ilham Ma'mum

Rabu, 19 September 2012

Nama saya Zikir

By : Selimutsura
Ya Rabbul arsyil-adzhim, 
Rapatkan jiwaku pada taqwa, 
Jadikanlah diri ini semakin syukur,  
Di dalam hatinya mahmudah bertambah subur,
Ku mohon jauh sombong dan takabbur, 
Ku bermohon dekat bersamaMU riang berhibur.
Saya berdoa dan bersiap untuk ke tempat kerja...terpandang pula si kecil, liak-liuk mencelikkan mata di subuh hari.


Izz sudah bijak mengoceh-oceh, pada ibu-ayahnya, nenek-atuknya, kakak-abangnya, paman dan bibik. "hee..uuu...hee..uuuuwwah!" Kakinya akan menghentak-hentak bila mana di dukung, "Ini bakal kuat berlari, mendapatkan ibu ayah, jadi atlet yang hebat, setidaknya kuat berlari ke masjid InshaAllah."

Subhanallah. Minggu lepas saya rehlah ke Seremban dan Bukit Palah, Melaka. Jejak kembara kali ini bersama sahabat dan teman perjuangan memenui satu misi penting. Berada di konti televisyen al-Hijrah mengundang syukur yang tinggi. Allah merancang, kita hamba sujud dan akur..menghiasi erti hidup.

Rancangan Assalamualaikum, 8 Sept 2012 yang lepas
Malam di Seremban, 14 Sept. Sambil bernasyid, kami berceloteh sebentar bersama adik-adik Sek. Ren. Islam Seremban. Saya, Jijoi dan Kimi. Kami buat kontes untuk menguji 2 anak kecil beradu siapa paling hebat bertarannum dan hadiahnya duit raya. Seorang boboboi, dan girl-gurl..berseloroh ala-ala internasional seorang dari Zimbabwe dan seorang lagi dari Kenya. ;)

Demo mula suratul-Fatihah dialunkan oleh tuan Imam Kimi. Adik lelaki berbaju pink mengalunkan bacaannya, selepas itu adik perempuan berkebaya hijau menunjukkan bakatnya. Hebat! Sejuk hati mendengarnya. Akhirnya, pemenang kita dirangkul oleh tn. Imam Kimi sendiri, kerana agak sengit dan senget.haha 

Duit raya rezeki buat kedua cilik tadi.Tapi tak sempat beri masa akhir majlis kerana kedua peserta tersebut telah pulang terbang ke negara masing-masing. =)

Memel, Kimi, & Jijoi
Sekitar 15 Sept, saya dan teman terus bergerak ke rumah terbuka di Bandar Baru Bangi. Siapa tidak kenal Ustaz Nabil Ahmad. Susuk gagah lulusan al-Azhar, Mesir yang sering muncul di kaca TV, apatah lagi dia salah seorang vokalis nasyid FarEast. Alhamdulillah, beliau dan Kak Chik baru beberapa bulan dikurniakan cahaya mata. Tak sangka, saya berkongsi nama anak saudara dengan anaknya. Izz Amsyar juga.haha Cha..cha..cha..

Nostalgik saya, teman-teman dan Ustaz Nabil ada kisahnya. Kenangan makan burger double special, penambah perisa ukhwah kami dulu. Sama-sama kaki bowling, kaki makan kambing, dan kaki bernasyid. Lain-lain biarlah rahsia..hehe
Rumah Terbuka Ustaz Nabil Ahmad
Malam 15 Sept, kami terus diterbangkan ala-ala departured ke Melaka, dengan penerbangan tambang murah MPV Avanza (full sit) secara terus. Hening-hening malam, membuat para penumpang diulit keletihan dan kekenyangan. Lantas melandingkan kepala di sofa murah kereta. Enakkan. Saya pula meluncur laju, mengawal pesawat yang dijangka tiba di Masjid al-Azim, Melaka. Ditemani dendang lagu, memecah kesunyian malam.

Misi 16 Sept. di Melaka Bandaraya Islam, zaman Kesultanan Melaka.

Saya dan teman-teman Munsyideen membantu meluruskan bacaan zikir Istighosah al-Kubra menjadi mudah. Sebagai orang-orang muda, ilmu pun masih cilik, mengharapkan siraman ahli ulama' sebagai pembimbing. Apa itu Istighosah? 

Mari buka al-Quran lihat suratul-Anfal (9)


Firman Allah yang Maha Mulia bermaksud :
9. (Ingatlah wahai Muhammad), ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhanmu lalu DIA memakbulkan permohonanmu, Sesunggunya AKU akan mendatangkan bala bantuan kepadamu dengan seribu malaikat yang datang tanpa henti.

Ayat ini, diturunkan ketika kecamuk di medan Badar. 313 menumbang 1000 Musyrik.
Bersama Kiyai Hj. Nur Iskandar
Saat kita berada di hujung pedang, detik genting dan kebingungan. Ketika Umat Islam diasak-asak musuh, api fitnah berkali-kali dilempar..dikala saudara-saudara kita di Palestin, Syria, Rohingya, Selatan Thai, Filipina dan pelusuk bumi. Termasuk Malaysia, banyak peluru-peluru musuh mula dilepaskan, secara hina dan tersembunyi.

Zikir-zikir yang dibaca bukan sekadar sebagai doa.Ia adalah Peluru umat Islam menghadapi dunia masakini peperangan secara luaran dan maya. Erti benarnya sebagai perutusan kepada Allah, menurunkan bantuan, mengabulkan pengharapan, sesuatu yang diluar kebiasaan. InshaAllah. Amin. Saya kongsikan zikir-zikir Istighosah antaranya :
  • Astaghfirullahal-azhim
  • Ilahi lastu lil firdaus
  • La Haw La wa La Quwwata illa Billah
  • Solawat Ibrahimiyyah
  • Lailahailla anta
  • Ya Allah Ya Latiff
  • Solawat Tafrijiyyah
  • Hasbunallah wa Ni'mal Wakil
  • Ya Muhaimin Ya Salam
  • Asmaul-Husna
Link selawat Istig :http://www.youtube.com/watch?v=dOozgCcCVx4&feature=context-gau

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar. Nama saya Zikir. Anda semua juga Zikir.
Berjalan-jalan di Banda Hilir, Adam, Muzafar, Kimi, Jijoi, Zahir, Danial
Kehidupan yang kita lalui adalah zikir. Peringatan! Allah menciptakan kita untuk saling ingat-mengingati. Zikir dan fikir setiap kejadian sekeliling.



190. Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang Yang berakal; 
191. (Iaitu) orang-orang Yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini Dengan sia-sia, Maha suci engkau, maka peliharalah Kami dari azab neraka.

(Ali-Imran)

Saya suka melihat alam, menjadi guru untuk saya menjadi zikir. AgungNya DIA!


Menjadi tinggi disisi Dia, menjadi hamba serendahnya dibumi.
Selimutsura@www.najmeeqamar.blogspot.com
Seremban, N.Sebilan- Bangi, Selangor-Bukit Palah,Melaka

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kongsikan Bersama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...