“Duduklah dengan para Tawwabun (orang yang bertaubat kepada Allah) kerana sesungguhnya mereka (itu) pemilik hati (jiwa) yang lembut”.
Saya mengucapkan alhamdulillah, syukrulillah (-~,)
Kerjamasa selama 8 hari di Kuantan menggamit perasaan. Suasana nyaman di bibir sungai Pahang..saya tinggalkan jejak-jejak sujud dan tafakkur sebelum meninggalkan jejak kaki.
Ada cerita, kisah dan bayu yang baru. Kuasa Tuhan membantu, memenuhkan ekspo buku Islam 3 kali ini dengan berkat dan rahmat. Tidak kira apapun majlis ilmu, asalkan pengisiannya buat muzakkir-muzakirah dekat mengingati Allah s.w.t, para malaikat akan mengembangkan sayapnya dan mendoakan umat al-Habib Muhammad s.a.w. MashaAllah!
Suka saya selitkan. Cerita-ceritu saya sepanjang di Kuantan, Pahang. Terima kasih buat semua. 8 hari di sana, akhirnya rindu kampung halaman jua tidak boleh dipisahkan..hihi usaha keluar untuk dakwah tidak lari untuk masa, jiwa dan ongkos dikorbankan.
Berilah pinjaman sebaiknya pada jalan Tuhan, nanti DIA akan membalasnya dengan keuntungan kekal. InsyaAllah =) | As-Saff
Ciri Perniagaan
10. “Hai orang orang yang beriman, mahukah Aku tunjukkan kepadamu suatu perdagangan (perniagaan) yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih.
11. Iaitu kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad dijalan Allah dengan harta dan jiwa mu. Itulah yang terlebih baik bagi mu, jika kamu mengetahui.
Balasan :
12. Nescaya Allah mengampuni dosa mu dan memasukkan kamu kedalam syurga yang mengalir dibawahnya sungai sungai dan ketempat tempat tinggal yang baik di dalam syurga Adn. Itulah kemenangan yang agung.
12. Nescaya Allah mengampuni dosa mu dan memasukkan kamu kedalam syurga yang mengalir dibawahnya sungai sungai dan ketempat tempat tinggal yang baik di dalam syurga Adn. Itulah kemenangan yang agung.
13. Dan (ada lagi) kurnia lain yang kamu cintai (iaitu) pertolongan daripada Allah dan kemenangan yang dekat (waktunya). Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang orang Mukmin.
Saya, Pak cik dan sikit Tasawuf
Datang seorang pak cik, lingkungan umurnya 50-an menegur saya yang leka di meja kaunter mesin cashier. Berbaju biru, membiasakan senyuman dan merupakan seorang mekanik...
Pc : Assalamualaikum, pak cik nak cari buku-buku kitab kuning. Ada tak?
MM: Alaikumussalam..oh kat sini kami tak jual kitab-kitab jawi-lama.
Pc : Sekarang ni, tak banyak la jual kitab-kitab zaman pak cik belajar dulu-dulu. Padahal ilmunya lebih hebat dari buku-buku sekarang.
MM: Betul tu, memang kami tiada koleksi kitab-kitab turath..mungkin di kedai-kedai buku besar ada. Sorry ye pak cik.
Pak cik itu masih belum beredar.. melihat saya semacam, saya pun jadi lain macam. (^^.)
Pc : Tiba-tiba pak cik bertanya, sebenarnya pak cik nak tahu la..apa yang kita miliki sekarang? Boleh jawab?
MM: Saya yang ralit mengira duit, terkedu seketika. Ilmu tak la tinggi mana, saya pun jawab sekadar yang mampu. Kita manusia tidak punya apa-apa, tidak memiliki apa-apa..hanyalah pinjaman yang akan dipulangkan pak cik.
Pc : Pak cik jurus tersenyum sinis. Kamu tu, baju kamu bukan kamu punya..badan kamu bukan kamu punya, semuanya yang kamu rasa pun bukan kamu punya. Kamu seperti habuk yang berterbangan.
MM: Senyum yang saya buat-buat..tidak menjadi. Betul pak cik, kita datang dari tempat yang hina, tapi menjadi pembantah yang besar bila dapat sikit kelebihan dan kemewahan.
Pak cik tadi selamba membulatkan matanya, aksi seperti menyokong. Saya hanya balas dengan senyum. Pak cik itupun beredar pergi. Nafas saya laju dengan zikir.
Syurga Merinduimu
Allahu Taala memperkenalkan saya dengan seorang teman. Mula membiasakan diri dalam perbukuan..berusia 22 tahun, namun penceritaan tentang dirinya menarik minat saya untuk sama-sama mengambil ilmu darinya.
Bob berasal dari Perlis. Kesungguhan diri untuk menceburi bidang perniagaan, beliau menempuh perjalanan hingga ke Kuantan, Pahang. Kenapa?
"Saya sudahpun bermula dengan membuka kedai komputer di Perlis, berkongsi modal dengan kawan-kawan. Alhamdulillah, kami sudah ada cawangan di Melaka. Cuma kekurangan modal tambahan untuk buat pusingan, sebab tu lah saya nak tengok-tengok industri buku pula..hehe." Lebar senyuman Bob.
Wah..hebatkan. Seusia inipun saya baru bertatih menjual dadih..hihi Allah S.w.t memberi kita pilihan.
- menang atau kalah
- bisa boleh atau tidak mampu
- positif atau negatif
Jawapannya pada diri sendiri. Jangan kita susahkan...kerana...
- bermula dengan kekalahan, kita tak takut lagi kalah, akhirnya kita temui sukses!
- Start dengan kesusahan, kesukaran.. percaya Allah akan mudahkan.
- Rasai kepuasan/ puas hati bila mula dengan susah, usaha kuat, doanya mantap..hasilnya gempak!
Sebab saya pun bukan orang senang, anggaplah ramai lagi yang susah ;) Allah...Alhamdulillah saya pun sudah ada sebuah syarikat sendiri. Baru berjalan..doakan.
Hari terakhir ekspo, Bob menghadiahkan saya buku Syurga..merinduimu. Saya sungguh tersentuh. Jazakallah khairan kathira. Ukhwahfillah. Kami sempat bergambar bersama Ustaz Nasaruddin Tantawi, Ketua Pemuda Pas yang sambil membeli di Kuantan.
Yang penting kami sama minat..nasyid hihi
Lihat diri kamu, cantik di dalam, cantik-lah luaran
"Positifkan mind-setting kita, segalanya bermula dari dalam. Hati yang bersih hati yang selalu bertaubat."
Prof Dr. Muhaya, saya lihat dan beri perhatian. Pakar lasik yang saya kagumi, Ibnu Sina Pakar Thibb Dokterat yang hebat, ilmu dunia terasnya akidah..matlamat mencari redha Allah.
Seorang ibu bertanya pada Prof, sambil kelesuan.
" Prof..saya punya anak-anak yang nakal..letih dibuatnya. Bagaimana nak didik anak supaya dengar kata kita?"
P.Dr.M menjawab : Puan bersyukur tak mempunyai anak-anak?
Puan : Syukur.
P.Dr.M :Puan bersyukur tak mempunyai suami?
Puan : Syukur, alhamdulillah.
P.Dr.M :Puan bersyukur tak mempunyai rumah, keperluan dan sebagainya?
Puan : Syukur..tapiiiiii Prof....
P.Dr.M : Tapi..la..tapi..tapi.., kalau..la..kalau..kalau, nanti..la..nanti...nanti. Inilah kita. Buangkan! Jangan salahkan anak kalau perangai dia begitu. Bertaubatlah, minta ampun pada Allah.
Muhasabah buat diri saya, nak jadi abah jugakkan bila masa nanti hihi =) InsyaAllah
Cinta Suci
Bila diulang bacaan tahiyyat, saya rasa sesuatu lantas menangis. Bacaan itu, tanda cinta Rasulullah S.a.w kepada umatnya. Saat Baginda S.a.w bertemu Allah di sidratul muntaha, ketika tidak ada satu makhluk-pun pernah menembusinya, insan agung itu bertemu kekasihnya dan senantiasa di bawa pada bibirnya perihal umatnnya yang soleh. Bual bicara Allah dan Nabi Muhammad Sollollahu alaihi wasallam. ;)
Rasulullah S.a.w memberi salam semasa bertemu Allah:
Attahiyatul mubarakatus solawatut thoiyyibatu lillah
Segala penghormatan dan segala kesejahteraan yang baik bagi Allah
Allah Rabbuna menjawab :
Assalamualaika Ayyuhan Nabiyyu wa rahmatullahi wa barakatuh
Sejahtera ke atas kamu (Nabi Muhammad) bersama rahmat dan barkah.
Assalamualaina wa ala ibadillahissolihin
Sejahtera ke atas Kami dan hamba-hambaNya yang soleh
dan Baginda S.a.w rakamkan, ia di dalam solat. Wallahua'lam. Mohon tegur!
Menjadi tinggi disisi Dia, menjadi hamba serendahnya dibumi.
Selimutsura@www.najmeeqamar.blogspot.com
Kuantan, Pahang Darul Makmur
Tiada ulasan:
Catat Ulasan