ilham Ma'mum

Rabu, 11 Julai 2012

Mai..Secawan!

By : Selimutsura


Salamuallahi-alaikum, salam ceria salam bahagia. Rasa tidak selesa andai diri tidak berkongsi cerita dan manfaat, seperti menyimpan syiling emas bawah bantal, umpama air kopi yang panas lalu dibiar menjadi sejuk. Sementara ia masih hangat lagi, saya kongsikan serba yang termampu, diri saya insan kerdil. Mai..secawan! ;)

Kuliah Madrasa An-Naim, WM-KL oleh Ustaz Hj. Hasrizal Abdul Jamil(U.HAJ), sebelum itu tahniah buat Ustaz berjaya mengeluarkan e-Book yang pertama berjudul "Tak Kenal Maka Tak Cinta" yang perlu anda miliki. Boleh layari http://www.takkenalmakatakcinta.com/

Tak kenal maka tak tahu, tak kenal maka tak cinta. Bila sudah kenal, saya mulai jatuh cinta, dan itulah rasa bahagia yang buat saya lega. Bila melihat sekeliling, pepohon-tumbuhan, serangga-haiwan, bukit-bukau, awan-lelangit, sungai-alur, daratan-lautan, dan manusiawi, saya berminat dengan-tarbiyyatul-alam sebagai guru. Allah Taala memandu kita supaya belajar bukan saja dari alam tetapi bersama al-Quran sendiri, lebih (buat kita lebih memahami dan mengimani) secara rabbaniyyah, saintifik, logik, dan diluar logik. Subhanallah!

Sungguh terkejut saya, Ustaz HAJ menguraikan analogi-analogi al-Quran yang mengaitkan suatu ciptaan Allah dengan sikap manusia. Sebijik-sejibik kena kat muka, padan muka kat hang! Al-Quran jelas sebagai petunjuk yang berupa hukum-hakam, sains, cerita dan analogi. Analogi dalam bahasa arab ialah TASYBIH, iaitu kias, perbandingan, persamaan. Tasybihat ini bertujuan mengajak anda berfikir dan berzikir (supaya anda kaji dengan dalam) perumpamaan-perumpamaan yang termaktub dalam al-Quran.

Gambaran insan di dalam analogi al-Quran
1. Sesak nafas di udara
Maksud surah al-an'aam | 125 :
Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam ; dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (susah-payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman.

Analogi al-Quran : Orang yang tidak mendapat petunjuk/sesat umpama orang yang sesak nafas/sukar bernafas ketika mendaki ke tempat tinggi.(Kurang/Tiada OKSIGEN)
Imam at-Tabari ada menyebut : Jiwa yang tidak berupaya sampai kepadanya peringatan, tidak masuk ke dalamnya cahaya iman, dek karat SYIRIK yang meliputi.

Kalau anda menaiki kapal terbang saat yang paling menakutkan apabila kapal terbang berlanggar dengan awan atau angin. Ketika itu dalam keadaan kecemasan, juruterbang akan memberi peringatan supaya anda memakai "MASK" penyedut oksigen. Secara saintifiknya bila kita berada diparas tinggi, kita akan mengalami sesak nafas kerana kurang oksigen. Orang yang mahu peringatan itu akan memakai MASK tersebut, manakala yang tidak mahu ambil peringatan itu sebaliknya.
Klik-Pengalaman saya tika mendaki GREAT WALL, memang tak cukup nafas..Allahuakbar.

Siapakah orang-orang yang mendapat petunjuk dan hidayah ini? Allah berfirman :
Maksud surah al-an'aam | 82 :
Orang-orang yang beriman dan tidak mencampur-adukkan iman mereka dengan kezaliman (SYIRIK), mereka itulah orang yang mendapat keamanan dan merekalah orang-orang yang mendapat petunjuk hidayah.

Oksigen adalah sumber kehidupan, manusia dan makhluk lain sangat memerlukan oksigen. Tanpa oksigen matilah! tiadalah proses fotosintesis! Itulah perumpamaan kesempitan dada mereka yang tidak memperolehi Islam. Gambaran, orang yang tidak berpegang pada agama, apabila bala menimpa, hati mereka sangat rapuh "fragile" dan mereka lebih mudah terasa dan putus asa.

Tetapi penyakit ini juga menyerang umat Islam, hati rapuh dengan disua kesusahan sedikit, kegagalan yang kecil, selepas dipromosi dengan barang yang mewah, hidup selesa, poket penuh, dan sebagainya. Tiba-tiba semuanya hilang, terbang bersama iman kita. Jaga-jaga dan hati-hati dengan perkara syirik, syirik bukan saja dalam bentuk material,sekalipun dengan makhluk, jangan bertuhankan dunia tetapi hidup wajib bertuhankan Allah. 


Itulah umpama orang yang tidak mendapat hidayah, na'uzubillah.

Wallahualam, hidup ini adalah tarbiyyah Allah untuk menjadi tinggi disisi Dia, menjadi hambaNya serendah dibumi..wassalam ^^)

Iklan menjelang Ramadhan : Oh..Mass Azzam!
Bersama mentor saya, Ustaz Hj. Hasrizal Abdul Jamil & Dr. Robiah K.Hamzah


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kongsikan Bersama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...