"Hissh..menyusahkan betullah! Dah la kerja menimbun-nimbun. Ini dia tambah lagi, pagi-pagi dah memekik..sakit hati aku!"
Eimam menghempaskan fail-fail dan dokumen di atas mejanya.
Selang beberapa minit.
"Astagfirullah al-Azim..Innalillah wa inna ilaihi Raji'un.." Eimam memujuk hatinya semula, mengemas semula fail-fail yang berserakan. Sambil tangan memicit-micit kepalanya.
"Ya Allah, bukan mudah untukku memiliki jiwa yang tenang.." Dia menghembuskan nafas kesal.
Eimam Ukail bingkas bangun ke tandas mengambil wuduk. "Bismillahirrahmanirrahim.." Air jernih membasuhi kepanasan dalam diri, mengembalikan kesejukan yang hilang.
Selesai Eimam menunaikan solat sunat..lantas dia menadahkan tangan.
"..Lailahailla Anta Subhanaka Inni Kuntu Minazholimin..
..Tiada Tuhan melainkanMU Maha Suci Engkau sesungguhnya daku telah berbuat kezaliman atas diriku..
..Allahumma La Sahla Illa Ma Ja'altahu Sahla..
Ya Allah..tiada kesusahan melainkan ada kemudahan selepas itu, tiada kesukaran melainkan telah ada kesenangan selepas itu.
Kurniakanlah Ya Allah, jalan terbaik..jalan yang Engkau redhai. Agar aku memperoleh jiwa yang menang..aminnn.."
Eimam Ukail menangis..mengusap airmata. Dia berdiri semula, memperoleh semangatnya semula untuk kuatkan diri."InsyaAllah..Allah lebih tahu mana yang terbaik!Ehm!"
;) Secara ringkas..dari saya. Watak Eimam Ukail akan menjadi nota pendek saya..sebagai pendekatan dakwah penulisan saya@SELIMUTSURA.
Memang sukar untuk memiliki aman, tanda-tanda jiwa yang menang adalah mereka yang tenang. Buahnya SABAR, IKHLAS, REDHA.
Tips paling mudah, menjadi PERWIRA yang MENANG, saya kongsikan ya! InsyaALLAH mujarab kerana seharian saya berhadapan dengan macam-macam kerenah manusia, macam-macam style..kadang-kadang rasa DOWN dan tertekan. Saya kongsi apa yang saya peroleh baiknya, anda juga boleh berkongsi sama. (^^,) takda apapun saya ni. Ilmu spt debu-debu halus yg berterbangan..Inilah jiwa yang tenang nan menang..
1.Ucapan Istirja' apabila ditimpa masalah.
Surah al-Baqarah | 156
maksudnya :
orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan ; Inna Lillahi wa Inna Ilaihi Raji'un.
2.Taqarrub dengan Allah tika susah mahupun senang.-Membaca, mendengar, melihat dan menghayati bait-bait al-Quran
-Zahirkan zikir, ingat selalu pada Allah
-Duduk dalam majlis ilmu.
-Bersunyi-sunyi untuk muhasabah diri kepada Allah hingga mengalir airmata.
Surah al-Fath | 4
maksudnya :
Dialah yang menurunkan ketenangan dalam jiwa orang mukmin untuk menambah keimanan atas keimanan mereka, dan milik Allah-lah bala tentera langit dan bumi, dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
3.Menyayangi dan suka apa yang Rasulullah S.A.W LIKE!
-Sayang orang miskin dan duduk bersama mereka
-Kasih anak-anak yatim dan makan bersama mereka
-Suka ziarah orang sakit, ingat pada kematian
-Lazim mengucap SALAM.
4.Melihat orang dibawah dengan pandangan yang mulia
-Berbaik sangka.
-Bersyukur dengan apa yang diberi oleh Allah (rezeki, kesihatan, keluarga, masa dll)
-Merasa untung mempunyai sahabat-sahabat sekeliling, yang membantu dan menyokong.
Kata Ibnu Athoillah yang masyur :
“Untuk meringankan kepedihan bala yang menimpa, hendak dikenal bahawa Allah-lah yang menurunkan bala itu. Dan yakinlah bahawa keputusan (takdir) Allah itu akan memberikan yang terbaik.”
5.Membaca La Haw La wa La Quwwata Illa Billah
-Belajar menerima apa jua dugaan menimpa ia datang dari Allah.
-Disebalik ujian ada hikmah tersimpan
We can’t direct the wind but we can adjust our sail – kita tidak mampu mengawal arah tiupan angin, kita hanya mampu mengawal kemudi pelayaran kita.
6.Ubah gaya pemikiran Positif..positif..positif =)
-Bila susah pasti bayangan kita yang negatif..padahal Allah sedang merancang yang terbaik untuk kita.
-Prof Dr. Muhaya sebut..buangkan ayat : Tapi..Nanti..Sekejap lagi..bila diberi cabaran.
..dan saya belajar dari kesilapan lepas, pernah gagal dalam peperiksaan..huhu..saya koreksi semula, saya tidak sangka ia mengubah saya untuk berani gagal, bukan bermaksud untuk gagal lagi, tetapi saya tidak takut menghadapinya..
Allah Taala telah membuka banyak pintu kebaikan..Alhamdulillah.
7.Mengutamakan pandangan Allah S.w.t
-Tidak membalas celaan dengan hinaan
-Menjaga lidah dan pertuturan, menjauhi umpat.
-Mendoakan pihak lain dengan doa yang baik dan diberikan hidayah.
Memang kadang sukar untuk memujuk hati supaya sabar, kembali tenang. Siapa yang berjaya memperolehnya, akan menikmati satu kemanisan iman yang tinggi. Hanya Allah yang Tahu segala isi hati, sengsara jiwa. Janganlah kita berputus asa untuk memiliki jiwa yang tenang.
Kerana jiwa tenang buat mereka yang menang!Wallahua'lam!
Saya & Eimam Ukail kongsi, hadis Rasulullah S.a.w ada mengatakan :
Rasulullah s.a.w. bersabda: Allah Taala berfirman:
Aku sesuai dengan persangkaan hamba-Ku terhadap-Ku dan
Aku selalu bersamanya ketika dia mengingat-Ku.
Apabila dia mengingat-Ku dalam dirinya, maka Aku pun akan mengingatnya dalam diri-Ku.
Apabila dia mengingat-Ku dalam suatu jemaah manusia, maka Aku pun akan mengingatnya dalam suatu kumpulan makhluk yang lebih baik dari mereka.
Apabila dia mendekati-Ku sejengkal, maka Aku akan mendekatinya sehasta.
Apabila dia mendekati-Ku sehasta, maka Aku akan mendekatinya sedepa.
Dan apabila dia datang kepada-Ku dengan berjalan, maka Aku akan datang kepadanya dengan berlari.
(Hadis dari Abu Hurairah ra, Shahih Muslim No.4832)
Hadis ini mengajar kita supaya bersikap positif dan meletakkan harapan kepada Allah s.w.t. dengan penuh kepercayaan. Tidak seorangpun patut berputus asa kerana walaupun dia menyembah kepada Allah dengan dosa sebesar gunung yang boleh memenuhkan lembah yang dalam, Allah yang Maha Pengampun boleh menerima taubatnya dan memasukkan dia di kalangan hamba yang diredhai. Alaikumussalam.. =)
Menjadi tinggi disisi Dia, menjadi hamba serendahnya dibumi.
Selimutsura@www.najmeeqamar.blogspot.com
Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan