Assalamualaikum, lama juga ana tidak mengupdate blog ini, alhamdulillah kali ini berkesempatan juga untuk menulis sedikit nukilan sebagai satu koleksi siri mengimarahkan bulan Ramadhan yang kini sudah pun berada di satu destinasi yang terakhir. Separuh masa kedua yang menanti keputusan bukan menang atau kalah, tetapi siapa tewas atau siapa juara. Sang juara yang memperoleh "Piala Terbaik Dunia Akhirat" (Piala Taqwa).
Daripada Abi Hurairah R.A katanya : Rasulullah S.A.W telah bersabda :
"Allah 'Azza Wa Jalla telah berfirman : "Setiap amal anak Adam adalah untuknya kecuali puasa; puasa itu adalah untukKu dan Aku yang akan membalasnya (memberi pahala)" (Hadis riwayat Muslim).
misi seterusnya adalah memburu "LailatulQadar" sebaik-baik malam malah lebih baik dari 1000 bulan, hebatnya malam lailatulqadar ini, berteduh di penghulu segala bulan iaitu Syahru Ramadhan, Nabi Muhammad SAW begitu mengiktiraf kedatangan 10malam yang terakhir hinggakan disebut dalam hadith oleh Saidatina Aisyah R.a.
Aisyah meriwayatkan bahawa Nabi SAW tidak sentiasa melakukan ibadat pada 10 yang terakhir Ramadan dengan cara yang tidak pernah dilakukan pada waktu selainnya.
(Riwayat Muslim)
Aisyah r.a. bertanya kepada Rasulullah, katanya, "Ya Rasulullah s.a.w. andainya aku mendapati malam al-Qadar, | |
apakah doa yang patut aku bacakan? Rasulullah s.a.w. berdoa dengan doa: |
Allah Taala merahsiakan kepada kita bilakah malam tersebut, para salafussoleh dan ulama' banyak memberi pandangan berdasarkan dalil-dalil hadith & pengalaman peribadi mereka. Persoalan nya bilakah Lailatuqadar berlaku? pada pandangan ana, petanda-petanda berlakunya Lailatulqadar itu biar kita serah kepada Allah Taala, Dia lebih mengetahui dengan apa yang tersirat. Keyakinan sebagai hamba Allah yang mengharapkan keampunan dan maghfirah, menjadikan malam-malam 10 terakhir Ramadhan sebagai medan (Battlefield) terakhir untuk memperoleh kemenangan yang sejati sebagai Pejuang Taqwa.
Sekiranya kita berjumpa dengan LailatulQadar, alangkah indahnya kita ketahuinya sendiri, menikmati apa yang orang lain tidak perolehi, biarlah kita tak tahu tanda-tandanya, ini akan membuatkan kita lebih bersemangat, lebih tawadduk, lebih kusyuk untuk memperoleh Piala Taqwa di Malam Al-Qadr, inshaAllah..seumpama kita mendapat kereta baru berjenama hebat (sbg contoh mudah). Hebatkan!!!
Ustaz Hasrizal Abdul Jamil, penulis buku terkenal "Aku Terima Nikahnya"
dalam slot ceramahnya sabtu lepas, menyatakan bahawa nafsu terhadap yang halal lebih bahaya, yang haram sudah pasti bagi kita yang berpuasa meninggalkannya, tetapi yang halal ini rupanya lebih bahaya bagi sesetengah pihak, Ustaz Hasrizal menyimpulkan ia dalam satu contoh yang ana olah sedikit kuihnya :
Situasi seseorang yang pergi ke Bazaar Ramadhan, dalam listing juadah pada hari itu berbuka dengan 4 jenis makanan (Popia basah, puteri mandi, kuih seri muka, murtabak), tiba-tiba selesai membeli, kaki kiri sudah masuk ke kereta ternampak kuih Seri Gandus (dalam fikiran "~sudah 20 tahun tak makan kuih ni, aduh..teringin sangat, kalau tak dapat ni menyesal tak sudah"). Jawapan samada ya atau tidak, penentu kepada kejayaan anda, untuk beli atau tidak. Bajet terlebih perut pun terlebih nanti ^^.)
Shopping Mall
Ana duduk sementara menunggu adik-adik membeli barang-barang mereka, baju-baju raya..betul2 tepi eskulator. Terlihat seorang ayah, ibu dan anak lelakinya menuruni menggunakan eskulator. Anaknya terjatuh, si ibu dengan beg shopping penuh di tangan menyambut dan mengangkat anak lelakinya, terdengarlah tangisan yang kuat, bibir anak lelaki itu luka, si ayah buat tak tahu, hanya melihat anak lelakinya dan si ibu memujuk, muka nya seolah tiada perasaan kasihan, bila semua orang ramai tengok, si ayah malu lalu membuat seperti tiada kaitan dengan memegang handset konon-konon. Aduh, mengapalah si ayah berbuat begitu~aku sedih melihatnya, kasihan pada si ibu dan anak lelakinya.
Contohilah akhlak Nabi Muhammad SAW, mencintai anak-anak kecil, walaupun bukan anak kandungnya.
Bersama Ustaz Hasrizal (Saifulislam.com) di majlis berbuka puasa anjuran Ana Edar Sdn Bhd, semoga Allah melimpahkan keredhaanNya terhadap perjuangan kalian, mempertingkatkan ekonomi umat Islam, kerana mencari yang halal dan baik adalah kewajipan kita sebagai muslim. Sokonglah apa-apa yang memberi faedah untuk umat Islam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan