ilham Ma'mum

Ahad, 21 Oktober 2012

Cinta Pelik bin Ajaib

By : Selimutsura

Saya mengulang-ulang putaran lagu Law kana bainana, saya memperoleh hiba.


dan..saya menangis..entah mengapa jiwa saya mahu nyatakan.. 

Andai saya dapat hidup saat zaman Rasulullah S.a.w, 
andai saya diberi peluang untuk bertemu dan bersua,

mesti saya dapat lihat..
senyumannya, raut wajahnya, riak tubuhnya, gaya lakunya..

mesti saya dapat rasa..
kegembiraannya, keperintannya, kesusahannya, keresahannya..

mesti saya dapat bersama..
berjuang, syahid dan setidak-tidaknya menjadi sahabat Baginda S.a.w..

Tetapi Allah Subhanahu wa Taala lebih Mengetahui. Nabi Muhammad S.a.w telah pergi meninggalkan umatnya 1400 tahun yang lalu. 

Saya hidup dan dilahirkan selepas 1400 tahun.
Tidak dapat lihat, rasa dan bersama..

dan tidak dapat menjadi sahabat Baginda S.a.w.

Rasulullah S.a.w sebenar-benar tidak pernah meninggalkan umatnya. 
Hadirkan sunnah dalam kehidupan, itulah yang Rasulullah S.a.w mahukan.Itu saya tahu.

Tapi saya selalu rindu pada Rasulullah S.a.w..
Walaupun tidak dapat lihat, rasa dan bersama..

Pelik bin ajaib cinta ini. Andai sekiranya ada permintaan, satu permintaan yang saya mahukan. Bertemu dengan al-Habib Rasulullah S.a.w.

Boleh ke..sebab..

Saya malu. Siapalah saya? Untuk bertemu dengan kekasih Allah yang mulia.

Saya masih lalai, leka dan lupa.

Layakkah saya bergelar umat Nabi Muhammad S.a.w yang mulia?

Saya mulai resah. Kerana mencintainya bukan sekadar berselawat, berposting di FB, menaip di Blog, ingat-ingat lepas tu lupa.

Saya memujuk diri. Saya perlu berubah.

"Ya Allah, sampaikan salam hambaMu ini dan pertemukan kami di Akhirat nanti"

Pertemuan dari kekasih kerdil kepada kekasih Agung.

Saya suka Cinta yang pelik ini.

Sollollohu Alaihi Solatu Wassalam..


Maksud Firman Allah S.w.t :
"Katakanlah: Jika kamu (benar-benar)mencintai ALLAH, ikutilah aku (Nabi Muhammad) nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu, Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

(Ali-Imran 31)

Menjadi tinggi disisi Dia, menjadi hamba serendahnya dibumi.
Selimutsura@www.najmeeqamar.blogspot.com
20hb Okt di Felda Lepar, Gambang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kongsikan Bersama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...