Bukan sekadar Muslim saja, tapi Mukmin Muttaqin!
Saya duduk sebentar, fikiran mulai terbang merenung semula Ramadhan yang sudah berbaki. Tak sampai 4 atau 5 hari lagi Syawal akan datang mengambil tugasnya. Hati rasa tidak senang, kerana pintu neraka akan dibuka semula. Pintu ar-Rayyan akan dikunci.
Malam-malam macam
ini memang syahdu, selepas menunaikan solat jemaah Isyak, terawikh, dan
tazkirah di An-Naim..saya sengaja bersendirian sebentar di Bukit Wangsa. Sudah
berhasilkah usaha saya untuk memperolehinya? Memeluknya?
Saya menimbang tara
diri sendiri.
Hanya sekadar
hamba. Banyak dosa.
Saya menangis
melihat diri. Masih belum setia menjadi hamba Dia.
Saya mohon dengan
rapat, moga-moga Allah menerima usaha kecil ini.
Ampuni saya Ya
Rabbun Ghafur.
Nafsu terbakar,
dosa digugurkan.
Malam ini bintang
tidak berapa kelihatan..saya masuk dan menghidupkan mobil semula. Saya pun pulang
dengan beberapa koreksi, ibrah sepanjang kembara Ramadhan kali ini yang mampu
saya kongsikan. Semua orang
berbeza, ceritanya. Kalau sama hanyalah concidences yang tak disengajakan.
Saya
mahu memetik beberapa kisah yang berlaku di Ramadhan ini, ada masam, manis, masin, pahit dan tawar. Manafaatkan
ya!
Jemaah dan kuliah!
Berjaya juga! saya memaksa diri untuk lebih selalu dekat dengan masjid. Biasalah orang bekerja letih, lepas tu malas nak ke masjid atau musolla. Jemaah! Kuliah! Bukanlah tugas mudah untuk dilaksanakan. Buat orang mukmin, renung-renungkanlah kembali..pahala jemaah dan menuntut ilmu besar sekali. Bila dekat dengan masjid kita juga akan merasai Allah juga dekat dengan kita.
Tempat paling best untuk dapat jawapan "on da spot" oleh Allah bila ada masalah. Selalulah berkunjung, jangan jemu.
Demam ketika Battle-Field
Alhamdulillah, selesai juga semestar 6. Bismillahi tawakkat tu..
Dalam sejarah peperiksaan yang saya hadapi...UPSR, SPM, UJIAN KULIAH (KUIS), kat UKM kini Mak akan cakap, "Bila periksa je demam."
Berselubung dengan selimut sambil menelaah buku-buku di malam-malam Ramadhan menimbulkan nikmat. Inilah tekanan paling kuat, di bulan Ramadhan apatah lagi begitu singkat masa, dengan urusan pejabat dan pembelajaran. Ikhlas saya katakan berat.
Demam, ini adalah kifarah buat saya. Demam panas biarlah di dunia, mudah-mudahan saya terdidik. Ilmu boleh membawa diri ke puncak kehidupan. Ilmu tak semestinya kita belajar ada ijazah, sarjana, PHD dan sijil-sijil tetapi ilmu itu pelengkap ibadah kita. Orang yang solat ada ilmu lebih dipandang oleh Allah, berbanding yang solat tidak ada ilmu.
Contoh orang ada ilmu, solatnya mantobbeh! :
-Pak Hamid, bersolat secara berjemaah kerana dia tahu pahala jemaah 27 kali ganda, doa pun imam bacakan.
-Pak Syukor, mahu tunai solat dilihat ada jemaah yang sedang solat. "Alah..leceh la solat ramai-ramai lambat! Solat sendirilah." Sapa untung? Pak Hamid kan..hehe
Saya dibisukan
Sudah 5 hari, batuk saya masih belum berkurang. Hingga peti suara tidak berbunyi. Sukar untuk saya mengaji, hanya membaca di dalam hati. Bila saya fikir baik-baik, Allah mahu mengajar saya sesuatu. Menjadi BISU!
Ya Allah, beginilah keadaannya orang yang bisu. Payahnya mahu menjelaskan maksud, menyatakan pertolongan, meluahkan perasaan, memohon keampuanan. Kasihan, bagaimana mereka menempuh hari-hari tanpa suara. Baru saya terasa, sayunya. Terima kasih Allah beri saya suara yang baik, sebaik-baik seperti Nabi Daud A.S.
Bertemu Sifu Blogger
Saya tidak meminta, atau menduga saya menjadi moderator/ pengacara dalam satu program Iftar Perdana : Transformasi Ramadhan anjuran ANAEDAR Sdn Bhd. Bila..saya dilamar, gementar rasa kerana belum pernah ada pengalaman itu. Kalau setakat bagi pengumuman atau bernasyid (bercakap-cakap) boleh lah. Panelnya Ustaz Hasrizal Abdul Jamil dan Dr. Rubiah K.Hamzah.
Saya set dalam minda, ada lagi benda yang Allah nak beritahu. MashaAllah, selama ini saya hanya membaca blog beliau www.saifulislam.com , dan mendengar tazkirah beliau. Kali ini, saya berhadapan sebagai pengaju soalan dan pemudah cara. Apalah sangat ilmu yang ada, ini begitu manis buat saya. Tak mampu diucap dengan tulisan, Subhanallah.
Mereka al-Hafiz saya al-Habis
Minggu lepas, saya bersama Imam Wan Hakimin, Imam Zakaria dan En. Bukhari (ahli kariah surau al-Mizan) membuat kunjung dan sumbang ke Maahad Tahfiz di Banting Selangor. Memenuhi hajat, sahabat KUIS dulu Ustaz Nasir yang mahu membina sekolah tahfiz menerima beberapa paket beras dan zakat. Setakat ini ada 7 orang pelajar tahfiz, menumpang di sebuah rumah waqaf. Paling muda berumur 9 tahun yang sudah menamatkan 3 juzu' dari al-Quran, Aiman Caiyok!MashaAllah.
Sejuk memandang, sejuk lagi ibu yang mengandungkan mereka. Saya masih ingat, selepas tamat UPSR abah berhajat menghantar ke Maahad Tahfiz di Kubang Bujuk, Terengganu dengan menumpang van (rusa) jiran yang mahu ke sana atas urusan perniagaan. Saya lulus ujian dan temuduga, dan surat tawaran diterima sebulan selepas itu.
Abah terpaksa menggagalkan hajatnya, kerana tiada duit ketika itu untuk menanggung keperluan ke sana. Saya tidak membantah, saya masih budak-budak tidak mengerti apa-apa. Segalanya Allah sudah aturkan.
Saya masih setia
Kini sudah 25 Ramadhan, itu lah sekadar coretan sedikit dari yang banyak. Dunia ini tak kekang dari masalah, bila selesai satu datang yang baru. Di syurga tiada lagi masalah, segalanya sudah selesai. Berbaki 26,27,28,29 Ramadhan, masih belum tahu apa akan berlaku. Maknanya tugas kita belum selesai.
Saya masih di An-Naim, mengimarahkan bulan Ramadhan dan bersama kereta kodok merenung langit yang tiada bintang. Besok saya mahu melihat lagi, supaya ada bintang yang tersenyum. Kita solat, berpuasa, zikir, tadarus al-Quran dan sebagainya, kata Sheikh Yusuf al-Qaradhawi bukan kita buat kerana Ramadhan, tetapi kerana kita menyembah Allah Taala.
Lailatulqadar masih setia. Saya mengambil kata-kata seorang ulama',
"Pada malam al-qadar, diberikan ganjaran 1000 bulan dan lebih pada amalan-amalan kebajikan. Kalaulah si isteri-isteri ini tahu, hatta si isteri membetulkan dan mencantikkan rumah dengan langsir baru, dia pun dapat pahala 1000 bulan dengan perbuatannya itu. Apatah lagi basuh pinggannya, memasak lagi, bangun kejut suami."
Itulah kisah langsir seribu bulan!hehe
..dan Allah sentiasa setia kepada hambaNya, saya pun mahu setia bersamaNya.
Walaupun Ramadhan akan berlalu. Bittaufiq wannajah! Wallahua'lam. Tegur saya.
Menjadi tinggi disisi Dia, menjadi hamba serendahnya dibumi.
Selimutsura@www.najmeeqamar.blogspot.com
54000 Datuk Keramat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan