Gallagi berbaju kelabu di tengah-tengah |
Terdetik hati..tiba-tiba saya membelek gambar-gambar lama sewaktu bermukhayyam lughah di Maghribi atau Morocco. Masih segar dalm ingatan walaupun sudah lebih 5 tahun berlalu, keramahan seorang warga kampus Kuliyyah al-Adaab wa al-ulum al-Insaniyyah, Jami'ah Muhammad V Agdal, Rabat.
Beliau bernama Gallagi. Orang Maghribi sangat baik melayan orang luar seperti kami, berbeza dengan orang arab agak kasar sedikit. Tidak dinafikan sepanjang sebulan berada di bumi Ibnu Battutah..mereka pemurah dengan senyuman dan teguran. Apatah lagi apabila mereka tahu kita ini pelajar. Barang-barang keperluan-pun boleh ditawar dengan harga yang murah.
Saya membeli jubah..sampai satu tahap..
"Ana Tholib ya ammu, wa ana miskin..ji'tu min Malayzia..wa darastu fi jami'ah agdal. Ya ammu..Allahu Yubarik fik.." Sambil tangan ini menapak seperti berdoa.
Lama juga dia memikirkan. Ammu itu membalas, "Bass...Khudz ya ibni!"
Habis jer tawar-menawar. "Hayyakumullah Ya Ammu, Syukran!" Saya tersenyum riang.
Bersama adik-adik kecil di Suuk |
Bajet belanja di bumi Maghribi lebih kurang macam Malaysia ketika saya merantau ke sana. Cuma harga makanan asasi lebih murah seperti roti, buah-buahan, kekacang dan bijirin. Orang Malaysia macam kami kalau tidak jumpa nasi tidak sah, merana badan jawabnya. Kebiasaan sebagai pelajar mesti berjimat-cermat mengunakan duit simpanan yang ada.
Sardin adalah antara sajian rutin ketika belajar di sana, kadar penjimatan terbaik.
Orang Morocco tidak makan kupang (adik beradik kerang), kerana mereka menganggapnya sebagai serangga dalam bahasa arab hasyaraat.
Buku-buku dan kitab-kitab ilmiah mudah didapati. Sekiranya pergi solat berjemaah di masjid-masjid disekitarnya ada menjual buku dan kitab arab.
Gallagi mempunyai sebuah motorsikal Peageot. Motorsikal ini berfungsi apabila dikayuh sekuatnya beberapa meter barulah ia bergerak seperti biasa. Yang menariknya motor kapcai ini ada stiker PALESTIN "Antum minna wa nahnu minkum" dari situ saya belajar satu ayat yang bagus.
Saat hari terakhir kami hendak meninggalkan bumi Maghribi, di dewan Muktamar Jami'ah Gallagi mengalirkan airmata sebak. Banyak gurauan, perkongsian dan ilmu yang kami dapat. Saya amat berterima kasih kepada Gallagi kerana membawa kami bersiar-siar sekitar Suuk Qodim (Pasar lama), untuk membiasakan diri ke sana. Sempat bersama menjamah sandwich dan cay naknak.
Subhanallah, betapa mahalnya detik tersebut.
;) Maghribi menyuburkan sejuta kenangan terindah yang tak terucap.
Menjadi tinggi disisi Dia, menjadi hamba serendahnya dibumi.
Selimutsura@www.najmeeqamar.blogspot.com
Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan