By : Selimutsura
Budak Mungil
Amsyar membulatkan mata, celik awal pagi memerhatikan dunia barunya. Dia melihat Ibu, nenek, atuk, paman-paman dan bibik-bibik. Ada yang siap untuk ke sekolah, tempat kerja dan solat subuh. Itu yang membuatkan kami sekeluarga geram dibuatnya, lirikan mata dan pipinya yang mungil.
Lalu saya dekat. Saya pun mencebikkan mulut, memuncung..aaacak! Gigi paman cantikkan amcha..hehe "Uiiiiih..uuuuu..ahhh!" Izz Amsyar membuat bising dan badan dilenggok-lenggok macam berjogging. Saya pun menyanyikan untuknya.
Aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidurmu
Aku ingin menjadi sesuatu yang mungkin bisa kau rindu
-Opick-Dealova-
..Amsyar..diam sekejap..mulutnya sambil-sambil senyum seluas mungkin.
"Uiiiiii weeei ahhh.." Begitulah meriahnya. Pagi-pagi nenek akan dukung Amsyar menghirup udara pagi, mudah-mudahan Para Malaikat yang berkunjung mendoakan kebaikan kami. Amin.
Saya selalu sebut..Allah..Lailahaillallah..disisi Amsyar. Senyum dan senyum yang dibalas.
"Tata..Amsyar."
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Terima Kasih Ya Allah
Mencari dan memperoleh sebahagian rezeki yang diberikan oleh Allah kadang-kadang mengundang tangisan pada saya, kerana Allah Taala sentiasa menebarkan kasih-sayangNya walau kita ini lupa dan buat dosa.
Saya sedang belajar menjadi setia disisiNya, dengan harapan menjadi terbaik dikalangan yang terbaik. Cop! Para solehin, para ulama, para sahabat Nabi S.a.w. Mungkin?
Setidak-tidaknya, mengenali erti keikhlasan yang tinggi untuk menjadi hamba Allah. Berapa banyak kebajikan, berapa kali-pun amal kita, berapa khusyuk-pun solat..Allah memandang insan beriman yang benar-benar ikhlas pada satu tahap yang lain.
Ikhlas.Ikhlas.Ikhlas
"Bukan mudah Ya Allah." Jawapan saya..."dan saya takut, saya tidak terpilih untuk bertemu MU Rabbul Alamin dalam keadaan baik. Saya malu melihat diri yang terlalu kurang menghargai."
Alhamdulillah. Semua disekeliling..saya sayang kalian. Bibir saya tidak jemu untuk bercerita apa yang saya rasa. Sekiranya kata-kata ini mengundang dosa jauhilah, sekiranya ianya membuat anda dekat pada Allah..mudah-mudahan amin. ;)
Terima Kasih Ya Allah, Subhanakallah wa bihamdik (T.T)
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Aidil Adha..memupuk ketenangan
Kehidupan. Nikmat Hari Raya Qurban. Hari Kemenangan.
Penghayatan erti pengorbanan yang menuntut keimanan dan keikhlasan yang berprestasi tinggi. Sepertimana Nabiyullah Ibrahim abul anbiya' Alaihissalam dan Nabiyullah Ismail ahsanul abna' Alaihissalam lalui. Literasi agung termaktub dalam surah As-Saffat ayat 102-109.
Wujud beberapa ibrah pengajaran.
-Taat suruhan Allah Taala di mana jua anda berada. Jangan malu untuk menunjukkan yang anda berbangga sebagai muslim. Islam sentiasa mendahului kebaikan, menyertai setiap ruang kehidupan. Menariknya dalam perkara kecil, bab Thaharah pun ada kaifiyat (Tatacara) lengkap. Solat di lapangan tidak menjadi masalah, itu juga dakwah!
-Korban masakini. Saya bekerja, anda pun juga. Sibuk dengan urusan duniawi. Oh..anda silap, urusan dunia kami untuk akhirat kami. Betul! Bagaimana? Niat-lah untuk akhiratmu.
"Ya Allah, moga makanan yang ku makan ini mudahkan ku beribadat kepadaMU."
"Ya Allah, moga apa yang ku sampaikan, bermanfaat untuk akhiratku."
Orang jual cendol. "Ya Allah, berkat rezeki cendol ini ku mahu infaq-kan sedikit untuk anak yatim, jika Engkau redha, akulah yang beruntung di akhirat."
-Orang mampu membantu yang tidak mampu. Semangat bantu-membantu dalam kebaikan sangat dituntut. Apatah lagi, Nabi Ismail menyetujui cadangan Nabi ibrahim untuk disembelih, tanpa apa-apa bantahan. Lalu Allah ganti semangat kerjasama dan keikhlasan mereka dengan kibas yang bagus. Ibadah qurban, kebiasaan Muslimin akan melapah daging manakala muslimah memasak. Hasilnya indah sekali. Daging qorban, seterusnya akan diagih-agih kepada masyarakat yang perlu seperti fakir miskin, anak yatim, muslimin seluruhnya.
Dapat merasai SUP TULANG yang sama. ;) hehe
-Kasih Sayang. Inilah nilai yang bersemi antara Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Allah menambah erat hubungan antara mereka dengan didikanNYA. Bagaimana seorang ayah yang begitu kasihkan anaknya diperintahkan untuk disembelih. Tergamakkah kita jika ia terjadi pada keluarga kita. Wallahua'lam mustahil barangkali. Tetapi hikmah Allah Taala, menandingi kasih sayang manusia.
Kasih Sayang Allah tidak terperi.
-Rasulullah S.a.w, Pengorbananmu tidak terhitung.
..Saya rindu..bila disebut namanya..hati saya rasa resah, gelisah..membuatkan saya menangis..Tiada setanding pengorbananmu duhai Kekasih Allah. Dirimu yang mulia..dicela, dihina, dicaci tetapi dikau membalas dengan bunga-bunga mawar mewangi.
Lihatlah kembali Sirah Agung Rasulullah S.a.w. Dibaling dengan bebatu, najis dan sampah , diejek, dikutuk, oleh penduduk Thaif. Tetapi apa yang Rasulullah S.a.w balas? Hingga menahan Malaikat dari membenam umat yang dikasihinya ke dalam tanah.
Hari ini, Rasulullah S.a.w diperlakukan sepertimana telah berlaku 1400 tahun dulu di Thaif. Drama, lukisan, penghinaan demi penghinaan. Mengapa berlaku? Salah Rasulullah S.a.w kah? Salah umatnya-kah?
Semua ini mainan, sengaja musuh mencuit umat Islam.
Lalu kita membakar bangunan, kereta dan harta benda.
Memanjat, merobohkan, merosakkan..yang membawa kepada pembunuhan.
Ini bukan ajaran Nabi Muhammad S.a.w
Lihatlah diri, sebelum lihat orang lain. Saya melihat diri saya.
Jemaah Subuh bagaimana? Penuh?
Solat 5 waktu bagaimana? Cukup?
Zakat pula bagaimana? jelas?
Kata pembela Rasulullah S.a.w, ikut sunnah pun susah.
Aidil Adha, memanggil umat Muhammad S.a.w untuk kembali menyoroti sirah. Pengorbanan umat Islam terdahulu..Para Sahabat Radhiyallahu-anhum, Para pejuang Islam tika Khilafah Umayyah, Andalus, Abbasiyyah, Uthmaniyyah, Melaka, SULU, Qairawan, Acheh dan sebagainya. Berjuang membawa Islam itu Indah sehingga bertebaran luas sinar keimanan ke pelusuk dunia.
Peranan saudara kita di Palestin, Syria, Mindanao, Selatan Thai, Rohingya mempertahankan Islam dan tanahair.
Peranan kita di Malaysia.
Membantu mereka. Sokongan. Doa.
Sebarkan kebaikan dan kecantikan Islam.
Sinari bumi dengan keindahan sebagai orang Islam.
عن جابر بن عبد الله ـ رضي الله عنهما ـ عن النبي ـ صلى الله عليه وسلم ـ
قال :” كل معروفٍ صدقة “
Dari Jabir bin Abdullah RA, dari Nabi Muhammad saw bersabda: “Semua kebaikan itu adalah sedekah.” (HR Al Bukhari dan Muslim)
---------------------------------------------------------------------------------------------
Ruuz Mandy De'Memel & De Hakimin
Saya dan Wan Hakimin bergabung tenaga membuat nasi Mandy. Bagi menjamu 30 orang qaryah Surau al-Mizan Putrajaya. Dibantu beberapa anak didik. Tidak sangka, semua macam dicukupkan oleh Allah Subhanahu wa Taala..ada sedikit rezeki untuk saya bawa pulang. Tak susah masak nasi mandy, ada bahan yang cukup dan tenaga bantuan. InshaAllah.
Kuah 3 sambal yang kami buat. Sambal tomato arab, sambal cili dan sambal kicap jawa.hehe Campuran 3 sambal untuk nasi Mandy.
Sup tulang sudah pasti. Sebagai pemanas mulut dan perut.
Makan Roti keras,di Morocco haha |
Jamuan Hari Raya Qurban. Selesai.Puas hati.
Alhamdulillah ;))))
Hari Raya Aidil Adha, sebenarnya patut lebih meriah berbanding Hari Raya Aidilfitr. Ini yang Guru-guru saya sebut. Oleh kerana keutamaannya disisi Allah.
Wallahu'alam---------------------------------------------------------------------------------------------
Menjadi tinggi disisi Dia, menjadi hamba serendahnya dibumi.
Selimutsura@www.najmeeqamar.blogspot.com
KDK, 45000 Kuala Lumpur.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan