Kunjung ke Blog Saya
Selasa, 12 Januari 2010
Al-Fatihah buat Syuhada' di UPSI =(
NajmeeQamar
ana ingin utuskan salam takziah kepada kedua-dua keluarga Allahyarham atas pemergian anakanda yang mereka kasihi. Sebagai tanda sahabat dan saudara ikhwah yang kekal abadi marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham Mohd Faizol Bin Abd. Sukor dan Allahyarham Mohd Fadhiri bin Mohd Ariffin yg terlibat kemalangan ketika mahu pulang ke UPSI. semoga mereka ditempatkan di tempat orang yang soleh dan beriman. InsyaAllah..aminnnn
walaupun ana tidak mengenali mrk namun begitu mrk adalah insan soleh yg byk membantu dlm usaha dakwah di UPSI. Sahabat2 sama2lah kita doakan kesejahteraan mrk yg pergi takkan kembali lagi...kita yg masih bernyawa marilah tunaikan dan laksanakan perjuangan yang belum selesai utk menyambung perjuangan mrk...menuju cinta yang kekal abadi..bertemu Pemilik alam semesta, Maha Agung dan Tinggi, menagih kasih yg tertaut atas landasan Ukhwah..bertemu dan berpisah kita kerana Allah...
Ku redhai pemergianmu sebagai syuhada' di medan Jihad, semoga syurga menjemput kalian...huhu innalillahi wa inna ilaihi Raji'un...Al-Fatihah
Selamat tinggal dunia...
Andai ku pergi dulu
Tinggal kan mu sendiri
Usah kau sedih usah tangisi
ketentuan yg Maha Agung
Doakan ku sejahtera
di sisi Nya....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan