ilham Ma'mum

Selasa, 2 Ogos 2011

Aku Terima Nikahnya ^^.)

By : Selimutsura
~Aku Terima Nikahnya~


“Aku Terima Nikahnya”, adaptasi daripada pembacaan melalui penulisan buku terkenal Ustaz Hasrizal membuahkan fikiran dalam minda, sejak bulan lepas buku ini tidak lekang dari dakapan diri, mutiara pengalaman dan ilmu yang member makna “ERTI HIDUP PADA MEMBERI”.

Dengan lafaz :
“Aku terima nikahnya Ramadhan as-Syarif al-Mubarak dengan mas kahwinnya Ikhlas, Sabar dan Keimanan tunai” Sahhh!!!

Dengan termeterai lafaz ini terpatrilah diriku dengan kekasih hati Ramadhan, untuk menikmati kelazatan ibadah menuju rahmat, maghfirah dan mohon dijauhi azab api neraka inshaAllah.

Lafaz kalimah ini, tersedar dalam fikiran ana,trademark yg membuat ana teruja untuk menghadirkan diri melamar Ramadhan, lalu ana menyebar luaskan kepada sahabat2 terdekat di FB dan blog semoga antum juga merasai kenikmatan apabila mengikat janji untuk menunaikan ibadah sepanjang bulan Ramadhan ini, yang sunat terasa wajib dilakukan apatah lagi yang wajib menjadi keutamaan.

~Malam Pertama~

Tidak sabar bila terpaksa menanti, pengisytiharan melalui televisyen tetapi firasat diri ini kuat menyatakan esok pastinya puasa, dengan rasa gembira. 1 Ramadhan bersamaan 1 Ogos, bersoraklah buat yang menanti-nanti kehadirannya. Namun ada yang masih tidak mahu, atau sengaja tidak menjemput kehadirannya, “betul ke esok, selasa kot..........”. “Alaaaaaaaaaa..esok pose ke..”.

Malam yg pertama menggamit senyuman, mengundang kegembiraan, hati pun turut tertawa kesyukuran, masjid Khalid Al-Walid dahulunya kecil, bersejadah hijau, memandu ketenangan sejak ana singgah ibadah tatkala hari dan waktu, tapi kini ia hanya kenangan ana, sudah pun tersergam indah bagai istana, yang ana paling suka adalah menara azannya seolah-olah berada di Masjid An-Nabawi. Bila malam lampu memancar menambah perasaan mengangungkan kebesaranNya.

Tertunainya persembah untuk bersolat tarawikh, disitu hanya 8 rakaat ditunaikan solatnya, dan 3 rakaat witir. Seusai lapan rakaat terasa tidak cukup persembah ku ini pada malam pertama pada kekasih, bagi ku malam pertama adalah malam bersama pengantinku Ramadhan. Istimewa nya malam itu, hati ku redup merimbun “Ya Allah, jangan luputkan hati ini dari merinduiMu, aku kesali atas mihrab cintaMu akan dosa-dosaku yang menggunung, aku ini hanyalah hamba, ampuni dosaku, kedua ibu bapaku, sahabat2ku, dan seluruhnya umat Islam..lengkap rakaatnya bercamtum witir, pulang dengan azam Ramadhan.inshaAllah~

~Hari ini~

Tak sabar menunggu siaran paling feveret di bulan mulia ni, iaitu JEJAK RASUL 17, saban tahun Jejak Rasul menghidangkan makanan minda yang hebat, pengembaraan inilah yang membakar semangat ana untuk menjadikan pengembaraan sebagai hobi. Kerana banyaknya ibrah ilahiah dan manusiawi. Letih benar hari ini, mengangkut 200 buah buku tebal, disusun dalam kotak untuk penghantaran ke sebuah syarikat buku, biasalah bekerja di Kedai Buku memang ini kerjanya. Maaflah kerana itu kelewatan ana untuk mengupdate blog ini. Bulan puasa ini betul-betul menguji cuaca panas dan kering, meletihkan. 

Selesai bertugas di Taman pelangi, ke Damansara untuk menghantar stok perniagaan sendiri, untung rugi biasalah, namun Alhamdulillah rezeki Allah ada di mana-mana. 

Hati ana sebak, bila kata-kata salah seorang Ketua dealer menyatakan sesuatu yang mengguris perasaan,
“Hai..hari tu amik satu kotak, hari ini bawa dua kotak balik pulak, tak habis la tu”: dengan wajah yang betul-betul menyindir didepan staf nya. 

Ana malu, “sekotak barang ni separuh habis, yang sekotak ni bukan barang tu ni kurma, sedekah kat sume eh staf2 lain...ok jumpa lagi.” apabila hati terasa menangis pulang sendirian. Ana kuatkan diri, biasalah orang tak menghargai apa yang kita lakukan, namun ana bukan mahu pujian mahupun ganjaran. Sambil airmata, kereta ku pandu perlahan, memujuk hati supaya bersabar, bulan puasa ini banyak ujian, hanya Allah peneman diwaktu ini. 

“Hargailah semua disekeliling kita, kalau org tak sudi, balasi juga dengan kebaikan kita, nantikan tahu hati yang terbuka”.

~Kembali~

Pulang ke rumah dengan wajah senyuman, agar berbuka bukan dengan kesedihan, tetapi kegembiraan kerana hadith Nabi ada menyebut 3 perkara yang menggembirakan umatnya salah satunya ialah ketika berbuka puasa. Terima Kasih Ya Allah, ku benamkan hati dengan titipan tasbih, maafkan aku atas kesilapanku. Allahumma Barikliy fi Ramadhan~

Selamat Berbuka Puasa =)


Menjadi tinggi disisi Dia, menjadi hamba serendahnya dibumi.
Selimutsura@www.najmeeqamar.blogspot.com
KDK, 45000 Kuala Lumpur.

4 ulasan:

  1. sedihnya saya masih terasa sedikit hambar...insyaAllah akan cuba juga bercinta dengan Ramadhan..
    salam Ramadhan Kareem..moga beroleh keberkatan dariNya..moga berjaya menempuh bulan ini dengan kemenangan

    BalasPadam
  2. Salam wbt wahai anak muda. Aku ini penulis blog dari Jakarta. Namaku Wak Daud. Sudah lama aku membaca tulisanmu ini tapi baru sekarang aku tonjolkan diri mahu bertanya. Kamu ini siapa sebenarnya ya?? Aku kepingin kok mahu tahu kamu siapa. Tulisanmu membuatkan aku pikir kamu ini soleh orang nya. Boleh kah aku tahu dimana caranya aku mahu menghubungi mu? Sebenarnya aku ada niat besar sama kamu. Aku ada seorang anak gadis yg masih belum menikah. Aku pikir orang Malaysia ini bagus2 kok orang nya. Jadi aku mahu tanya sama kamu. Kamu sudah ada calonkah belum untuk aku lamar bagi pihak anak aku. Aku mohon ampun kok sama kamu kerna mungkin ini terlalu mengejut tapi aku pikir wajarlah anak aku yg solehah bertemu sama kamu dgn yg soleh. Aku mohon ya sama kamu utk beri jawapan segera mungkin dan beritahu dimana caranya utk aku menghubungimu dan mungkin aku boleh kok dtg ke Malaysia.

    BalasPadam
  3. Assalam..salam perkenalan dan ukhwah islamiah, ana org biasa saja, maaf jawapan ana, dan masih ramai yg soleh ya Wak, moga pertemuan pembacaan ini mengukuhkan lagi ikatan persaudaraan islam inshaAllah, jazakallahu khaira jaza'

    BalasPadam
  4. Salam, minta keizinan untuk copy gambar 1st tu yer? thanks.

    BalasPadam

Kongsikan Bersama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...