Aku semut, dia gergasi.
Semut itu berlari-lari cemas menuju ke satu kawasan yang lebih
selamat. Wajahnya pucat lesi, bila disergah beberapa ekor lebah yang cuba
merampas makanan mereka. Saat bertempiaran semua menyelamatkan diri, dia tidak
sedar sejauhmana lariannya asal selamat. Terkejut, tika melihat dihadapan dia
sampai di satu tempat, sangat luas, sejuk pula tu. Semut menginjak-injak
kakinya. “ini bukan tanah, atau rumput..tempat apa ini? Semut menggosokkan
matanya, bagai tidak percaya.
Aku memerhatikan semut itu, keseorangan sendiri. Bagai hilang arah dan
tuju, ku menjemputnya dengan persoalan di dalam hati. Tanyaku :
“Apa yang kau buat kat sini?”
“Seorang sendiri tanpa semut yang lain, kau sesat ke?”
“Bagaimana Allah menetapkan engkau untuk ke sini?
Tempat ni tiada gula-gula, mahupun makanan. Bagaimana nak hidup kat
kawasan yang luas macam ni?” Aku tersengih.
Perhatiannya memandang ke arah aku. Kelip-kelip matanya, muncung tak
sudah sambil pipi ditongkat dua belah tangan.
“Aku tahu la aku kecik, kau tu besar..kan Allah dah bagitau kita hidup
ada tujuan. Membuat persembahan buat Tuan bumi ini, sujud dan taat.”
“Sesat jalan tidak mengapa boleh cari, tapi jangan sesat mencari
cahaya, paling takut kalau cahaya itu tak ada.”
“Itu sudah Allah tuliskan, rezekimu, jodohmu, ajalmu..yang perlu kau
buat usahalah!”
“Aku bergantung kepada Allah, bukan pada kau..aku percaya denga kuat.”
Aku membalas senyuman itu.
Bisik hati,
“Hmm..hebatnya, kau semut melangkah beribu-ribu batu untuk ke masjid.
Tapi aku susah. Walaupun masjid beberapa langkah saja, liat sungguh macam ada
pengikat yang kuat. Aku mesti macam kau! Aku mesti rajin!InshaAllah.” Sambil berdiri
menggenggam tangan erat dan menunaikan solat zuhur yang belum ditunai kerana ralit
dengan aksi seekor semut.
Kata hati,
“Apa yang dia merepek ni, mungkin tarian. Takpun persembahan kepada
Tuan bumi juga seperti kami. Kejap tunduk, berdiri dan duduk. Haaaa..aku dah tahu,
kau dengan cara kau, aku dengan cara pujian aku. MemujiNya dengan cara
masing-masing. Kerana kita adalah hamba, aku kecik kau besar tapi cantiknya
kita bila berTAQWA.” Aku pulang dengan
sedikit ilmu, untuk cerita pada koloniku. Bye-bye.. Salamualaikum!
Pesanku, lihatlah alam disekelilingmu..
kerana kau akan dapat belajar dari mereka..
mereka juga guru-guru yang sedang mengajar kamu..
mencari cahaya..menuju cinta yang agung..
Aku fahami kepercayaan itu walaupun ia mustahil dan tidak logik, kerana
aku perlu menilai bukan dengan logik akal tetapi dengan iman. Allah Taala telah
memberi jawapan : {Surah Jin | 16} yang bermaksud :
“Jika mereka itu tetap berada di atas jalan
Allah, pasti Allah akan memberikan kepada mereka itu rezeki dan kekayaan yang
melimpah ruah.”
Rezeki yang aku maksudkan adalah..nikmat iman, petunjuk.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan