Terbang!
"Uuuuuaaawah..MasyaAllah." Eimam menguap..tangannya mula disilangkan sebagai alas kepala. Lama juga dia memikirkan kerana esok akan bertolak ke Kota Rabat, Morocco. Bukan untuk berliburan semata-mata, sesuatu yang masih belum jelas dan dia mahu mencarinya. Malam itu Eimam tidak dapat melelapkan mata dengan tenang.
"Ibu..Eimm pergi sekejap saja, Ibu doakan ye.." Saat mencium tangan dan pipi Ibu membuatkan hati Eimam Ukail lebur melihat airmata yang mengalir.
"Jaga diri sebaiknya, Ibu sayangkan Eimm..nanti sampai calling, bila di negara orang hati-hati, jadi seperti ikan yang hidup di lautan masin." Esakkan ibu merelakan keberangkatan anaknya.
Eimam menyeluk sesuatu dipoket kanannya. Pasport Malaysia dan boarding pass keperluan yang sangat perlu bila ke luar negara. Beberapa kumpulan pelajar lain tiba, mereka saling bersalam-salaman. Dalam masa lebih kurang sejam mereka akan berlepas ke Morocco, luggage sudah pun dihantar.
Penerbangan Airbus Etihad Airways.
Perjalanan mengambil masa 16 jam merentasi benua Asia, Timur Tengah dan Afrika. Jarak penerbangan sejauh 16,000 KM merentasi Thailand, India, Arab Saudi, Mesir, Tunisia dan Algeria. Transit di Abu Dhabi selama 2 jam.
Setahun lebih awal kemerdekaan dari cengkaman Rejim Perancis.
Siapa tidak kenal Ibn Taymiyyah hujjatul Islam ketika itu , begitu juga ulama hebat Ibn Tufail, dan juga pengembara agung Ibn Battutoh. Bandar Fes, Marrakesh, Tanjah dan Dar al-Baido' pernah menjadi antara bandaraya intreport kerajaan Islam silam. Bangsa Baybar yang berjaya menawan Selat Gibraltar, Wilayah Sepanyol dengan mengalahkan King Roderick Raja Ghotik.
Gibraltar.
Jabal Tariq.
Tariq Ibnu Ziyad Rahimahullah.
Pembuka pintu Nur-Islam di Eropah.
Masjid Abdul Aziz, dibelakangnya adalah Jabal Tariq@Gibraltar |
"Dibelakang kamu lautan, kapal sudah dibakar, memburu syahid atau menang."
Eimam melayang-layang fikirannya sebelum menjejakkan kaki di bumi bersejarah itu.
"Tariq Ibnu Ziyad, terbang melalui lautan dengan nyawa dan darah untuk memburu syahid, aku senang-senang terbang melalui udara menapak ke sana memburu apa?"
Lantas dia mengambil pasport. Eimam melihat..satu per satu maklumat dipasportnya.
_____________________________________________contoh______________
Pasport Malaysia
No Pasport : 870210240114
Nama : Muhammad Eimam Ukail Bin Muhammad Ulwan Nasir
Nama Bapa : Muhammad Ulwan Nasir Bin Don
Nama Ibu : Nawwar Binti Azhar
Alamat/Tempat Tinggal : 115 Kampung Wangsa Maju, Kuala Lumpur
Agama : Islam
Status : Bujang
Tujuan : Melancong
_____________________________________________contoh_______________
Tiba-tiba Eimam mencoret pada diari yang tersisip dikiri beg.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pasport Menuju Akhirat
No Pasport : 24434
Nama : Abdulllah (Hamba Allah)
Nama Bapa : Nabi Adam a.s
Nama Ibu : Hawa as
Alamat/Tempat Tinggal : Alam barzakh (transit)
Agama : Islam
Status : Meninggal dunia
Tujuan : Alam Akhirat
#Perhatian anda tidak perlu bawa barang yang banyak, pakaian dan keperluan. Sedia perkara berikut untuk penerbangan yang selesa :
1.Solat 5 waktu cukup
2.Al-Quran sebagai teman rapat
3.Ikut suruhan Allah dan tinggal laranganNya (buat yg terbaik)
4.Ilmu yang bermanfaat (buat diri dan org lain)
4.Bersiap sedia sentiasa..kerana kapal terbang akan mendarat tidak lama lagi.
Menjadi tinggi disisi Dia, menjadi hamba serendahnya dibumi.
Selimutsura@www.najmeeqamar.blogspot.com
KDK, 45000 Kuala Lumpur.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan