Seketika di Beijing, China |
Sahabat kampus saya pernah berkata, mampukah dirinya memperoleh segulung ijazah sarjana? Sedang usianya sudah lanjut, otak kian mundur, tubuh sudah repot, tanggungan masih sekolah, isteri perlu dinafkahkan. Banyak hingga tak masuk ke dalam telinga.
Saya sudah berada mula di tahun 4 pengajian, InsyaAllah dengan izin Allah saya bisa menggenggam skrol buat kali kedua. Pada waktu sama, saya sudah bekerja membanting tulang untuk sesuap kehidupan, memenuhi masa bersama Ayah dan Ibu, adik-beradik dan anak saudara baru, baby Izz Amsyar tiap hari menjadi mangsa ciuman pamannya.
Masa saya juga padat, saat dan detik begitu bermakna buat mahasiswa bekerjaya, apatah lagi masa dengan Allah Subhanahu wa Taala. Usaha, doa dan meletakkan harapan. Hobi dan minat sepenuh masa dalam industri nyanyian islamik di Malaysia, masih berterusan bersama teman-teman. Terbang kesana-kemari demi misi, visi Islam menyampaikan "indahnya Islam dalam kehidupan".
Caiyok Munsyideen! www.nasyidmunsyideen.blogspot.com
Usia 3 tahun dalam pengajian, menggariskan lukisan yang kadang lurus, kadang senget dan bergetaran. Kapal yang berlayar tidak selalunnya berada di laut yang tenang, pasti ia akan dibadai bergelora, ditiup ribut dan angin monsun. Jangan diberatkan yurannya mahal, atau ongkosnya kosong, insyaAllah Dia ada, dan sudi turunkan bantu cuma kita saja yang tidak mohon. Saya selama ini, fikir logik memang tidak cukup. Tapi mesti ada jalan.
Saya cari dan saya dapat. Ada solusi.
Allah Taala gagahkan saya untuk terus mengaji.
Kerja..kerja..kerja..(Adakah ayat ini melambangkan tekanan?) Ubahlah.
Kerja..kerja..kerja..syoknya!
Saya tahu, saya faham kerja memang meletihkan, menghauskan tekak, mengeluarkan keringat, mengurangkan masa, dan mengganggu.
Tapi, semua yang letih, haus, peluh, masa dan ganggu hasilnya seronok jika ;
- Kerana Allah dan RasulNya.
- Boleh kongsi rezeki dengan Ayah Ibu, famili dan teman-teman.
- Khidmat kebajikan atas dunia, diganjar di akhirat.
Wang yang banyak, tapi masih tidak sihat pun tak berguna, Alhamdulillah mohon pada Allah diberi kuat dan mahmudah dalam siri penjelajahan mencari gali ilmu. Bukan ilmu itu bermakna di universitas-universitas saja, pastinya di madrasah, musolla, mosque, dan di tepi-tepi jalan pun ada. Saya lebih suka, menelusuri pemusafiran mencedok seberapa mungkin ilmu dari guru-guru disekeliling.
Orang masih mengata jangan, tapi saya menyatakan Ya!
Ya, memang saya degil. Ibu cakap, "anak pusar 2 ni memang degil." Bukan degil kerana saya ingkar perintah tetapi degil mahu kedepan, bukan menggadai maruah, tetapi membeli nilai hidup yang lebih tuntas dan aktif. Saya suka cabaran, ustaz Farid ada meyebut..semakin besar cabaran kamu, semakin dekat kecintaan kamu kepada Allah. Taqarrub!
Masa cilik dulu, rotan pernah menyinggah di tapak tangan. Degilku mahu tengok cerita Doraemon malam-malam. Sambil menangis di ruang kotak televisi, terlelap berbantalkan lengan bukan di tilam toto.hihi
Saya punya misi. Visi yang mesti ditunaikan. Hajat yang wajib dipinta, Impian yang mesti saya langsaikan. Saya yakin, kita makhluk luar biasa. Bagaimana bisa mampu Abdullah, zaman Nabi Sulaiman A.S mengangkat istana Balqis sekerlipan mata? Bagaimana pula orang yang tak lulus peperiksaan umpama Bill Gates boleh membina perisian windows yang kita guna hingga kini, kalau dia Islam saham sudah banyak untuk akhirat.
Subhanallah..setiap manusia mempunyai impian untuk digapai, haruslah tidak gentar mengambil langkah bahaya atau luar biasa, kata-kata omongan orang sentiasa bercicipan difikiran mungkin juga terbawa-bawa hingga mimpi, jika ada mahu, ada susur yang Allah mudahkan untuk ditempuhi insyaAllah.. ;) Siiru ala Barakatillah
Capai impianmu walaupun usiamu sudah lanjut, otak kian mundur, badan sudah repot.
Di mana ada kemahuan, di situ Allah akan beri jawaban.
Menjadi tinggi disisi Dia, menjadi hamba serendahnya dibumi.
Selimutsura@www.najmeeqamar.blogspot.com
Menyusur jalan ke Shah Alam-Meru-Bangi, Selangor
Good luck dlm prjlnn dkwh nie..ye kn.jauh perjln luas la pmndngnnya.luas lg ilmu pengetahuan.InsyaAllah.
BalasPadamKehidupan adalah pengembaraan, apatah lagi hari ini bukan hari semalam atau bukan hari esok, hari ini adalah hari ini yang perlu kita eksplorasi, mencari pengajaran Tuhan melalui alam kehidupan.
BalasPadam