Alhamdulillah!
Saya bahagia, saya suka, saya ceria bersama Pencipta saya, keluarga saya, kawan-kawan pejabat saya, tempat kerja saya, rezeki yang diberikan kepada saya hari ini, saya gembira dengan kerja yang saya buat dan akan buat hari ini.
Saya seorang yang sangat bahagia dan beruntung sekali!
Bila memetik kata-kata ini, apatah lagi melafazkannya, begitu menginjak-injak emosi dan spiritual saya. Terima kasih Prof. Dr. Muhaya! Saya teruja!
Bersama Ustaz Habiburrahman al-Shirazi (Penulis Terkenal KCB) |
Besarnya nikmat Ramadhan kali ini
Subhanallah!Alhamdulillah!Allahuakbar!
Tahniah!Mabruk! buat kakak saya dan abang ipar, menyambut kehadiran seorang yang sangat istimewa di bulan mulia ini. Muhammad Izz Amsyar Affandi, doa Paman Memel mudah-mudahan jadi hero yang soleh, penyejuk jiwa ibu ayah, mewarisi semangat juang Allahyarham Wak Sungep@Tn. Guru Hj. Ghazali Hasbullah. InsyaAllah amin. Tahniah juga abah dan emak, menerima cucu pertama dalam keluarga. Sekarang dapat title baru "embah!"
Pagi-pagi Amsyar akan melaungkan azannya, mengejutkan penghuni-penghuni rumah untuk bangun bersahur. Rengekkan Amsyar begitu menyenangkan, sudah lama kami tidak mendengarnya. Rindunya saya pada tangisan adik-adik saya ketika kecil dulu. Hendak saja dicubit-cubit pipi yang merah itu. Amsyar menjadi tumpuan orang ramai seperti artis terkenal. Dikelilingi paparazzi yang mahu melaporkan berita-berita hangat sepanjang temu-mesra dengan Amsyar. Wow!
Lahirmu kedunia, sudah tertulis segala kenyataan dan realiti kehidupan. Selagi nyawa masih ada, Islam lah kamu, saya dan semua dalam perjalanan kehidupan. Jangan lupa dan dibuai-buai oleh jahatnya dunia. Ambillah ia sekadarnya, jangan semewahnya. Syaitan sentiasa berusaha untuk merebut teman ke neraka. "Aku bisikkan je..aku ajak je..aku tak suruh kau ikut, aku kan syaitan.."
Awas!
Prophetic Parenting sangat penting, dan segalanya bermula dari dalam rumah. Rumah merupakan kem ibadah buat kita dan anak. Bukan sahaja sebagai tempat berteduh dan beristirehat, akan tetapi sebagai tempat untuk ber-aktiviti. Saya terbaca satu artikel dari Islamic Montessori di web mereka anakkusoleh.com , salah satu organisasi pendidikan awal kanak-kanak yang baik untuk dicontohi. 5 perkara penting yang anak anda perlu jadi iaitu :
- Daei - Menjadi orang yang berusaha menghidupkan dakwah Nabi S.A.W
- Alim - Mengetahui selok-belok agama, suka majlis ilmu dll.
- 'Abid - Memelihara masa dengan ibadat spt zikir, doa, solat sunat dll.
- Khodim - Mahir(kelebihan) dan mudah berbuat kebaikan pada ibu, ayah dan masyarakat.
- Murabbi - Menjadi insan, yang mengajar orang lain melakukan kebaikan.
Muhammad Izz Amsyar Affandi, muga-mugi gusti Allah melimpahi rahmatNya amin. Malam ini menangis lagi tau! Kejut Paman!
Kualiti Ramadhan kita
Allahuakram!
Kali ini Ramadhan datang lagi..oh tidak! Ramadhan kali ini bukan Ramadhan tahun lepas. Kalau Ramadhan yang sama, sama je la tak da beza. Bangun sahur, pergi kerja, solat macam biasa, balik rumah, pergi bazar Ramadhan, buka puasa, solat terawikh, balik tidur..itupun kalau kuat bangun qiamullail.
Ramadhan kali ini BUKAN Ramadhan yang tahun dulu. Kalau itu saja amal ibadah kita, saya tidak tahu samada pingat apa yang patut diberikan. Buat mereka yang conscious, sedar untuk disedarkan betapa peri-pentingnya Ramadhan ini, kini. Ramadhan kini yang perlu ditumpukan perhatiannya. Jika tahun dulu, kita gagal memenuhi Ramadhan dengan mempergiat solat sunat dhuha, tadarus al-Quran, banyak doa dan zikir, banyakkan sedekah, jadikan ianya berlaku untuk kali ini. Anggaplah Ramadhan ini Ramadhan yang terakhir.
Jangan jadi macam ROBOT! Buat benda yang sama.
Sabda Rasulullah S.A.W :
كم من صائم ليس من صومه إلا الجوع والعطش
“Berapa ramai orang yang berpuasa tetapi hanya mendapat lapar dan dahaga sahaja.”
Kita tahu, Ibadah di bulan Ramadhan yang utamanya ialah puasa. Yakini, puasa bukan sekadar menahan makan minum,
Puasa mata
Puasa telinga
Puasa tangan
Puasa segala anggota termasuk hati dan akal dari perkara maksiat.
Bahkan bukan sekadar itu sahaja, adalah penyucian setiap anggota dari kejahatan lahir dan batin. Bulan membasuh dosa yang bersarang dan menghitam dalam jiwa.
Samada konklusi akhir kita peroleh lapar dan dahaga atau? terpulang pada diri sendiri.
Mahu kenyang dengan pengat panas, yang sejuk juga akhirnya atau peroleh pingat emas dari Allah yang kekal kilauannya sebagai bekal ke akhirat.
MOOD Ramadhan
Memposisikan semula, tujuan Ramadhan kali ini belum terlambat.
- Binasanya pahala puasa itu bukan sebab puasa itu sendiri, tetapi orang yang berpuasa tersebut. Kalau kereta Mercedes Benz, berteknologi canggih pun eksiden bukan kerana Mercedes itu tak bagus, tetapi si pemandu itulah sendiri yang perlu disalahkan.
- Kuasa Ekstra! Bulan Ramadhan bukanlah bulan untuk umat Islam berehat-rehat, berlemah-lemah (kuat lagi melepaknya dari kerja), secara fizikalnya luaran memang nampak letih dan lemah tetapi inilah masanya untuk umat Islam mempunyai kuasa ekstra (dalaman) yang membakar luaran untuk giat bekerja, dan beramal lebih-lebih lagi di bulan yang diganda pahala 1 amalan wajib umpama 70 kali ganda pahala, 1 amalan sunat sama dengan pahala wajib, 1 huruf al-Quran 10-700 kali ganda pahala/kebajikan.
- Oleh kerana manusia itu lebih nampak nilai berbentuk kebendaan, bayangkanlah pahala itu Allah cash dalam bentuk duit, mesti kita berebut-rebut mendatangi masjid, melakukan amalan-amalan sunat. Cubalah anda kira dalam bentuk duit, anda hanya baca 50 huruf dari ayat al-Quran, cash RM 500. Tetapi Allah itu Maha Mengetahui, Dia hijabkan tentang pahala, hanya dengan iman dalam diri ini akan membuat kita bersungguh-sungguh. *saya bukan nak tunjuk nilai pahala itu, tetapi alangkah terkejutnya jika umat Islam tahu, mudahnya jalan ke syurga*
Posisi Akhir inilah yang saya maksudkan sebagai matlamat PUASA di bulan Ramadhan, 2|183
Maksud : Wahai orang-orang beriman telah disyariatkan kamu berpuasa sepertimana yang telah disyariatkan kepada umat yang sebelum kamu, agar kamu bertakwa.
Memperoleh TAQWA! Menjadi muslim mukmin yang bertaqwa. Inilah pingat EMAS itu. Bagaimana memperolehinya?
Sabda Baginda S.A.W :
عن أبي هريرة رضي الله عنه، عن النبي صلى الله عليه وسلم
قال : ((من صام رمضان إيمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه))متفق عليه.
Maksudnya : Barangsiapa berpuasa di bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan perhitungan akan diampunkan dosa-dosanya yang lalu.
{ إيمانا واحتسابا }
Iman yang tinggi, perhitungan (muhasabah, pengharapan) bersungguh. InshaAllah mudah-mudahan.
Awak nak pingat emas ke pengat panas?
Awak nak pingat emas ke pengat panas?
wallahua'lam, dari saya hamba Allah yang lemah tiada daya dan kekuatan segalanya dari Allah Taala. Mohon tegur!
Menjadi tinggi disisi Dia, menjadi hamba serendahnya dibumi.
Selimutsura@www.najmeeqamar.blogspot.com
54000 Datuk Keramat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan