin uzur.
Teman-teman seusianya ramai yang sudah dijemput pulang. Nenek adalah yang
bongsu. Nenek sihat, tetapi uzur dari segi fizikal. Dalam fikirannya, hanya
yang diingat surah al-Fatihah, al-Ikhlas, dan ada beberapa ayat-ayat Quran.
Terutama tentang kiamat, kekuasaan Allah Taala itupun ingat-ingat lupa.
Nenek
tidak mampu lagi solat. Memorinya luput sedikit demi sedikit. Tetapi aku kagum
dengan nenek. Usia uzur itu, amalnya istiqamah dalam mentadabbur al-Quran masa
sihatnya menjadi sebab dia masih ingat beberapa dari kalimat-kalimat agung
tersebut.
Bila nenek membaca satu potong
ayat quran, Tulijul laila finnahari, wa
tulijunnahara fil laili,...wa tuhrijul mayyita minal hayyi...membuatkan aku
sebak. Sambil ku pegang jemarinya, tidak berisi. Ya Allah..betapa hiba, betapa
sedihnya aku. Nenek, meninggalkan memori yang kuat, memori yang menjadi bekal.
Terbiasa bukan saja basah dibibir tetapi dihati.huhu semoga sihat nenek..
salam..nak buat partition tu just pg kat design pastu klik pages..create pages..semoga membantu
BalasPadam