ilham Ma'mum

Selasa, 23 Oktober 2012

VISUAL dengan Positif

By : Selimutsura
Saya berjaya tangkap awak!
Jam di dinding menginjak jarum ke pukul 8.15 malam. Eimam memandang sekilas pandang. Sudah tiba masa masuk waktu Isyak bagi wilayah Bagan Datoh dan kawasan yang setara waktu dengannya. Eimam menyarungkan kain pelekat yang dihadiahkan oleh Allahyarhamah ibu tercinta. 2 tahun yang lalu, Ibu dan ayah Eimam telah pergi jauh..bertemu Kekasih Agung yang Maha Esa.

"Kaki Eimm kebas ibu, digigit kerengga merah..huhu..sakit."
"Mari ibu tengok..Eimm, sikit je ni..ibu sapu ubat ye..bismillahirrahmanirrahim." Sambil ibunya menggosok-gosok kaki yang luka.

"Lain kali jangan main lari-lari belakang rumah tu..banyak kerengga, buah pelam tu nanti biar ibu yang kutip." Ingatan Eimam sewaktu kecil digigit kerengga.

Allahuakbar..Allahuakbar!
Lailaha illallah!

Azan menggegar tabir malam, mengetuk juga bayangan ibu difikirannya. Eimam merapikan rambutnya, kerinting ikal kemas kelihatan. Solat fardhu Isyak yang dilakukan pada waktunya  secara berjemaah adalah kewajipan yang dituntut. Keringanan apabila hujan lebat, nyawa diancam dan darurat.

Eimam Ukail baru meniti usia 12 tahun.

"Kriiiingggg.." Deringan loceng menanda kelas akan bermula. Eimam menggalas beg yang saiz lebih besar dari saiz badannya. Bersiap untuk masuk ke kelas 6 Ceria, "Ibu pesan baca doa sebelum masuk kelas.." Mulut Eimam terkumat-kamit membaca doa, muncungnya lebih panjang dari batang hidung.

5 minit kemudian.

Cikgu Najmi, bersongkok melangkah ke dalam kelas. "Assalamualaikum semua.."

"Waalaikumussalam wa rahmatullahi wa barakatuh cikgu.." Balas murid-murid 6 Ceria mengikut alunan beramai-ramai.

Hari ini cikgu Najmi mengenakan songkok hitam menyenget ke kanan. Mungkin pengaruh Tunku Abdul Rahman barangkali. Oh tidak..sebenarnya cikgu Najmi sengaja biarkan kerana beliau mengajar subjek sejarah.

Eimam, mengangkat tangannya dengan berani. " Cikgu, songkok cikgu senget!"

"haha..mungkin kamu semua rasa pelik. Bila cikgu pakai songkok senget, kamu semua mesti tertanya-tanya. Sebab kalau cikgu pakai songkok macam biasa..kamu takkan bertanya..betul tak?" Mudah cikgu Najmi memberi jawapan.

Semua anak murid kelas Sejarah berasa agak hairan.

"haha..samalah juga sejarah. Jangan jadikan sejarah tersebut benda yang biasa, kerana sejarah adalah sesuatu yang pelik dan lain. Bila jadi pelik kita mudah tangkap dan bertambah rasa ingin tahu..akhirnya kamu akan berminat dengannya." Senyum cikgu Najmi.

"Jadi kita kena kreatif ye cikgu?" Alfiyah mencelah.

"100 markah untuk kamu Alfiyah! Ok..dah cerah mata semua? Mari kita mulakan pengembaraan kita dalam Sejarah!" Cikgu Najmi membakar semangat kepada anak-anak muridnya yang bakal menduduki peperiksaan UPSR tidak lama lagi.

"Betul jugak, saya perlu lebih kreatif!" Bisik hati Eimam.

------------------------------------------------------------------------------------------------------
Terima kasih Eimam, bantu saya sebagai selingan. Alhamdulillah semalam kuliah bersama murabbi Ustaz Hasrizal Abdul Jamil di An-Naim. Menariknya Ustaz dan saya berbaju ungu. =) Tapi bukan itu yang saya mahu kongsikan. Serba sedikit ilmu yang saya dapat, untuk kita semua mendapat manfaat bersama.


Gambar ketika usai Iftar tahun lepas
Kita semua daei..tidak semestinya ustaz dan ustazah. Anda peniaga donut pun juga pendakwah..ye kan? Donut bukan sekadar kuih donut. Bentuknya bulat, dikelilingi gula menjadikannya sempurna manis, lagi bertambah manis bila si pembuat donut mendoakan orang yang memakannya mendapat sihat afiat dan boleh ibadah.

Yang sedap tadi bukan donutnya, tetapi Allah yang menjadikannya sedap.


Saya bahagikan dlm topik kecil :

1. Dakwah biar sampai.

Sebagai seorang daei, atau pendakwah tidak dapat lari dari permasalahan dan persoalan umum masyarakat setempat yang mahukan penjelasan dan jawapan yang praktis. Masalah furu' kebanyakannya.


2 Syarat yang perlu difahami secara dalam oleh para pendakwah iaitu : memahami..

- Nas (Sumber hukum & dalil dari al-Quran dan al-Hadith)
- Naas (Manusia itu sendiri/ masyarakat)

Penilaian du'at menilai sumber hukum mestilah merujuk tatacara, dan ketertiban disiplin ilmu. Ambilan yang cacamarba hasilnya juga cacamarba. Terutama sekali hujah dari al-Quran dan al-hadith, sudah semestinya diikuti dengan tafsiran para ulama' dan ahli-nya, diekstrak dalam bentuk kefahaman..supaya orang faham dan dimanfaat.


Selepas sumber pendalilan yang mantap didapati, para daei terjun ke medan lapangan melihat adakah ianya sesuai dengan praktikal masyarakat setempat. Sekiranya tidak sesuai, adakah wajar kita menolaknya? Sedangkan ia datang dari al-juhd (kesungguhan) dari para ulama' dengan teliti. Apakah respon masyarakat pula? Bila mendapati hukum telah ditetapkan sebegitu, maka perlu ikut atau tidak.


Oleh itu, Para Daei perlu VISUAL kan. Gambarkan, perilaku tersebut. Malam tadi contoh mudah isu kenduri Arwah, di mana kewajarannya. Di Madinah, ketika zaman Nabi Muhammad S.a.w apabila didengar tentang berita kematian Jaafar at-Thoyyar, Rasulullah S.a.w meminta para sahabat membantu membuat makanan untuk keluarga Jaafar kerana didatangi musibah kematian. Berbeza situasinya di negara kita, keluarga si mati yang bersibuk-sibuk menjamu tetamu yang datang. Perbezaan ini berlaku. Daripada hadith yang diriwayatkan oleh Abdullah b. Jaafar.



عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ جَعْفَرٍ ، قَالَ : لَمَّا جَاءَ نَعْيُ جَعْفَرٍ ، قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " اصْنَعُوا لآلِ جَعْفَرٍ طَعَامًا ، فَقَدْ جَاءَهُمْ مَا يُشْغِلُهُمْ " .

Secara konsep sebaik-baiknya jika tiada keupayaan tidak perlu dilakukan. Keharusan untuk membuat kenduri arwah bila:
1. Tidak menggunakan harta si mati, walau 50 sen sekalipun ia perlu difaraidkan.
2. Tiada pembaziran dan bebanan, contohnnya ada yang mengadakan kenduri arwah 40 hari berturut-turut ini menjadi beban keluarga si mati hingga berhutang.
3. Tidak menganggap ia adalah satu kewajipan.

Yang dianjur oleh Nabi Muhammad S.a.w ialah orang yang menerima kematian itu dijamu seperti kisah sahabat Nabi, Jaafar at-Thoyyar R.a. untuk meringankan beban dan musibah yang menimpa. Fikir-zikir kan.


2. VISUAL kan!


Bab ni Ustaz lebih menekankan dari sudut parenting. Kita selalu menggunakan perkataan "JANGAN" pada anak-anak. Anak-anak hari ini, lebih tahu kepada benda yang mereka nampak, logik dan boleh digambarkan. 

Contoh telefon..ok ini telefon.

Ini pokok..ohhh..ok ini pokok. Ini I-Tab...ohh..nak!

Kita selalu cakap.


JANGAN panjat pokok! Tapi anak-anak akan panjat juga.
JANGAN berlari! Tapi tak ikut, buat lagi ada.hehe

Perkataan panjat, pokok, berlari - mereka boleh bayangkan, dan gambarkan.
Tetapi perkataan JANGAN - apa yang mereka boleh gambarkan? Jadi tiada gambaran yang divisualkan.

Cuba ubah! Panjat pokok..nanti jatuh! Larilah..nanti jatuh!

So definitely..oh ckp omputih..hihi dia nampak, panjat..dan jatuh, berlari..jatuh.


Cuba tengok kartun bawah ni..hehe

Buat ayah-ayah boleh tak anda lakukannya? hihi

Supaya perkataan itu bukan sekadar retorik. Anda buat apa yang anda cakap. Jauhi ayat-ayat negatif ok.


Sempat saya menyapa Ustaz Hasrizal ketika menuruni tangga untuk pulang, "Selamat menyambung pengajian di UKM."


"Terima kasih..baru nak sambung, tu yang ceramah pening-pening sikit." Sambil tersenyum.

"Tak mengapa Ustaz, pengajian sepanjang hayat.." Bergelak kecil kami.

Wallahua'lam. Mohon tegur!


Topik malam tadi panjang, tak tertulis kat blog ni..inshaAllah doakan saya diberi sihat untuk kongsikannya. =) Alaikum bittaufiq wal hidayah.



Menjadi tinggi disisi Dia, menjadi hamba serendahnya dibumi.
Selimutsura@www.najmeeqamar.blogspot.com
KDK, 45000 Kuala Lumpur.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kongsikan Bersama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...